FILEM MUSYRIK BAKAL BOX OFFICE MENGIKUT JEJAK FILEM MAT KILAU

FILEM MUSYRIK BAKAL BOX OFFICE MENGIKUT JEJAK FILEM MAT KILAU

Ruby
6
FILEM MUSYRIK BAKAL BOX OFFICE MENGIKUT JEJAK FILEM MAT KILAU | Assalammualaikum semua! Semenjak pelbagai sektor telah dibuka selepas YAB Perdana Menteri mengumumkan negara bakal Endemik COVID-19. Industri perfileman tanahair juga rancak menghasilkan filem-filem hebat. Baru-baru filem Mat Kilau berjaya merangkul kutipan jutaaan ringgit dengan beberapa hari sahaja di pawagam. 

Sambutan amat menggalakkan ini membuatkan penggiat filem tanahair yang lain turut berasa gembira dan mengharapkan sambutan yang sama diberikan oleh Rakyat Malaysia kepada filem yang bakal ditayangkan iaitu Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! Jom kita sokong filem anak tempatan ini pada 7 Julai 2022 ini. 



FILEM MUSYRIK BAKAL BOX OFFICE MENGIKUT JEJAK FILEM MAT KILAU


Kejayaan filem ‘box office’, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yang berjaya mengutip RM39.2 juta dalam tempoh sepuluh hari tayangan menjadi penanda aras kepada industri perfileman negara.

Filem epik Melayu terbitan Studio Kembara Sdn Bhd itu seakan memberikan sinar baharu kepada industri perfileman yang merudum sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan selama dua tahun.

Bagi penerbit filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! S Baldev berkata, kejayaan filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membuktikan filem tempatan mampu pergi lebih jauh ke peringkat antarabangsa.

“Terima kasih penonton tempatan. Filem Malaysia memang berkualiti untuk menarik penonton ke pawagam.

“Walaupun pasaran kita kecil, ‘output’ kita besar berbanding dengan filem Hollywood atau Bollywood,” katanya.


S Baldev berkata, pembikin filem tempatan memang bekerja keras untuk memberikan karya terbaik untuk penonton.

“Justeru, saya sangat berharap kerajaan beri perhatian sewajarnya dengan membantu membawa filem tempatan ke peringkat global,” katanya.

Mengenai filem baharu bergenre seram Musyrik - Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, mesej ingin disampaikan dalam filem terbitannya sama seperti Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.
 
“Jika filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan membangkitkan martabat orang Melayu, Musyrik - Api Neraka Menantimu! pula membina kekuatan dalaman dan meningkatkan keimanan seseorang daripada memilih jalan salah kerana api neraka akan menanti.

“Walaupun saya bukan beragama Islam, saya berminat untuk mempelajari mengenai agama lain dan percaya Tuhan hanya satu.

“Malah, pasukan produksi kami juga buat kajian secara mendalam termasuk bertemu ustaz demi merealisasikan filem ini,” katanya.

Ditanya sasaran kutipan filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!, S Baldev berkata, dia hanya menyerahkan kepada penonton untuk menilai hasilnya.

“Semua orang tanpa mengira agama dan bangsa boleh menonton filem ini kerana ia sesuai untuk tontonan seluruh masyarakat,” katanya.

FILEM MUSYRIK - API NERAKA MENANTIMU! 7 JULAI 2022 INI!


Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd menampilkan barisan pelakon popular seperti Ariel Zafrel, Ruhainies dan Ashraf Muslim selaku teraju utamanya. Selain itu, ia turut dibarisi pelakon, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi. 


Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai ini.

Trailer rasmi filem ini sudah menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies sejak 15 Jun lalu.

Selain Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu!, antara senarai filem tempatan lain yang bakal ditayangkan di pawagam mengikut Skim Wajib Tayang termasuklah Bintang Hatiku pada 28 Julai ini, Jerangkung Dalam Almari (4 Ogos), Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (25 Ogos) dan Anak Rimau (1 September).

Tidak ketinggalan, filem Juang (8 September), Ada Hantu 2 (15 September), Zaara (22 September), Rasuk dan Biko (29 September) dan banyak lagi.
Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Waaa menarik juga ni. nak pi tengoklah nanti... tunggu timing uzur hehehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. beraninya akak tengok waktu uzur! nanti kena sampuk! macam mana? Jenuh ustaz Ashraf Muslim nak keluar dari skrin cinema. hahaha

      Padam
  2. Fuuh,.. macam nampak seram ni Ruby. aduyaiii

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyerrr seram sangat rasanya ni. kena bawa selimut tutup muka.

      Padam
  3. wah kita suka cite hantu nih. ada rezeki boleh g tengok nanti.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !