MOVIE REVIEW: ABANG LONG FADIL 3 DUNIA SPY BUAT PENONTON TAK KERING GUSI GELAK KETAWA

Assalammualaikum semua! Filem sambungan yang dinantikan oleh ramai iaitu Abang Long Fadil bakal ditayangkan pada 8 September 2022. Semput Ruby ketawa! Sejak francais ini ditayangkan buat kali pertama iaitu Abang Long Fadil 1 — Dunia Gangster pada tahun 2014, Abang Long Fadil 2 - Dunia Mafia pada tahun 2017 dan kini Abang Long Fadil 3 — Dunia Spy ditayangkan pada 8 September 2022. Ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari kaki filem. 

Filem di bawah arahan Syafiq Yusof ini mendapat perhatian umum dan rata-rata ramai menyukai hasil arahan beliau. Jika diamati stail Syafiq Yusof, dia suka explore trend terkini filem antarabangsa. Kemudian dia cuba adaptasi ke dalam filem tempatan arahan beliau. CGI yang dipaparkan di dalam filem Abang Long Fadil 3 semakin hebat dan smooth. Malah fighting scene, letupan dan kereta terbalik juga kemas. Puas hati tengok. 

MOVIE REVIEW: ABANG LONG FADIL 3 DUNIA SPY BUAT PENONTON TAK KERING GUSI GELAK KETAWA

 
Terbitan : Skop Productions & Astro Shaw
Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad Shamin Yusof
Penerbit : Datuk Yusof Haslam
Pengarah : Syafiq yusof
Genre: Aksi Komedi
Produksi : Skop Productions
Bahasa : Bahasa Melayu
Jumlah Waktu Tayangan : 100 minit
Klasifikasi : (U)
Tarikh Tayangan : 8 September 2022
Barisan pelakon:
Zizan Razak sebagai Fadil
Dato AC Mizal sebagai King cobra
Johan Raja Lawak sebagai Chow Han
Shuip Sepatuh sebagai Inspektor Shuib
Kazar sebagai Chif Kazar
Jay Iswazir sebagai Profeser Mirul
Maya Karin sebagai Maya
Ozlyn sebagai Ocy Lin
Elizabeth Tan sebagai Alice
Tania Hudson sebagai Yana
Khir Rahman sebagai Presiden
Daniella Sha sebagai Sherina
Siraj sebagai Insperktor Sahab
Joey sebagai Prof Joey
Wak Doyok sbg Wak Doyok
Hairul Azreen sbg Pegawai Penjara


TRAILER ABANG LONG FADIL 3



OST ABANG LONG FADIL 3 - PAYUNG



SINOPSIS ABANG LONG FADIL 3


Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

GELAK SAKAN DALAM PANGGUNG!


Zaman sekarang, ramai melihat siapa pengarah filem. Kemudian syarikat penerbitan dan pengedar. Sebab kita tahu bukan mudah untuk mana-mana pihak menerima naskah filem jika tiada wow faktor dari nama pengarah, jalan cerita dan barisan pelakon. 


Zizan Razak dan Johan memang kelakar. Watak mereka ni memang dinantikan. Zizan Razak tak perlu cakap pun kita dah ketawa dengan ekspresi wajah dan karakter. Johan pula dengan dialog lenggok cina, karakter bersahaja dan gaya dia memang tidak perlu dinafikan betapa lawaknya dia ni. 


Jika korang rindu lawak mereka berdua. Wajib korang tonton Abang Long Fadil 3 ni. Ruby dan suami sangat terhibur sepanjang menonton filem ini. Dah lama tidak ketawa begini. Jika anda kaki wayang filem tempatan dan antarabangsa, setiap dialog yang mereka cakap tu akan buat ketawa. Lg satu jika anda sejenis ambil tahu isu semasa, industri muzik dan lawak sinis, confirm ketawa sepanjang 1 jam 40 minit. 

Pastikan anda pergi toilet terlebih dahulu okay. Jangan orang tengah syok ketawa, kau bangun dekat tengah-tengah hall dan keluar dari tempat duduk. Jika bladder korang tak kuat, pilih tempat duduk tepi okay? Kacau betul la bila ada penonton nak kencing berak ganggu mood tengok filem kelakar. 

Tips lagi satu, at least korang beli minumam dan makanan kat TGV tu. Sebab gelak sampai kering tekak. Patutnya tak kering gusi kan? Habis kering tekak dan bibir ku. Hahaha. 

Ruby akan repeat tengok Abang Long Fadil 2 ni dan hadir bersama anak-anak. Filem ni klasifikasi Umum dan kebanyakan babak masih sesuai untuk tontonan bersama anak. Cuma suami Ruby cakap, kena pantau anak-anak. Sebab mereka ni suka mengajuk babak yang menarik dalam filem atau mana-mana rancangan tv. Jadi kami sebagai ibu bapa perlu kontrol mana yang patut. 

Jom sokong industri filem tempatan. Kalau bukan kita? Siapa lagi? Tahniah team Abang Long Fadil 3! Next Abang Long Fadil 4 pula okay?

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post