RAISA: LIVE IN MALAYSIA

Hitman Solutions Membawa Bintang Terkemuka Indonesia Dalam Konsert Eksklusif One-Night-Only. Hitman Solutions, penganjur acara terkemuka di Malaysia, bakal menpersembahkan satu lagi konsert mempesonakan.

RAISA: LIVE IN MALAYSIA


'Raisa: Live In Malaysia' berjanji untuk menyampaikan malam ajaib yang menampilkan Raisa, bintang pop dan R&B Indonesia pada 20 November 2022, 8:30 malam di Zepp Kuala Lumpur.

"Sambutan luar jangka dan memberangsangkan yang diterima pada konsert Jubin Nautiyal: Live In Malaysia baru-baru ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai keinginan yang besar untuk dihiburkan oleh artis antarabangsa. 

Kami berbangga, bersyukur, dan teruja menampilkan Raisa, bintang top di Indonesia, untuk membuat persembahan buat pertama kali di Malaysia untuk semua peminatnya," kata Encik Rohit Rampal, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Hitman Solutions.

Hitman Solutions telah ditubuhkan sekitar 15 tahun lalu dan merupakan salah satu anak syarikat Hitman Group. Hitman Solutions bertanggungjawab menganjurkan konsert berskala besar dengan membawakan aksi muzikal bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga superstar antarabangsa seperti Jubin Nautiyal, (G)-Idle, Shah Rukh Khan, Arijit Singh, Shreya Ghosal dan ramai lagi. Di bawah Hitman Group, terdapat juga Hitman Media, anak syarikat yang memberi tumpuan kepada pemasaran digital.


"Nama Raisa terkenal dalam industri muzik Indonesia, dan karya-karyanya telah mendapat perhatian yang ketara di negara kita. Pencapaian ini kerana beliau bukanlah penyanyi biasa. Suaranya yang merdu adalah ikonik dan mewakili gelombang baru balada, lagu pop dan jazz, serta muzik melankolik lain yang serupa," jelas Encik Rohit.

Raisa menjadi terkenal dengan single pertamanya, berjudul 'Serba Salah', daripada album sulungnya 'Raisa', pada 2011. Pada tahun berikutnya, dia memenangi anugerah 'Artis Baru Terbaik' di Anugerah Musik Indonesia (AMI) ke-15 dan 'Artis Wanita Baharu Terbaik' di Anugerah Planet Muzik. Sebagai seorang artist yang berbakat, Raisa terus menggilap kebolehannya dan telah memenangi beberapa anugerah muzik serta hati jutaan orang.

"Pembeli tiket boleh mengharapkan kira-kira 20 lagu hit Raisa dalam ekstravaganza dua jam, diiringi oleh pemuzik profesional dan produksi audiovisual kami yang terkenal. Kami mempunyai jangkaan yang besar untuk konsert ini dan berharap semua orang merebut peluang ini," tambah Rohit.

Sebagai tindak balas kepada inisiatif kerajaan Malaysia untuk menggalakkan penciptaan acara fizikal, Hitman Solutions bersungguh-sungguh dalam menganjurkan konsert-konsert yang epik. Mereka berharap dapat merangsang perkembangan industri hiburan serta pelancongan Malaysia dan membuat pemulihan sepenuhnya daripada kesan buruk pandemik Covid-19.


Kategori tiket VVIP, CAT 3 dan CAT 4 habis dijual pada hari pertama, manakala CAT 1 (RM250 - Free Standing) dan CAT 2 (RM200 - Free Standing) sedang dijual dengan pantas. Bagi mereka yang belum mendapat tiket untuk menonton Raisa: Live in Malaysia, anda boleh membeli tiket di www.hitmanlive.com

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post