MINUMAN TENAGA M-150 BERWAJAH BAHARU

MINUMAN TENAGA M-150 BERWAJAH BAHARU

Ruby
0
Assalammualaikum semua! Minuman tenaga M-150 kini berwajah baharu! Minuman tenaga ini sangat diminati ramai. Tinggi dengan vitamin B3, B5, dan B6, M-150 membantu tubuh menyerap tenaga dengan berkesan daripada makanan, serta memupuk fungsi otak. 

M-150 ialah penyelesaian tenaga muktamad untuk pengguna, membolehkan mereka melangkah setiap hari tanpa had, dengan penuh keyakinan. #Lifehasnolimit dan “Lebih Tenaga, Lebih Berjaya” sebagai tema pemasaran M-150.

MINUMAN TENAGA M-150 BERWAJAH BAHARU


Hari ini syarikat pengedaran minuman tenaga M-150 iaitu Infra Bunga Sdn Bhd (Infra Bunga) melancarkan wajah baru minuman itu menggantikan botol bersegi yang digunakan sejak 20 tahun lalu.

MINUMAN TENAGA M-150 BERWAJAH BAHARU
Dari kiri, Datuk Chan Kin Meng (Pengarah Infra Bunga), Encik Saw Lip Jin (Pengarah Urusan Infra Bunga), Hasif Upin (Duta Minuman Tenaga M-150) dan Encik Alex Ooi (Pengarah Infra Bunga)

Melalui fasa baru selepas pandemik Covid-19, Infra Bunga yakin ia dapat menarik lebih ramai peminat M-150 dan mampu bersaing dalam pasaran minuman tenaga di Malaysia. Minuman tenaga M-150 berkafein dan tidak berkarbonat ini membekalkan tenaga kepada seluruh tubuh dan menyegarkan minda.

Didatangkan dalam perasa sitrus dan manis yang sangat enak, M-150 membantu meningkatkan daya tahan fizikal, meningkatkan kewaspadaan dan berfungsi untuk melegakan keletihan.

Pengarah Urusannya, Saw Lip Jin, berkata, M-150 adalah minuman gaya hidup yang sesuai untuk dinikmati di mana-mana majlis dan pada bila-bila masa.

“Selepas seharian padat dengan pelbagai aktiviti, M-150 adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Ia juga mudah di bawa ke mana-mana. 

“Minuman berasal dari Thailand itu berada di pasaran Malaysia sejak 2016. Gabungan unik bahan asli dan formulasi berkualiti tinggi, M-150 menawarkan rasa dan memberi manfaat yang terbaik serta enak diminum sejuk,” katanya.

Lip Jin menambah, kepada mereka yang memandu dalam perjalanan jauh, jadikan M-150 sebagai teman anda. Dengan hanya 155 kalori dalam setiap botol 150ml, M-150 adalah minuman gaya hidup sesuai untuk kumpulan sasaran pengguna yang berusia antara 18 hingga 40 tahun.

Produk berkualiti dari Thailand yang dipasarkan secara eksklusif oleh Infra Bunga ini boleh didapati di lebih 14,000 lokasi yang merangkumi laman beli-belah dalam talian, mesin layan diri, kedai runcit dan kedai serbaneka di seluruh negara.

PERBEZAAN M-150 LAMA DAN BAHARU


Peningkatan populariti minuman tenaga M-150 dan faedah fungsinya. Konsep 250ml dalam tin kecil dan rekaan tradisional botol kaca 150ml diberi nafas baru. Lebih tinggi, lebih bulat, mempunyai label yang lebih menarik dan cerah.

150ML (Lama)
150ML (Baru)
250ML (Baru di dalam Tin)

KENALI DUTA M-150 HASIF UPIN


Duta M-150 mahu meletakkan M-150 sebagai minuman tenaga pilihan ramai, Infra Bunga melantik Tiktoker terkenal Malaysia, Muhamad Hasif Sharauddin sebagai duta.

Beliau yang juga dikenali dengan gelaran Hasif Upin atau Abang Upin Ipin merupakan ‘Top 3’ tiktoker Malaysia yang mempunyai 2.6 juta pengikut termasuk pengikut dari Indonesia. Semoga dengan pelantikan itu, 


Muhamad Hasif dapat membantu meningkatkan lagi penjualan M-150 dan menarik pelanggan baru di kalangan pengikutnya. Seorang yang aktif dan sentiasa positif dalam kehidupan, Muhamad Hasif wajar diangkat sebagai ‘wajah’ M-150.

Jika sebelum ini, nama Hasif Upin, 29, lebih dikenali sebagai Abang Upin Ipin di TikTok, kini anak kelahiran Kota Tinggi, Johor ini melangkah lebih jauh dalam industri seni sebagai penyanyi.

Muncul dengan single sulung yang berjudul Janji Sampai Mati ciptaan Aizat Amdan dan Anas Amdan, Hasif tidak pernah menyangka tuahnya adalah dalam bidang muzik.

"Syukur Alhamdulillah, selepas menyertai uji bakat The Audition anjuran Armani Entertainment Group, saya menerima 'superstar pass' daripada pengarah tersohor Michael Ang dan terus diserap menjadi penyanyi.

Memiliki lebih 2.6 juta pengikut di TikTok, Hasif juga menganggap platform itu sebagai pembuka jalan rezeki untuknya.

"Semuanya bermula dengan video parodi Upin Ipin yang saya hasilkan l selepas sahur Ramadan pada tahunblalu dan tak menyangka ia akan menjadi viral," katanya.

Hampir semua video dihasilkan mencuri perhatian netizen sehingga tular menembusi negara Indonesia dan dia sehingga kini memiliki 2.6 juta pengikut di akaun TikTok.

Berkongsi mengenai lagu Janji Sampai Mati, Hasif berkata, ia mengisahkan mengenai cinta antara dua insan yang berterusan sehingga akhir hayat.

MENGENAI INFRA BUNGA SDN BHD


Ditubuhkan pada 2011, Infra Bunga Sdn Bhd dengan pantas menjadi sebuah syarikat penuh Fast Moving Consumer Goods (FMCG), yang diamanahkan oleh beberapa jenama terkemuka dalam industri untuk membangunkan pasaran mereka di rantau ini. 

Kekuatan teras syarikat, terletak pada 6 pasukan kepimpinan, dengan pengalaman profesional gabungan lebih daripada 20 tahun dalam bidang Peruncitan, Logistik, Pembuatan, F&B serta Minyak & Gas. Dengan rangkaian pengedar yang semakin berkembang; dan lebih banyak sokongan daripada pengeluar tempatan dan luar negara.

Kehadiran syarikat dalam industri FMCG adalah diutamakan untuk pertumbuhan yang berterusan.Salah satu detik paling membanggakan berlaku pada 2016, apabila Infra Bunga dilantik sebagai ejen import tunggal dan pengedar Minuman Tenaga Nombor 1 Thailand M-150 (M -One-Fifty) oleh jenama utama milik Thai iaitu Osotspa Public Syarikat Terhad (pemilik jenama dan pengeluar minuman tenaga M-150).

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !