KEDAI MERCHANDISE PREMIUM LIVERPOOL FC KINI DI BUKA DI SUNWAY PYRAMID

KEDAI MERCHANDISE PREMIUM LIVERPOOL FC KINI DI BUKA DI SUNWAY PYRAMID

Ruby
5
KEDAI MERCHANDISE PREMIUM LIVERPOOL FC KINI DI BUKA DI SUNWAY PYRAMID | Assalammualaikum semua! Pada 30 September 2022 hari ini telah berlangsung pembukaan rasmi Kedai Merchandise Premium Liverpool FC di Sunway Pyramid. Lokasi di Tingkat LG 1.28 berhadapan Parkson. Turut hadir di majlis pembukaan rasmi Kedai Merchandise Premium Liverpool FC adalah Encik Sami Hyppia, pemain legenda kelab Liverpool FC. 

Sumbangan Hyypia selama sedekad kepada permainan British telah diiktiraf di tanah airnya, di mana dia dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik sebanyak tujuh kali (1999, 2001, 2002, 2003, 2005, 2006 dan 2008). Maklumat lanjut mengenai Sami Hyypia boleh baca di https://www.liverpoolfc.com/history/past-players/sami-hyypia

KEDAI MERCHANDISE PREMIUM LIVERPOOL FC KINI DI BUKA DI SUNWAY PYRAMID


Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. melangkah setapak lagi dengan merasmikan kedai merchandise premium Liverpool FC (LFC Brand Store) yang pertama di Malaysia, hari ini. 

Menurut En. Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Ikhsan Sports, “Sebagai peneraju barangan sukan terunggul di Malaysia yang kompetitif, kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami. 

Kami menjangkakan LFC Brand Store ini bakal menjadi hub utama untuk semua penyokong kelab tersebut di mana mereka boleh mendapatkan kesemua koleksi premium LFC di sini. 

Sunway Pyramid dipilih sebagai lokasi pertama kerana kedudukannya yang strategik dan boleh diakses dengan mudah oleh warga Lembah Kelang.” 

Selain daripada barangan rasmi LFC, Al-Ikhsan sebagai “Brand Licensee” LFC turut menyediakan koleksi mampu milik yang direka khas untuk para penyokong kelab tersebut. Koleksi itu merangkumi jersi, baju polo T, jaket, baju T, payung, beg silang, replica bola sepak serta pelbagai barang yang menarik akan dijual pada julat harga serendah RM9 sehingga RM1,399 bagi jersi yang ditandatangan khas oleh pemain-pemain kelab itu. 

Pembukaan LFC Brand Store ini turut mendapat sokongan yang positif dan sangat dialu-alukan oleh tiga kelab penyokong utama iaitu KL Copipes, All Reds Malaysia dan Kinabalu Reds. 

Perasmian LFC Brand Store ini turut dihadiri oleh pemain legenda kelab popular itu iaitu Sami Hyppia. Terdahulu, Sami telah berkunjung ke Sekolah Kebangsaan USJ 12 di Subang Jaya bagi berkongsi pengalaman beliau serta ilmu sukan bola sepak bersama pelajar-pelajar di sekolah berkenaan. 

Kunjungan Sami ke Malaysia turut dipenuhi dengan sesi beramah mesra bersama penyokong LFC pada 1 Oktober 2022 bertempat di Pintu Utama Sunway Pyramid seawal jam 10 pagi. 

MENGENAI AL-IKHSAN SPORTS


Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150sqft di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah berkembang dengan kini mempunyai 160 kedai di seluruh Semenanjung Malaysia. 

Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan. 

Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh. 

Al-Ikhsan turut menerima pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang memberangsangkan. 
Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Bagus juga macam ni. Peminat Liverpool FC boleh beli je kat situ. Premium

    BalasPadam
  2. This is a dream come true for all Malaysian Liverpool fans indeed. Now they will never walk alone with these merchandises. :D

    BalasPadam
  3. wahh berita baik untuk peminat liverpool ni. mesti seronok diorang. senang dah nak beli merchandise

    BalasPadam
  4. Hurray bestnya this Liverpool merchandisses shop now available at Subway Pyramid, sure a good news for all Liverpool fans, Sienny gonna be there soon for a visit & shopping :) cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  5. Seronoklah sape peminat Liverpool. Semua nak ada depan mata. Senang shopping macam ni. Untung bagi peminat setia club ini.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !