KONSERT 4 DEKAD SLANK

Slank sambut 4 dekad dengan peminat di Malaysia. Kumpulan Slank merupakan kumpulan rock terbesar di Indonesia yang berasal dari Jakarta. Kumpulan pujaan ramai ini mula ditubuhkan pada 26 Disember 1983 oleh remaja di lorong di Jakarta yang bergelar Gang Potlot, dengan membawa muzik aliran rock.

Kumpulan ini juga terkenal dengan lagunya yang sering diiringi lirik berunsur politik dan sosial. Ia terus aktif dan telah menerima banyak anugerah daripada industri muzik Indonesia.


KONSERT 4 DEKAD SLANK




KONSERT 4 DEKAD SLANK
Tarikh : 19 November 2022
Masa: 8.30 malam 
Venue : Zepp Kuala Lumpur
B2-01-02, Level B2, Entertainment Hub, BBCC, 2, Jalan Hang Tuah, Pudu, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia

Ahli Kumpulan Rock Slank terdiri daripada 5 anggota. Bimo Setiawan Almachzumi atau lebih mesra dipanggil Bim-Bim adalah pengasas kumpulan Slank. Dalam kumpulan Slank, Bim-bim bermain dram. 

Penyanyi utama adalah Akhadi Wira Satriaji atau lebih dikenali sebagai Kaka. Beliau adalah sepupu Bim-bim, pengasas Slank. Dalam kumpulan Slank, Kaka adalah vokalis utama.

Ahli seterusnya adalah Ivan Kurniawan Arifin yang dikenali sebagai Ivanka, merupakan pemain bass Slank. Mula bergabung dengan Slank sejak tahun 1997 menggantikan Bongky. 

Abdee Negara ialah seorang pemain gitar, vokalis latar, penulis lagu dan penerbit rekod Indonesia. Beliau lebih dikenali sebagai pemain gitar utama Slank bersama rakan gitaris irama, Ridho. 

Mohammad Ridwan Hafiedz atau Ridho merupakan pemain gitar, vokalis latar dan penulis lagu Indonesia. Beliau lebih dikenali sebagai pemain gitar irama dan vokalis belakang Slank bersama seorang lagi pemain gitar utama, Abdee Negara. 

Bakal bertemu peminat setia di Zepp Kuala Lumpur pada 19 November ini. Sudah lama tidak mendengar perkhabaran dari kumpulan terkenal Indonesia, Slank. Aksi-aksi mereka di pentas dengan lagu-lagu cukup bertenaga amat dirindui terutama para peminat setia di Malaysia. 

SLANK DITERBANGKAN KHAS OLEH TBRW GLOBAL SDN BHD


Nyata, mimpi dan keinginan para peminat Malaysia bakal menjadi kenyataan apabila kumpulan terkenal negara seberang itu bakal diterbangkan khas oleh TBRW Global Sdn Bhd untuk bertemu dengan peminat setia mereka sambil menyanyi bersama-sama lagu kegemaran mereka. 

19 November 2022 ini merupakan tarikh di yang patut anda tanda kerana Slank akan mempersembahkan Konsert 4 Dekad Slank. Bertempat di Zepp Kuala Lumpur dan akan bermula pada pukul 8.30 malam, Slank bakal mempersembahkan konsert berdurasi 2 jam khas buat para peminat di Malaysia. 

Pihak penganjur iaitu TBRW Global Sdn Bhd berasa cukup terharu dan gembira dengan kesudian Slank untuk muncul di Malaysia setelah sekian lama tidak muncul di Kuala Lumpur khususnya.

“Kami ingin membawa sebuah kumpulan legenda dari seberang dan kami berasa sangat gembira untuk mengumumkan Konsert 4 Dekad Slank yang akan diadakan pada 19 November ini,” ujar Wan Norul Fadly mewakili TBRW Global Sdn Bhd. 

MENGENAI SLANK


Kumpulan Slank yang dianggotai oleh Kaka (vokal), bimbim (dram), Abdee Negara (gitar), Ridho (gitar) dan Ivanka (bass) juga sangat teruja untuk bertemu para Slankers di Malaysia sambil membawakan lagu-lagu popular mereka pada malam konsert tersebut. 

Slank muncul dengan album berjudul Suit-suit…Hehehe (Gadis Sexy) pada tahun 1990 diikuti dengan pelbagai album pada setiap tahun hinggalah album Vaksin Slank yang dilancarkan pada 1 Januari 2021 dengan tag line ‘Suntikan cinta yang menyehatkan hati dan mencerdaskan akal. Vaksin Slank.’ Sehingga kini dalam usia mencapai 40 tahun, Slank sudah mengeluarkan 24 buah album dan itu merupakan kunci kepada keberadaan mereka hingga kini.

Menurut Kaka dalam sebuah temubual, kunci kepada keberadaan mereka selama 40 tahun dalam industri dan diterima oleh pelbagai generasi adalah kerana rutin mengeluarkan karya baru. Malah Bimbim yang merupakan pemini dram Slank menganggap bahawa pemuzik akan selalu diingati dan dilihat kerana karya mereka. 

Pesan Bimbim lagi jangan berhenti bekarya kerana karya seniman akan ditunggu. Jika berhenti berkarya, orang akan turut berhenti mengikuti. 

Kumpulan yang aktif dan bertenaga hingga sekarang ini juga pernah muncul dengan beberapa album runut bunyi seperti Get Married, Get Married 2 dan Generasi Biru The Movie. Slank turut menyatakan rasa syukur kerana dari tahun 1990 hingga kini, masih produktif dan tetap muncul dengan karya-karya baru. 


Muzik Slank juga dianggap sebagai salah satu khazanah kebudayaan Indonesia. Malah kumpulan ini pernah merangkul pelbagai anugerah antaranya empat kali memenangi Album Rock Terbaik di Anugerah Musik Indonesia serta memenangi Most Favorite Band di Anugerah MTV Indonesia dan pelbagai lagi. 

Setelah vakum kerana pandemik, akhirnya Slank muncul pada Mac tahun ini melalui persembahan pentas di Mandalika untuk mengubat kerinduan para Slankers. Dan tentunya tarikh 19 November merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu okeh para peminat di Malaysia untuk melepaskan kerinduan tersebut untuk menyanyikan beramai-ramai lagu-lagu seperti Ku Tak Bisa, I Miss You But I Hate You, Kamu Harus Pulang, Orkes Sakit Hati dan Virus. 

TIKET KONSERT SLANK 4 DEKAD


Tiket-tiket dijual pada harga (early bird) Cat 4 (RM298), Cat 3 (RM398), Cat 2 (198), Cat 1 (238) dan VIP (RM5980). Manakala pada harga biasa (normal) Cat 4 (RM318), Cat 3 (RM418), Cat 2 (218), Cat 1 (258) dan VIP (RM6180) akan dijual mulai Jumaat, 23 September ini, pukul 11 pagi di https://www.ticket2u.com.my.

1 Comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. wah berlumba lumba mengadakan konsert di sana sini lepas PKP berakhir

    ReplyDelete

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post