UNCLE BOB LANCAR MENU HARVEST GOURMET BAHARU

UNCLE BOB LANCAR MENU HARVEST GOURMET BAHARU

Ruby
1
Menu Baharu Bakal Menawarkan Nuget dan Schnitzel Harvest Gourmet Nestlé. Meneruskan momentum Nestlé Malaysia menceburi segmen makanan berasaskan tumbuhan dalam sektor Di Luar Rumah, NESTLÉ PROFESSIONAL telah melancarkan kerjasama terbaharu dengan Uncle Bob, sebuah rangkaian restoran ayam goreng popular di seluruh negara. 

Kerjasama ini bakal menyaksikan pelancaran menu tanpa daging pertama Uncle Bob menggunakan rangkaian produk berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet daripada Nestlé. Sedia untuk dihidangkan di 89 restoran Uncle Bob di Sabah, kerjasama ini bermatlamat untuk memberi pilihan kepada rakyat Malaysia yang mahu mencuba sajian pengganti daging sambil terus menikmati rasa kelazatan ayam goreng rangup daripada Uncle Bob.


UNCLE BOB LANCAR MENU HARVEST GOURMET BAHARU


UNCLE BOB LANCAR MENU HARVEST GOURMET BAHARU 


Menu berasaskan tumbuhan ini akan menggunakan Schnitzel Berasaskan Tumbuhan Harvest Gourmet dan juga Nuget Berasaskan Tumbuhan yang baru dilancarkan. Semua produk Harvest Gourmet dibuat di Malaysia dengan bahan semula jadi yang berkualiti seperti soya bukan GMO dengan kandungan serat tinggi selain daripada menjadi sumber protein yang baik tanpa menjejaskan rasa dan teksturnya.


Cik Yit Woon Lai, Pegawai Eksekutif Perniagaan, NESTLÉ PROFESSIONAL berkata, “Rangkaian berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet membolehkan kami memenuhi keperluan pengguna yang semakin menitikberatkan soal kesihatan dan mahu merangkumkan makanan alternatif berasaskan tumbuhan dalam diet masing-masing. Sambil kesedaran tentang makanan berasaskan tumbuhan dan pengambilannya terus meningkat di Malaysia, kami berharap untuk menggiatkan kerjasama dengan rakan-rakan makanan dan minuman (F&B) kami.

“Sejajar dengan itu, kami teruja untuk bekerjasama dengan Uncle Bob, sebuah rangkaian yang sedang berkembang pantas di seluruh negara yang bertekad meningkatkan pengambilan makanan berasaskan tumbuhan. Uncle Bob bakal menjadi pengendali F&B pertama yang menghidangkan menu berasaskan tumbuhan Harvest Gourmet di Sabah dan kami ingin memanfaatkan kerjasama ini untuk bersama-sama meluaskan segmen berasaskan tumbuhan di Malaysia.”


UNCLE BOB LANCAR MENU HARVEST GOURMET BAHARU

Kelvin Ng, Pengarah Uncle Bob, berkata “Kami berbesar hati dan sukacita kerana telah dipilih oleh Nestlé, salah satu syarikat pengeluar F&B terbesar di dunia untuk menjadi sebahagian daripada usaha melancarkan produk berasaskan tumbuhan 100% di Sabah.”


“Penyelesaian tanpa daging telah mendapat sambutan yang menggalakkan di banyak tempat di dunia. Kini, kita tidak perlu lagi mengembara ke negara-negara lain untuk mencuba makanan berasaskan tumbuhan kerana kita ada pilihan tersebut di Sabah, iaitu dengan mengunjungi Uncle Bob. Makanan berasaskan tumbuhan tanpa daging adalah satu kemajuan besar dalam industri F&B di Borneo, dan Uncle Bob berbangga untuk menjadi jenama perintis yang memperkenalkannya di sini.”



Boleh didapati di Sabah mulai Ogos 2022, menu berasaskan tumbuhan pertama Uncle Bob akan menawarkan hidangan seperti ‘Bukan Ayam’ Goreng Berasaskan Tumbuhan (Plant-Based Fried Unchicken), Burger Segi Empat Panjang Berasaskan Tumbuhan (Plant-Based Oblong Burger), Nuget Keemasan Rangup Berasaskan Tumbuhan (Plant-Based Crispy Golden Nuggets) dan Nuget Keemasan KBOB Berasaskan Tumbuhan (Plant-Based KBOB Golden Nuggets) yang disediakan secara ala-carte dan juga sebagai set sajian yang disertakan dengan minuman MILO atau Sjora, pada harga antara RM9.90 hingga RM11.90.

Mengenai Nestlé Malaysia


Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami. 

Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.

Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di http://www.facebook.com/NestleMalaysia.

Mengenai Uncle Bob


Uncle Bob ialah jenama pertama di Malaysia untuk memperkenalkan ayam goreng jalanan atau lebih dikenali sebagai ayam gunting ke pasaran negara sejak tahun 2002. Uncle Bob menggunakan resipi rahsia untuk menyediakan ayam goreng yang lebih lazat dan sesuai dengan cita rasa tempatan. Syarikat pertama kali memulakan perniagaan sebagai gerai penjaja di pasar malam berasaskan konsep bawa pulang. Pada 2006, Uncle Bob menceburi pasaran Sabah, mengubah jenama dan menambah baik struktur dan model perniagaan dengan memasuki konsep pasaran berbeza – iaitu dengan membuka kios dan kedai di pusat-pusat beli belah, pasar raya besar & pasar raya biasa, kompleks komersial dan stesen minyak di seluruh negeri.
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Waaah, pertama kali dengar menu sebegini. Mesti nice kan Harvest Gourmet

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !