BATU PERMATA BUKAN SEKADAR BATU BERWARNA WARNI: KETAHUI TIPS MEMBELI BARANGAN KEMAS BERTATAHKAN BATU PERMATA

BATU PERMATA BUKAN SEKADAR BATU BERWARNA WARNI: KETAHUI TIPS MEMBELI BARANGAN KEMAS BERTATAHKAN BATU PERMATA

Ruby
0
BATU PERMATA BUKAN SEKADAR BATU BERWARNA WARNI: KETAHUI TIPS MEMBELI BARANGAN KEMAS BERTATAHKAN BATU PERMATA | Trend barangan kemas yang dihiasi dengan keunikan batu permata berwarna-warni semakin mendapat tempat di hati pencinta barangan kemas. Batu permata dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘precious stone’ yang terdiri daripada batu permata popular yang mempunyai permintaan tinggi dari serata dunia iaitu safir, zamrud, delima dan berlian. Selain daripada batu permata utama ini, terdapat juga batu permata daripada kategori ‘semi-precious’ seperti kecubung (amethyst), turmalin (tourmaline), topaz, citrine dan opal.

BATU PERMATA BUKAN SEKADAR BATU BERWARNA WARNI: KETAHUI TIPS MEMBELI BARANGAN KEMAS BERTATAHKAN BATU PERMATA


BATU PERMATA BUKAN SEKADAR BATU BERWARNA WARNI: KETAHUI TIPS MEMBELI BARANGAN KEMAS BERTATAHKAN BATU PERMATA

Sebelum membeli barangan kemas bertatahkan batu permata, terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan agar dapat memberikan kepuasan dan keselesaan semasa memakai. Berikut merupakan beberapa tips berguna untuk anda yang baru sahaja berjinak-jinak dalam membeli barangan kemas bertatahkan batu permata:

KENALI JENIS BATU PERMATA DAN WARNA YANG ADA

  • Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Contohnya seperti permata zamrud hijau yang merupakan antara batu permata dalam kumpulan ‘Beryl’ selain daripada permata aquamarin biru dan morganit merah jambu. Ia pertama kali dijumpai di Mesir dan dikatakan menjadi batu permata kesukaan Ratu Cleopatra. Batu permata dari kumpulan batu permata berharga atau dikenali sebagai ‘precious stone’, zamrud mempunyai kekerasan setinggi 7.5 ke 8 mengikut skala Mohs dan ianya hanya boleh ditemui di beberapa tempat di dunia seperti Colombia, Brazil, Zimbabwe, Zambia dan Afganistan. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan permata zamrud, ianya memerlukan persekitaran dan mineral yang tertentu di dalam tanah.
  • Bagi batu permata delima dan safir, ianya tergolong dalam kumpulan yang sama iaitu korundum serta mempunyai kekerasan pada skala 9 menurut skala Mohs. Istimewanya kumpulan ini, ia juga boleh didapati dalam hampir semua warna seperti merah, ungu dan biru.
  • Setiap batu permata adalah unik dan tidak akan serupa antara satu sama lain. Warna menjadi satu faktor utama dalam pemilihan permata semulajadi ini. Namun, kecantikan adalah sesuatu yang subjektif dan setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui nama-nama batu permata yang dijual serta warna batu tersebut. Jangan terkejut jika terdapat dua batu permata yang mempunyai warna yang sama namun dari kategori batu yang berbeza ataupun sebaliknya. 
  • Penilaian batu permata menggunakan mata kasar adalah agak sukar, malah kita memerlukan peralatan khas untuk membezakan setiap jenis batu permata yang ada di pasaran. Oleh itu, barangan kemas seperti ini hendaklah dibeli daripada sumber yang diyakini dan dipercayai untuk mengelakkan penipuan.


Dari kiri: Cincin HABIB bertatahkan batu permata zamrud, turmalin hijau, peridot dan tsavorite.


Dari kiri: Cincin HABIB bertatahkan batu permata zircon biru, safir biru dan topaz biru.





JENIS DAN WARAN EMAS YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGIKAT BATU PERMATA


Sebelum membeli barang kemas batu permata, ketahui jenis dan mutu emas yang digunakan untuk mengikat batu permata tersebut. Secara lazimnya, mutu emas bermula 750 dan ke bawah adalah pilihan terbaik untuk mengikat batu permata kerana sifatnya yang lebih kuat dan kukuh, selain memastikan batu permata terletak dengan sempurna. Sifat emas 999 dan 916 yang lembut dan mudah dilentur tidak disarankan untuk barangan kemas seperti ini kerana dikhuatiri batu permata akan terkeluar daripada ikatan. Di samping mengetahui jenis dan mutu emas, pemilihan warna emas seperti kuning, putih dan merah jambu juga perlu dititikberatkan bagi memenuhi citarasa dan menonjolkan warna batu permata.

Rekaan barangan kemas HABIB bertatahkan batu permata yang diikat 

dengan tiga jenis warna emas iaitu kuning, putih dan merah jambu





ANGGARAN BAJET


Sama seperti berlian, batu permata dinilai berdasarkan 4Cs (Color = Warna, Clarity = Kejernihan, Carat = Karat, Cut = Potongan). Semakin sempurna keempat-empat ciri tersebut, semakin tinggi harga yang ditawarkan di pasaran. Di HABIB, barangan kemas bertatahkan permata ditawarkan bermula serendah RM 300 dan mampu milik. HABIB juga menawarkan barangan kemas batu permata pada harga yang eksklusif buat mereka yang ingin tampil lebih mewah. Sebagai contoh, jika anda menggemari batu permata berwarna hijau, dengan bajet yang terhad anda boleh memilih batu turmalin hijau bagi menghiasi barangan kemas anda selain daripada batu zamrud kerana harganya jauh lebih berpatutan dan mampu milik.

TUJUAN MEMBELI


Sebelum membuat pembelian, anda harus memastikan barangan kemas yang dibeli adalah bersesuaian untuk digayakan. Sebagai contoh, sekiranya anda membeli barangan kemas batu permata untuk dipakai harian, mungkin rekaan itu perlu lebih ringkas dan minimalis berbanding jika hendak digayakan ke acara-acara tertentu. Bagi acara-acara istimewa, anda boleh mendapatkan barangan kemas batu permata dengan rekaan yang lebih menonjol bagi menyerlahkan penampilan anda.


KETAHUI TIPS PENJAGAAN YANG BETUL


Setiap batu permata mempunyai cara penjagaan yang berbeza. Oleh itu, sebelum membeli sebarang barangan kemas bertatahkan batu permata, anda harus mengetahui bagaimana kecantikan dan kesempurnaan batu permata itu boleh dikekalkan. Antara tips yang boleh diamalkan adalah:

  • Batu permata tidak boleh disimpan bersama batu permata yang mempunyai kekerasan lebih rendah atau tinggi (mengikut skala Mohs) bagi mengelakkan batu permata calar dan bergesel antara satu sama lain.
  • Untuk mencuci barangan kemas permata anda, hanya gunakan berus lembut dan air sabun yang suam.
  • Hanya menggunakan pencuci ultrasonik dan pencucian steam pada batu permata tertentu seperti opal, mutiara dan ambar untuk mengekalkan kesempurnaan batu permata. Jika pencuci ultrasonik digunakan pada zamrud atau peridot, perubahan haba akan menyebabkan batu permata mengalami keretakan dan rosak.
  • Simpan dalam bekas yang bersesuaian. Elakkan menyimpan batu permata di dalam beg plastik kerana plastik boleh menghasilkan kimia yang merosakkan permukaan permata.
  • Jika hendak memakai wangi-wangian, semburan rambut, losyen dan sebarang krim yang mempunyai bahan-bahan kimia, lakukannya sebelum memakai barangan kemas.
Buat mereka yang menggemari barangan kemas bertatahkan batu permata, Festival Batu Permata adalah waktu yang tepat untuk anda mendapatkan pelbagai rekaan barangan kemas yang pastinya menepati citarasa anda. Festival Batu Permata berlangsung bermula 14 Julai 2022 di seluruh bilik pameran HABIB sehingga 31 Ogos 2022. 

Untuk mendapatkan informasi lanjut mengenai Festival Batu Permata, layari laman sesawang rasmi www.habibjewels.com atau ikuti HABIB di media sosial Instagram dan Facebook @HABIB.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !