BUTIK KEENAM NAELOFAR DI KL EAST MALL SYURGA BUAT MUSLIMAH

BUTIK KEENAM NAELOFAR DI KL EAST MALL SYURGA BUAT MUSLIMAH

Ruby
1
BUTIK KEENAM NAELOFAR DI KL EAST MALL SYURGA BUAT MUSLIMAH | Assalammualaikum semua! Pada 30 Jun 2022 yang lalu telah berlangsung perasmian Butik Naelofar di KL East Mall dan ini merupakan butik ke enam jenama Naelofar. Tahniah Ruby ucapkan kepada seluruh pasukan Naelofar. Ruby pun turut tumpang gembira dan berbangga! Akhirnya ada Butik Naelofar berdekatan rumah! Yahooo! 

Jenama Naelofar sentiasa memandang maju kehadapan agar dapat memberi pengalaman membeli-belah luar biasa kepada pelanggan kesayangan. Pemilihan butik di KL East Mall adalah kerana lokasi yang paling mendapat respons dari para peminat busana jenama Naelofar selain daripada ramai usahawan  jenama tempatan yang turut berada di sini. 


BUTIK KEENAM NAELOFAR DI KL EAST MALL SYURGA BUAT MUSLIMAH


Lokasi strategik Butik Naelofar di KL East Mall menjadikan aksesnya mudah untuk pembeli dari kawasan Gombak, Selayang, Wangsa Melawati, Wangsa Maju, Setiawangsa, Ampang, Bentong Pahang dan mereka yang melalui Lebuhraya MRR2 untuk pulang ke kampung. Anda boleh hadir ke butik yang hanya di tingkat bawah (GF) bersebelahan pintu masuk utama KL East Mall. Oh ya! Pasti Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) suka dengan pembukaan cawangan Naelofar di sini. Dekat, mudah dan selesa dikunjungi!

Butik Naelofar sebelum ini telah beroperasi baik di Luxe Boutique TTDI, Setia City Mall, One Utama Shopping Centre, Isetan KLCC, dan SOGO KL. Kini, anda boleh ke Butik Naelofar di KL East Mall yang lebih dekat dengan masyarakat di wilayah timur Greater Kuala Lumpur.


KL East Mall adalah pusat membeli-belah yang menawarkan pengalaman membeli-belah seisi keluarga dengan kepelbagaian fesyen, muzik, gaya hidup, kosmetik, seni dan syurga makanan. Ia adalah nadi bagi timur Kuala Lumpur. 

Oleh kerana itu, jenama Naelofar berani ‘GO FAR’ untuk pembukaam butik keenam dengan sokongan dari semua pihak. Malah, penglibatan #NaelofarBabes juga membantu meningkatkan populariti perniagaan dengan sentiasa bersiap sedia memiliki koleksi terkini dari jenama Naelofar. 

Naelofar mengumumkan pelancaran rasmi kedai keenam mereka di KL East Mall, Kuala Lumpur. Menyediakan pintu gerbang moden kepada busana muslimah, pelancaran butik keenam itu telah dirasmikan oleh pengasas, Noor Neelofa Mohd Noor bersama Pengarah Urusan, Mohamed Aqief Mohd Noor, dan Ketua Pengarah Eksekutif, Kho Min Jee. Kedai dibuka secara rasmi kepada umum bermula Khamis, 30 Jun 2022.

WITH NAELOFAR, EVERY WOMAN CAN GO FAR


Berpegang teguh pada moto mereka yang mapan iaitu “With Naelofar, every woman can Go Far”, kedai serba baharu ini menampilkan lanjutan daripada pengaruh konsep minimalis jenama yang dikenali dengan mudah di seluruh cawangan kedai sedia ada Naelofar. Dipamerkan dalam padanan tekstur sederhana dalam kontemporari. 

Ruang seluas 2,400 kaki persegi dipenuhi dengan produk terlaris Naelofar, koleksi terbaru, bilik persalinan yang luas, tempat duduk yang selesa dan reruai foto menarik untuk Instagram, di samping menawarkan pengalaman membeli-belah yang menarik untuk #NaelofarBabes apabila mereka berkunjung.


Noor Neelofa, pengasas Naelofar, berkata, “Sejak awal penubuhan kami, kami telah mengimpikan untuk mengembangkan kedai kami di seluruh Malaysia buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, kami terpaksa menangguhkan banyak rancangan kami semasa COVID-19 menyerang bukan sahaja negara, tetapi dunia. Hari ini, saya sangat teruja untuk melihat impian ini menjadi kenyataan, bermula dengan kedai ini dan banyak lagi pada masa akan datang. 

Kami teramat berterima kasih kepada #NaelofarBabes kami untuk sokongan yang mereka berikan kepada kami semenjak dari awal penubuhan kami yang telah membawa kami kepada detik ini pada dasarnya. Kami berharap kami dapat membalas budi mereka dengan membantu mereka ‘Go Far’ bersama Naelofar.”

KOLEKSI TERKINI NAELOFAR BERSEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA


Bagi memeriahkan perasmian cawangan keenam, Naelofar turut melancarkan koleksi Aidil Adha secara eksklusif kepada pengunjung KL East Mall. Pelanggan berkesempatan menjadi di antara pembeli terawal sebelum ia di jual pada 9 malam secara dalam talian. 

Pengunjung berpeluang menikmati akses awal ke Set Hadiah Najma Mini Sejadah, Najma Sejadah, Set Telekung Amal dan Abaya Renda Lara Crepe – semuanya sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha.

Naelofar Eid Al-Adha Merchandises:

1. Set Hadiah Najma Mini Sejadah: RM169
2. Najma Sejadah: RM95
3. Amal Telekung Set: RM249
4. Lara Crepe Lace Abaya: RM329

NAJMA MINI SEJADAH GIFT SET



NAJMA SEJADAH



AMAL TELEKUNG SET


LARA CREPE LACE ABAYA



SUASANA BUTIK NAELOFAR KL EAST MALL


Saat melangkah masuk ke butik ini, Ruby berasa selesa dan tenang dengan dekorasi yang dipaparkan. Penjarakan rak dan produk memudahkan kita untuk melihat, memegang dan merasai tekstur setiap produk. Ia syurga buat Muslimah. Jom ikut Ruby melihat setiap sudut butik Naelofar. 


Pelanggan boleh datang ke cawangan terbaharu Naelofar untuk mengetahui dan membeli-belah koleksi terkini serta menikmati tawaran eksklusif dalam kedai dari semasa ke semasa.

Naelofar KL East Mall
LOT. G1-37, 
Tingkat Bawah, 
KL East Mall,
Jalan Lingkaran Tengah 2,
53100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.

PROMOSI PEMBUKAAN DAN MENANG HADIAH DARI NAELOFAR


Semasa di majlis perasmian ini, pihak Naelofar telah memberi 10% diskaun kepada semua produk yang terdapat di Butik Naelofar dengan syarat pembelian hanya dari jam 10 Pagi hingga 1 Petang sahaja. Ruby tidak melepaskan peluang untuk memiliki koleksi shawl dan square Disney X Naelofar - Alice in Wonderland. Kemudian square Monogram Mania. Gara-gara emcee Daphe Iking pakai warna ni. Lawa betul!


Ruby juga menyertai cabaran menumpul Naelofar pin. Walaupun pemalu nak minta pin dari tetamu yang hadir. Dapat lah dua biji. YES NO YES NO. Haha.

Alhamdulillah Ruby menang Najma Mini Sejadah Gift Set - Aurora. Dapat bergambar dengan Neelofa dan Datin Noor Kartini. Ruby pemalu nak bergambar dengan idola sebab tahu mereka sibuk dengan sesi wawancara. Kali terakhir Ruby dapat bergambar dengan Neelofa ketika acara Johnson & Johnson tahun 2013. Menggamit memori, 2022 lihatlah Neelofa sekarang. MasyaAllah sangat terinspirasi dengan kejayaan beliau.

MENGENAI NAELOFAR


Naelofar ialah jenama fesyen muslimah Malaysia yang diasaskan oleh selebriti dan usahawan terkemuka Malaysia, Neelofa pada tahun 2014. Naelofar sentiasa memastikan pilihan produk mereka adalah berkualiti premium dan mampu milik. Naelofar memiliki jalinan penjualan yang luas melalui saluran dalam talian, naelofar.com dan cawangan kedai Luxe Boutique TTDI, Setia City Mall, One Utama Shopping Centre, Isetan KLCC, SOGO KL, dan lebih daripada 100 stokis sah seluruh dunia. Naelofar ialah jenama fesyen muslimah yang terkenal di Malaysia dan juga merangkumi negara-negara seperti Singapura, Indonesia, Dubai, Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat serta banyak lagi.

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Tahniah Ruby dapat menang cabaran YES NO ! BTW< butik Naelofar ini harga dia affordable ! SUka !

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !