LAZADA PERKENALKAN LAZ HALAL, DESTINASI DALAM TALIAN BAGI PRODUK 100% SAH DIPERAKUI HALAL SEMPENA AIDILADHA

LAZADA PERKENALKAN LAZ HALAL, DESTINASI DALAM TALIAN BAGI PRODUK 100% SAH DIPERAKUI HALAL SEMPENA AIDILADHA

Ruby
0
LAZADA PERKENALKAN LAZ HALAL, DESTINASI DALAM TALIAN BAGI PRODUK 100% SAH DIPERAKUI HALAL SEMPENA AIDILADHA | Rakyat Malaysia kini boleh membeli produk yang 100% sah diperakui Halal di ‘Laz Halal’, destinasi Halal dalam talian terbaharu yang dilancarkan oleh Lazada Malaysia. Saluran Halal ini membolehkan para pelanggan untuk mendapatkan beraneka produk Halal keluaran tempatan dan juga jenama antarabangsa yang telah disahkan mempunyai pensijilan Halal JAKIM.


LAZADA PERKENALKAN LAZ HALAL, DESTINASI DALAM TALIAN BAGI PRODUK 100% SAH DIPERAKUI HALAL SEMPENA AIDILADHA


LAZADA PERKENALKAN LAZ HALAL, DESTINASI DALAM TALIAN BAGI PRODUK 100% SAH DIPERAKUI HALAL SEMPENA AIDILADHA

Laz Halal juga telah diwujudkan bagi menyokong usahawan tempatan yang berhasrat untuk memasarkan produk yang diperakui Halal kepada para pelanggan yang mengutamakan kesahihan Halal sebagai satu faktor apabila membeli barangan keperluan. Laz Halal akan diperkembangkan agar menjadi wadah dalam talian yang membolehkan para peniaga untuk memenuhi permintaan lebih ramai pelanggan yang kini semakin kerap membeli-belah dalam talian untuk produk dalam kategori barangan harian, termasuk keperluan dapur dan barangan makanan dan minuman, serta produk penjagaan kesihatan, fesyen, kecantikan dan pelbagai barangan Halal yang lain.

“Laz Halal memberikan jaminan kepada para pelanggan serta keyakinan apabila membeli produk berkualiti yang sah diperakui Halal pada harga yang berbaloi, secara terus dari para penjual dan kedai rasmi yang menawarkan beraneka produk Halal. Kami berharap saluran khusus ini dapat memungkinkan perniagaan kecil dan besar untuk menjana lebih banyak jualan dan menggalakkan daya interaksi dengan para pelanggan. 

Memandangkan Aidiladha bakal berkunjung tiba, kami berbesar hati lantaran dapat memudahkan pembelian dan berkongsi keceriaan sambutan tersebut. Malahan, selepas Hari Raya Haji, Laz Halal akan terus menawarkan pelbagai produk yang diperakui Halal untuk para pelanggan,” menurut Syarif Lee, Ketua Pegawai Pelanggan, Lazada Malaysia.
LAZADA PERKENALKAN LAZ HALAL, DESTINASI DALAM TALIAN BAGI PRODUK 100% SAH DIPERAKUI HALAL SEMPENA AIDILADHA

Mengulas tentang inisiatif positif tersebut, YBhg. Datuk Hajjah Hakimah Mohd. Yusoff, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkata, “Dalam era digital masa kini, di mana eDagang memberikan kemudahan di hujung jari, JAKIM memahami keperluan dan permintaan di kalangan populasi tempatan dan global untuk mendapatkan barangan yang diperakui Halal. 

Peranan kami ialah untuk memastikan bahawa integriti logo Halal dan pensijilan Halal yang diperakui oleh JAKIM dan badan-badan berkuasa Halal luar negara yang dikenalpasti oleh JAKIM terus terpelihara, serta ditangani dan ditadbir urus dengan berhemah. 

Pendekatan proaktif oleh pihak Lazada dengan mewujudkan saluran Halal dalam talian yang menawarkan produk yang telah sah diperakui Halal merupakan satu langkah yang memberangsangkan. Ianya dapat memanfaatkan komuniti Muslim, di samping memperkukuhkan usaha strategik pihak JAKIM dalam pembangunan Halal secara bersepadu.”
LAZADA PERKENALKAN LAZ HALAL, DESTINASI DALAM TALIAN BAGI PRODUK 100% SAH DIPERAKUI HALAL SEMPENA AIDILADHA

Ikon dan banner ‘Laz Halal’ dipaparkan di Halaman Utama Lazada Malaysia, bagi memudahkan para pelanggan untuk terus akses, layari serta membeli barangan yang diperakui Halal, di samping menikmati tawaran eksklusif dan diskaun sepanjang Jualan Pertengahan Tahun Lazada 7.7, antaranya penghantaran percuma, penjimatan tambahan sehingga 20% menerusi LazCoins dan potongan RM10 bagi setiap pembelian bernilai RM100 dengan Lazada Bonus. Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman kempen Laz Halal.

MENGENAI LAZADA GROUP


Lazada Group merupakan perintis platform eDagang di Asia Tenggara. Sepanjang 10 tahun lepas, Lazada telah menjana pembangunan menerusi perdagangan digital dan teknologi di Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Kini, ekosistem setempat yang berdaya maju mampu menghubungkan pelanggan kepada lebih 1 juta para penjual yang aktif setiap bulan, menerusi proses transaksi secara selamat dengan saluran pembayaran yang dipercayai dan Lazada Wallet, lantas membolehkan para pelanggan mendapatkan pesanan mereka dengan rangkaian logistik terbesar di rantau ini. 

Lazada bertekad untuk menyediakan perkhidmatan kepada 300 juta pelanggan menjelang tahun 2030, dan menjadi platform e-dagang terbaik bagi membolehkan pelbagai jenama dan penjual mendigitalisasikan perniagaan mereka. Pada 2022, Yayasan Lazada telah ditubuhkan demi memperkasakan golongan belia dan wanita untuk merentasi masa hadapan digital, merapatkan jurang digital dan membangunkan komuniti dengan mewujudkan impak positif. 

Maklumat lanjut boleh didapati di https://group.lazada.com/en/foundation/.
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !