KONSERT SULUNG FAZTIVAL FAZURA 2022 MENCATAT SEJARAH TERSENDIRI DAN DUA REKOD BAHARU

KONSERT SULUNG FAZTIVAL FAZURA 2022 MENCATAT SEJARAH TERSENDIRI DAN DUA REKOD BAHARU

Ruby
1
Assalammualaikum semua! Konsert sulung Faztival Fazura 2022 yang telah diadakan Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad 11 September 2022 telah berlangsung dengan gilang-gemilang.

Konsert dimulakan dengan nyanyian pembukaan oleh YBhg. Dato’ M. Nasir serta penampilan khas Fattah Amin dengan aksi silat mengiringi lagu “Mentera Semerah Padi” di hadapan lebih lapan ribu penonton. 


KONSERT SULUNG FAZTIVAL FAZURA 2022 MENCATAT SEJARAH TERSENDIRI DAN DUA REKOD BAHARU


Konsert yang dianjurkan dibawah jenama Fazura tersebut turut menghimpunkan penyanyi terkemuka tempatan yang lain seperti YBhg. Dato’ Awie dan Ratu Rock Malaysia, Ella. Selain dari itu, konsert Faztival juga telah digamatkan dengan persembahan memukau daripada kumpulan Ruffedge, Zizi Kirana, Ippo Hafiz dan Amir Masdi.


Pengasas Fazura, Nur Fazura binti Sharifuddin yang lebih mesra dikenali sebagai Faz, meluahkan rasa sangat terharu beliau dengan sambutan luar biasa terhadap konsert sulung Faztival pada tahun ini dan berharap untuk menjadikan Faztival Fazura sebagai acara tahunan anjuran syarikatnya.

FAZURA TERIMA PENGIKTIRAFAN DARI THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS


“Alhamdullillah Faz bersyukur kerana konsert ini mendapat sambutan luar biasa dan tidak menyangka dapat mencipta dua rekod baharu The Malaysia Book of Records”

Konsert Faztival Fazura 2022 telah mendapat pengiktirafan The Malaysia Book of Records dengan penciptaan dua rekod baharu peringkat kebangsaan iaitu The Largest ‘Tudung Fazura’ Gathering in an Event dan The Largest Tudung Bawal in Malaysia.

PELANCARAN FAZURA BEAUTYWATEER


Serentak dengan penganjuran konsert tersebut, Faz juga telah melancarkan produk terbaru dipasarkan syarikatnya iaitu Fazura BeautyWater, minuman tanpa gula yang diperkaya dengan lycopene, untuk mencantikkan kulit secara semulajadi. 

PERSEMBAHAN GABUNGAN DUA NEGARA 


Sorakan berterusan penonton di Axiata Arena malam tadi turut diserikan oleh nyanyian Nur Fazura sendiri dengan medley lagu popular beliau dan diakhiri dengan gubahan semula lagu “Jika Cinta Allah” yang diiringi petikan gitar akustik oleh Ahmad Dhani.


Ahmad Dhani dan Mulan adalah dua orang artis Indonesia jemputan khas yang telah membuat persembahan pada konsert sulung Faztival malam tadi. Konsert Faztival Fazura 2022 diakhiri oleh persembahan khas Ahmad Band yang diketuai Ahmad Dhani.

Selain daripada menghargai para peminatnya, anjuran konsert seperti ini juga disasarkan oleh syarikat Fazura untuk membantu merancakkan industri hiburan tanahair dan kegiatan ekonomi industri hiliran yang lain seperti pelancongan dan Meetings, Incentives, Conferences and Exhibitions (MICE) tempatan yang telah banyak menerima kesan akibat pandemic COVID-19, selaras dengan aspirasi #MilikSemua.

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !