TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA

TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA

Ruby
0
Assalammualaikum semua! Lembaran baharu musim Luruh/Sejuk 2022 dibuka dengan Triumph Flex Smart yang inovatif: Konsep pakaian dalam yang mengikuti pergerakan unik tubuh wanita – dicipta kerana tiada dua tubuh badan yang sama. Selari dengan komitmen meraikan keunikan semua wanita, Triumph terus menitikberatkan aspek kebolehsuaian dalam inovasi produknya.


TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA


TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA

Kehidupan wanita sentiasa berubah detik demi detik, mengikut senario, momen dan peranan yang berbeza-beza. Reka bentuk Flex Smart memberikan kebebasan sepenuhnya kepada wanita kerana ia bergerak dan melentur mengikut bentuk badan bagi memenuhi apa jua peranan dalam kehidupan mereka.

Triumph Flex Smart menampilkan sisipan flex pada posisi yang mengikuti pergerakan tubuh dan mampu berubah suai untuk memberikan sokongan, di samping memberikan sentuhan feminin dan sensual.

TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITATRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA


Dengan sokongan sisipan flex yang begitu kukuh, Triumph Flex Smart juga sesuai dipakai untuk senaman ringan seperti yoga atau Pilates. Ia menyediakan sokongan harian buat wanita dengan gaya hidup sibuk yang berulang-alik dari rumah ke pejabat, dari kelas senaman ke sesi santai, mahupun melakukan senaman regangan lima minit semasa panggilan Zoom!

Bra tanpa wayarnya menampilkan fabrik ultra ringan dengan keupayaan mengawal suhu serta ‘cup’ tanpa kedut, memudahkannya untuk digulung, disimpan atau dikemas. Pinggir garis leher infinitinya terletak hampir pada badan, manakala kemasan licin pula menjadikannya tidak kelihatan di bawah pakaian.

Dipasangkan bersama seluar dalam Maxi dengan potongan ergonomik, ia menyerlahkan bentuk badan dan melentur mengikut pergerakan. Dengan fabrik sentuhan lembut yang mengawal suhu, ia pilihan seluar dalam harian yang ideal.

TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA


Selain itu, koleksi Flex Smart turut menampilkan baju dalam (vest) dan bra tanpa wayar ‘pull on’ yang dijual secara eksklusif atas talian, serta baju lengan panjang dan seluar legging, kesemuanya menampilkan sisipan flex yang mengikuti pergerakan anda dengan sempurna. Dengan fabrik yang mengawal suhu, ia sesuai dikenakan untuk senaman ringan atau digayakan dengan persalinan anda.

Triumph Flex Smart sangat praktikal dan mudah dengan saiz pintarnya yang mampu melentur dan berubah suai. Terdapat dalam saiz kecil (small) hingga ke saiz lebih besar (extra-large) yang turut merangkumi saiz-saiz tradisional X, ia didatangkan dalam pelbagai warna termasuk Stone, Morandi Grey, Soft Mauve dan Aubergine.

TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA

Harga rangkaian Triumph Flex Smart bermula daripada RM89.90. Untuk melihat koleksi lengkap, layari: https://my.triumph.com/pages/triumph-flexsmart

TRIUMPH MENGUMUMKAN EVOLUSI VISI JENAMA GLOBALNYA

Triumph, jenama pakaian dalam terkemuka dunia, mengumumkan evolusi visi jenama serta identiti visual globalnya. Bakal dilaksanakan di semua pasaran Triumph termasuk Malaysia, strategi tersebut menjiwai falsafah Triumph bahawa semua wanita harus menerima diri, keindividuan dan keunikan mereka dengan sepenuh hati. Ia merupakan falsafah yang memperkasakan wanita tidak kira di mana sahaja mereka berada. Visi jenama ini meraikan keunikan setiap individu menerusi penampilan baharu yang asli, segar dan moden.

Triumph, jenama dengan warisan sejarah yang panjang, memahami kepentingan untuk berkembang dan kekal relevan seiring dengan peredaran masa. Sungguhpun begitu, ia akan terus memanfaatkan ciri-ciri kekuatan yang telah mengukuhkan kesetiaan jenamanya selama ini, seperti kefungsian, kebolehpercayaan dan keanggunan – di samping memberikan suntikan nafas baharu merentasi kesemua titik sentuh visual dan komunikasi serta reka bentuk produknya demi menjalin ikatan emosi yang sejati dengan penggunanya. 

TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA
Neil Lewis, Head of Marketing Asia for Triumph & sloggi at the launch of the new Flex Smart collection.


TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA
Shoo Hue Ping, Head of Merchandising & Buying, Triumph & Sloggi, South East Asia, briefed the guests on the new Flex Smart Collection


Perubahan semula jadi dalam masyarakat dan budaya menjadi sumber inspirasi jenama ini. Zaman bersilih ganti, begitu jua dengan Triumph. Kehidupan, sikap dan keperluan wanita sentiasa berubah-ubah. Justeru, mereka mahukan jenama yang berevolusi dan memberi makna dalam kehidupan mereka. Usaha menumpukan fokus pada keperluan wanita serta perubahan trend semasa menjadi inspirasi di sebalik pembangunan produk Triumph dan ia terserlah dalam reka bentuk produk-produk baharunya.

Seiring dengan evolusi jenamanya, Triumph telah menjalankan kajian dan ujian konsep secara meluas, termasuk maklum balas dan input daripada 20,000 wanita di seluruh dunia yang menunjukkan perubahan mendadak dalam cara hidup, persepsi dan keperluan mereka.

Kajian turut mendapati wanita hari ini bukan sahaja menilai semula perkara-pekara yang benar-benar penting dalam kehidupan mereka, malahan mereka tidak mahu diri mereka digambarkan secara generik atau tidak realistik. Industri pakaian dalam telah sekian lama mewujudkan stereotaip yang memaksa wanita untuk mencapai apa yang ditakrifkan oleh industri sebagai ‘seksi’ atau ‘selesa’.

Tanggapan ini sudah lapuk dan tidak lagi relevan. Wanita kini lebih serasi dengan jenama yang mendekati mereka sebagai individu serta memahami kerumitan kehidupan moden mereka, bukannya untuk dinilai berdasarkan bentuk tubuh mereka. Malah, mereka lebih serasi dengan jenama yang menentang stereotaip dan meraikan keunikan individu mereka. Justeru, evolusi visi jenama Triumph bertujuan meraikan semua perbezaan yang menjadikan wanita serta kehidupan mereka unik.


Paul Gautier, Ketua Jenama Global Triumph mengulas, “Visi kami adalah untuk mewujudkan dunia di mana semua wanita dapat menerima keindividuan masing-masing dengan sepenuh hati. Ini dilakukan dengan memupuk hubungan individu dan pengalaman emotif dengan pengguna kami melalui setiap titik sentuh – daripada produk yang dibeli, imej yang dilihat, sehinggalah pengalaman pembelian mereka, baik atas talian mahupun di butik kami. Kami berazam untuk mencipta pengalaman pengguna yang tidak dapat dilupakan secara konsisten dengan menjadi tersendiri, berinspirasi dan relevan”.


TRIUMPH FLEX SMART INOVASI PAKAIAN DALAM MENGIKUT PERGERAKAN UNIK TUBUH WANITA
Natasha Mooy, Senior Marketing Manager, Malaysia & Singapore for Triumph & sloggi introducing the new BVP rebranding and launch of Flex Smart collection


Natasha Mooy, Pengurus Pemasaran Kanan Malaysia dan Singapura menambah, “Kami teruja untuk melancarkan visi jenama baharu kami di Malaysia. Meraikan kuasa lembut (soft power) wanita Malaysia yang membentuk identiti unik mereka, kami ingin memperkasakan wanita untuk menzahirkan keunikan individu mereka dengan cara yang paling peribadi. Justeru, kami akan terus menawarkan pengalaman dan inovasi produk dengan fleksibiliti dan kebebasan bentuk, agar wanita dapat menjiwai kebebasan dalam pergerakan serta ekspresi diri mereka, dengan cara mereka yang tersendiri, ke mana jua kuasa lembut itu membawa mereka.”


KEMPEN

Keunikan individu akan memacu naratif visual jenama, manakala kempen pula tidak terhad kepada produk sahaja. Reka bentuk produk melambangkan penghormatan sebenar kepada wanita, selain meraikan keunikan individu, pelbagai aspek kehidupan serta perbezaan mereka demi mewujudkan sudut pandangan yang berbeza secara dasarnya yang mencabar tanggapan tradisional selama ini. Dengan mencipta imej realistik yang mendalami jiwa wanita, Triumph berharap dapat menjalinkan ikatan emosi yang mendalam, baik dengan pelanggan baharu mahupun yang sedia ada.

E-DAGANG

Platform e-dagang akan diberikan suntikan nafas baharu dengan penampilan moden sebagai tempat yang menyatukan kandungan dengan komuniti. Pelanggan akan dapat menyemak halaman butik berhampiran mereka dan mendaftar untuk acara dan aktiviti di butik, menempah pakaian dalam di butik atau secara maya, serta mendapatkan akses kepada kandungan yang relevan dan dijana oleh jenama. Kuasa pemilihan akan dikembalikan kepada pengguna kerana mereka akan dapat melihat dan memilih saiz pakaian dalam yang mewakili saiz sebenar mereka.

JUALAN RUNCIT

Konsep butik baharu yang direka untuk mewujudkan pengalaman jenama yang lebih kukuh dan mendalam juga bakal dilancarkan. Paparan modular produk yang baharu akan menggabungkan ciri digital dan komponen sentuhan untuk menawarkan pengalaman runcit premium yang mengubah dan mengangkat percubaan bra kepada satu pengalaman peribadi. Setiap aspek konsep butik baharu telah direka secara teliti untuk mencipta ruang di mana setiap wanita akan berasa istimewa dan unik.

Sambutan keunikan individu setiap wanita akan menjadi prinsip panduan aktiviti jenama pada Musim Luruh/Sejuk 2022 dan terus memacu Triumph ke arah masa hadapan yang akan didorong oleh keperluan dan gaya hidup wanita yang sentiasa berubah di seluruh dunia.

MENGENAI TRIUMPH

Triumph telah menghasilkan pakaian dalam selama lebih 130 tahun, memastikan wanita kelihatan dan merasai yang terbaik. Sejak tahun 1886 Triumph menyedari bahawa pakaian dalam yang sempurna lahir daripada sokongan yang sejati, dan ia memperkasakan wanita setiap hari di seluruh dunia. Triumph adalah antara syarikat pakaian dalam yang terbesar di dunia. 

Ia telah melebarkan sayap ke lebih 120 negara dengan jenama teras Triumph® dan sloggi®. Di peringkat global, syarikat itu menawarkan perkhidmatan kepada 40,000 pelanggan borong dan menjual produknya di 4,050 tempat jualan terkawal serta melalui beberapa kedai atas taliannya. Triumph Group ialah ahli Inisiatif Pematuhan Sosial Perniagaan (BSCI).

#TogetherWeTriumph | TRIUMPH

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !