SUTRADARA DAIN SAID KEMBALI DENGAN FILEM HARUM MALAM
Manakala D’Ayu Pictures pula akan menayangkan filem sulung mereka, Daddyku Gangster pada bulan Disember. Harum Malam juga diterbitkan dengan sumbangan dana daripada Perbadanan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Harum Malam akan mendapat tayangan perdana antarabangsa (Festival World Premiere) di Fantastic Fest, sebuah festival filem bercorak “genre” (horror, fantasi) yang terbesar di Amerika Utara. Filem-filem lain yang pernah ditayangkan pada festival filem ini adalah seperti filem Spilt (2016), arahan M. Night Shyamalan dan There Will Be Blood (2007), arahan Paul Thomas Anderson. Festival filem Fantastic Fest ini akan berlangsung di Austin, Texas pada 22-29 September 2022.
Pada bulan Oktober pula, Harum Malam akan mendapat tayangan perdana Eropah (European premiere) di Sitges Film Festival, Sepanyol, sebuah festival filem yang mengetengahkan filem-filem seram dan fantasi dari seluruh dunia. Filem-filem mashyur yang pernah ditayangkan di sana termasuklah filem Pulp Fiction (1994), arahan Quentin Tarantino, dan Arrival (2016), arahan Denis Villenueve. Di pasaran antarabangsa, Harum Malam diwakili oleh Reel Suspects, manakala XYZ Films pula mewakili filem ini di pasaran Amerika Utara. Judul antarabangsa untuk filem Harum Malam adalah Blood Flower.
“Kali terakhir saya mengarahkan film seram adalah Dukun pada tahun 2006. Saya tak sabar untuk filem Harum Malam bertemu dengan penonton filem tempatan, terutamanya peminat filem seram, pada bulan Februari tahun depan!
– Dain Said –
(Pengarah filem Harum Malam)
Dukun, yang ditayangkan pada 2018, adalah di antara 5 filem paling pecah panggung bergenre seram di Malaysia. Dain Said telah menerima gelaran Pengarah Terbaik pada Anugerah Skrin 2019 untuk filem Dukun.
eee takut wak nk tgk filem hantooo,, huhuhu
BalasPadam