GADIS JOLOBU THE MOVIE LAKONAN DATO HATTAN, KHIR RAHMAN DAN JOEY DAUD MENGETENGAHKAN BUDAYA TRADISI MINANGKABAU

GADIS JOLOBU THE MOVIE LAKONAN DATO HATTAN, KHIR RAHMAN DAN JOEY DAUD MENGETENGAHKAN BUDAYA TRADISI MINANGKABAU

Ruby
1
GADIS JOLOBU THE MOVIE LAKONAN DATO HATTAN, KHIR RAHMAN DAN JOEY DAUD MENGETENGAHKAN BUDAYA TRADISI MINANGKABAU | Assalammualaikum semua! Ruby ingin kongsikan filem seterusnya bakal menemui penonton di pawagam iaitu Gadis Jolobu The Movie. Filem bergenre komedi romantik ini diteraju oleh barisan pelakon yang pasti membuat anda tidak akan kering gusi menonton setiap babak. Malah, pelakon juga menjiwai budaya dan tradisi Minankabau dari Negeri Sembilan. 

Bayangkan macam mana kelakar gandingan Dato Hattan, Khid Rahman dan Joey Daud? Jika anda sudah biasa melihat mereka berlakon dalam drama, mesti tahu bagaimana watak mereka akan memberi sinar kepada seluruh episod drama. Hehehe. Jadi, jom kita sokong filem yang bakal ditayangkan di GSC Cinemas 4 Ogos 2022 nanti.


GADIS JOLOBU THE MOVIE LAKONAN DATO HATTAN, KHIR RAHMAN DAN JOEY DAUD MENGETENGAHKAN BUDAYA TRADISI MINANGKABAU


Di sebalik kelantangannya, ada sisi komedi dalam diri penyanyi otai, Datuk Hattan. Penyanyi lagu Biso Bonar itu tidak kisah jika digelar pelawak selepas membintangi filem genre komedi romantik, Gadis Jolobu The Movie arahan CL Hor.

Bagi pemilik nama Mohd Shukri Shahabudin, 57, itu, watak komedi dalam filem terbitan syarikat hiburan terkemuka Asia Pasifik, Tremendous Entertainment dan Zebra Studio Sdn Bhd itu sekadar lakonan, tidak terjejas prinsip yang lantang bersuara mengenai pelbagai topik di media sosial.

Dato Hattan bersama CL Hor serta Pengasas dan Pengarah Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi.

“Saya tak kisah orang nak cakap apapun kerana lakonan tetap lakonan. Di luar penggambaran, saya memang seorang yang serius dan lantang bersuara memperjuangkan mengenai topik semasa. Sebelum ini, menerusi filem Selubung pun saya bawa watak komedi. Kali ini, filem Gadis Jolobu The Movie juga bergenre komedi ringan untuk menghiburkan penonton,” katanya. 

Selain Hattan, Gadis Jolubu The Movie yang juga karya berteraskan dialek Malaysia yang memberi tumpuan kepada budaya dan tradisi Minangkabau dari Negeri Sembilan itu menggandingkannya dengan Khir Rahman dan Joey Daud. Ia turut dibintangi anak sulung Hattan, Adam E dan Nizam Laksamana, selain memperkenalkan bakat baharu yang juga pengacara, Ahirine Ahirudin. 

Bercerita mengenai lakonannya, Hattan berkata, dia tiada masalah mendapatkan keserasian bersama dua lagi teraju utama, Khir dan Joey.


“Amat mudah bekerjasama dengan Khir dan Joey walaupun mereka bukan berasal dari Negeri Sembilan. Mereka adalah pelakon profesional. Hanya watak saya sahaja yang pekat bertutur dengan dialek Negeri Sembilan, namun, Khir dan Joey pula mengikut tuntutan skrip kerana mereka digambarkan membesar di luar dan baru pulang ke kampung halaman,” katanya.

Hattan berkata, banyak insiden melucukan berlaku di lokasi penggambaran filem berkenaan.


“Joey suka buat lawak spontan, tetapi masih tidak lari daripada dikehendaki skrip filem. Bagaimanapun, cabaran tetap ada. Kami berdepan dengan cabaran dari segi cuaca tidak menentu. Ketika penggambaran cuaca panas terik, tetapi tiba-tiba hujan dengan lebat hingga penggambaran terpaksa dihentikan,” katanya.

Berkongsi pengalaman bekerja dengan CL Hor, kata Hattan, dia juga selesa bekerjasama dengan pengarah yang berpengalaman menghasilkan filem di China, Hong Kong dan Korea Selatan itu.

“Walaupun CL Hor pengarah bukan Melayu, tetapi tidak sukar memahami kehendaknya. CL Hor bukan sahaja menjaga aspek lakonan dan lakon layar, namun, masih memberi kebebasan kepada pelakon untuk menjiwai watak,” katanya.

Ditanya harapannya, Hattan yakin filem Gadis Jolobu The Movie mendapat sambutan di pawagam.


“Insya-Allah, saya yakin filem ini akan mendapat sambutan. Semuanya dengan izin Allah SWT. Saya bersyukur penonton kembali ke pawagam dengan sambutan terhadap filem tempatan selepas dua tahun berdepan era pandemik, katanya. 

Saya tak berani nak cakap dalam fasa peralihan ke endemik kerana kes COVID-19 kembali naik semula ketika ini. Saya berharap peminat menghormati permintaan artis untuk tidak membuka pelitup muka ketika bergambar kerana kita tidak mahu dijangkiti COVID-19 dan kes naik semula,” katanya.

Namun, Hattan berharap penonton sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) ketika di luar.


Gadis Jolobu The Movie dihasilkan susulan kejayaan lagu duet, Hattan bersama Waris, Gadis Jolobu yang meraih tontonan hampir 10 juta dalam laman YouTube akan menemui penonton di pawagam GSC di seluruh negara dan platform Over-The-Top (OTT), Get PLAY bermula 4 Ogos depan.
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. dari lagu dah jadi filem. gandingan Khir Rahman dan Joey nampak best mesti menghiburkan jadlan ceritanya :)

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !