NESTLE EVERYDAY LANCAR KEMPEN #HARIHARIEVERYDAY

NESTLE EVERYDAY LANCAR KEMPEN #HARIHARIEVERYDAY

Ruby
1

NESTLE EVERYDAY LANCAR KEMPEN #HARIHARIEVERYDAY | Mendorong Rakyat Malaysia bersatu menjana khasiat keluarga PPR dengan pek ‘Bekalan Nutrisi’. Sempena Hari Nutrisi Sedunia, Nestlé EVERYDAY baru-baru ini melancarkan kempen #HariHariEveryday, yang bertujuan menggalakkan amalan pemakanan yang sihat dalam kalangan rakyat Malaysia. Dengan matlamat menangani masalah kekurangan mikronutrien yang juga dikenali sebagai ‘kelaparan tersembunyi’ yang semakin berleluasa dalam kalangan kanak-kanak dan dewasa di Malaysia, kempen ini akan memberi tumpuan kepada penjanaan khasiat keluarga-keluarga di Projek Perumahan Rakyat (PPR).



NESTLE EVERYDAY LANCAR KEMPEN #HARIHARIEVERYDAY


NESTLE EVERYDAY LANCAR KEMPEN #HARIHARIEVERYDAY


Dari Jun hingga Julai 2022, Nestlé EVERYDAY akan turun padang untuk mengunjungi penghuni PPR di seluruh Lembah Klang bagi meningkatkan kesedaran tentang risiko kesihatan akibat kekurangan mikronutrien, berkongsi kebaikan susu tepung Nestlé EVERYDAY menerusi aktiviti pensampelan dan mendidik masyarakat tentang kepentingan pemakanan yang sihat untuk seisi keluarga. Dengan setiap gelas mengandungi 12 vitamin dan mineral, diperkaya dengan kandungan kalsium dan zat besi tinggi dan 100% vitamin C untuk memenuhi keperluan pemakanan yang disyorkan bagi rakyat Malaysia*, susu tepung Nestlé EVERYDAY dirumuskan khas untuk menjaga kesejahteraan keluarga Malaysia.

Lam Pui Yuee, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Susu, Nestlé (Malaysia) Berhad, berkata, “‘Kelaparan tersembunyi’ merupakan beban kesihatan yang signifikan di Malaysia, dengan satu daripada tiga keluarga mengalami kekurangan mikronutrien seperti kalsium, zat besi dan vitamin C dalam diet harian. Tambahan lagi, ramai yang tidak sedar mereka mengalami kekurangan mikronutrien dan ini berpotensi untuk menimbulkan risiko jangka panjang terhadap kesihatan mereka. Di sinilah kempen #HariHariEveryday boleh memainkan peranan dalam membantu rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dengan meningkatkan kesedaran tentang isu ini dan menyokong keluarga-keluarga yang memerlukan.”


Menerusi kempen ini, Nestlé EVERYDAY ingin menyeru rakyat Malaysia agar bersatu dalam menyokong keperluan pemakanan para penduduk PPR menerusi usaha mengutip derma dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Empire Project. Dengan setiap hashtag #HariHariEveryday yang dikongsi di media sosial, satu pek ‘Bekalan Nutrisi’ EVERYDAY akan disumbangkan kepada keluarga PPR di seluruh Semenanjung Malaysia. Untuk menyertai kempen, peserta hanya perlu memaparkan gambar diri sendiri ‘menayangkan otot’ dengan pek Nestlé EVERYDAY di media sosial dengan hashtag #HariHariEveryday.

NESTLE EVERYDAY LANCAR KEMPEN #HARIHARIEVERYDAY

Tambahan lagi, demi terus menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, Nestlé EVERYDAY akan memberi ganjaran kepada pengguna menerusi penganjuran peraduan yang terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dengan tawaran hadiah bernilai lebih daripada RM100,000

Untuk menyertai peraduan, pengguna Nestlé EVERYDAY yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM10 hanya perlu berkongsi gambar resit dan nama penuh serta nombor kad pengenalan menerusi Whatsapp kepada +6018 220 0679. Peserta berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk hadiah utama Perodua Ativa, dan juga empat Yamaha Eco Gear 125l serta pin tambah nilai Touch ‘n Go setiap minggu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan peraduan #HariHariEveryday sila layari https://www.dearnestle.com.my/bm/peraduan-hari-hari-everyday.

*Dua hidangan Nestlé EVERYDAY membekalkan 100% keperluan harian Vitamin C seseorang; berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia, 4-9 tahun (2017).

Mengenai Nestlé Malaysia

Nestlé merupakan pengeluar makanan dan minuman terbesar di dunia. Beribu pejabat di Switzerland, Nestlé beroperasi di lebih 180 negara di seluruh dunia, dan seramai lebih 270,000 orang kakitangan kami komited terhadap matlamat Nestlé, yang berusaha memanfaatkan kelebihan makanan untuk meningkatkan kualiti kehidupan untuk semua insan, masa kini dan untuk generasi masa depan. Prestasi kami dipacu oleh strategi Pemakanan, Kesihatan dan Kesejahteraan kami.

Menjana khasiat rakyat Malaysia sejak 1912, Nestlé telah meraih kepercayaan para pengguna kami menerusi jenama dan produk kami yang bermutu tinggi. Kami juga komited untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan masyarakat di mana kami beroperasi, sambil mengekalkan kecemerlangan dan ketelusan produk Halal kami.

Ini sejajar dengan janji kami untuk menawarkan GOOD FOOD, GOOD LIFE kepada semua. Untuk ketahui lebih lanjut tentang usaha kami menjana khasiat rakyat Malaysia melebihi seabad, sila layari www.nestle.com.my atau kunjungi laman Facebook kami di https://www.facebook.com/NestleMalaysia.



Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !