Terus Istiqamah Berhijab Bersama Shera Lee

Terus Istiqamah Berhijab Bersama Shera Lee

Ruby
20
Terus Istiqamah Berhijab Bersama Shera Lee | Assalammualaikum semua! Kali ini Ruby nak kongsikan hijab terkini yang Ruby miliki. Ewah ewahh ewahhh shopping sakan masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Hahaha. Sebenarnya ini kali pertama beli barang secara dalam talian sepanjang tempoh PKP. Serius.. Sebab mood macam tak nak berbelanja tu menebal. Sibuk menambah stok barang dapur aje. Waktu PKP ni kerap memasak dan makan. Anak-anak dan suami mesti akan tanya "Hari ni masak apa?". Kalau masuk ke dapur, mesti tanya "Ada makanan ke?". Hahaha. Sebab tulah korang tengok media sosial Ruby banyak gambar dan video makanan. Ditambah pula dengan cabaran harian dari group whatsapp keluarga Ruby. Memang PKP ni mengeratkan siratulrahim kan? Hehehe. 

Terus Istiqamah Berhijab Bersama Shera Lee


Ruby masih ingat lagi kali pertama berhijab adalah semasa sekolah rendah. Masa itu darjah 1. Punca berjijab adalah ada beguk di leher. Bukan bongok tau. Begukkk. Hehehe. Mak pakaikan tudung sekolah sebab leher penuh dengan nila biru. Hahaha. Jadi, bermulalah episod perlahan-lahan berhijab, jaga aurat dan pakaian no more skirt pendek atau baju sekolah skirt biru tu. Saban hari, untuk terus Istiqamah menjaga aurat memang banyak sangat cabaran.

Tambahan pada usia muda, tengok kawan-kawan berpakaian kasual selesa terdedah aurat. Ia seperti memanggil-manggil untuk membuka hijab. Tetapi Ruby bersyukur kerana mempunyai persekitaran yang amat membantu. Contohnya Ustazah dan Ustaz di sekolah sentiasa puji, "cantik bertudung Rabiatul". Kemudian, saudara mara yang sentiasa puji "cantiknya berhijab Along". Kemudian ibu bapa yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Mak selalu izinkan beli apa sahaja tudung di pasar malam. Zaman dulu pasar malam adalah medium membeli belah paling best. Hehehe.

Jadi, alhamdulillah sudah 14 tahun berhijab. Istiqamah semasa berhijab ni kena kuat fizikal dan mental. Sebab bukan mudah. Kadang-kadang ada kawan kita yang dari tidak berhijab kemudian berhijab dan setelah beberapa bulan kembali menanggalkan hijab. Astagfirullahalazim. Dari situ Ruby terfikir, apa yang membuatkan mereka jadi sebegitu. Ada kalanya, tiap malam sebelum tidur, Ruby akan bermonolog sendirian. Mahalnya syurga Ya Allah. Ujian Allah s.w.t ternyata berbeza. 

Cara Ruby Istiqamah untuk terus berhijab adalah menceriakan diri kita dengan berpenampilan menarik dari koleksi hijab terkini, material, trend atau stail kegemaran. Ini adalah idea untuk memberi penghargaan kepada diri kita. Sebab itu, ramai wanita akan membeli hijab baru setiap bulan. Hahaha. Kalau ada jenama kegemaran, mereka akan segera dapatkannya. Ia bukan pembaziran apabila kita memakainya. Ia untuk memberi kekuatan kepada wanita muslimah terus berhijab menutup aurat. Betul tak?

Koleksi baru SUMMER RAYA dari SHERA LEE ini direka khas buat semua pelanggan. Sama ada pelanggan baru atau sedia ada. Ia sangat sesuai untuk muslimah yang ingin kelihatan lebih menyerlah, anggun dan elegan. Kempen #SummerRaya 1.0 ini telah dilancarkan pada 20 MARCH 2020 dan di atas sambutan yang sangat menggalakkan, pihak Shera Lee melanjutkan tempoh untuk anda menebus kod diskaun yang akan tamat pada pertengahan April 2020. Koleksi kali ini menampilkan 4 variasi yang sangat menarik dengan 13 rona warna.

Ruby baru mengenali jenama Shera Lee. Pada mulanya tengok koleksi gambar di instagram dan laman web. Nak pilih koleksi mana yang berkenan pun rambang mata. Semua cantik-cantik. Pada mulanya dapatkan sehelai dulu. Kemudian berhelai-helai. Hahaha. Jom tengok koleksi Shera Lee yang Ruby miliki.

Honey Blossom in Pewter & Viscose in Champagne

Koleksi Honey Blossom direka untuk anda yang suka corak bunga-bunga. Rekaan ini memberi anda pilihan untuk memilih bunga bewarna atau tidak untuk digayakan. Bunga yang tidak bewarna itu seakan nostalgic seperti hitam putih kan. Hehe. Kedua-dua bahagian tetap cantik. Kemudian corak sarang lebah yang menyerikan lagi rekaan ini. Tampak eskslusif. Material dari Matte Silk. Ukuran 1.80 m x 0.756. Basuh dengan tangan sahaja. Jangan masuk mesin basuh. 


Koleksi Honey Blossom terdapat 3 warna iaitu Pewter, Blush Pink dan Steal Blue. Harga asal RM 99. Sekarang ada harga promo, RM 84 sahaja sekarang! Beli dua helai, RM 160. Jimaaaaaat kan?

Moroccan Muse in Moonlight Grey & Viscose in Buttercup

Seterusnya dari koleksi Moroccan Muse iaitu warna Moonlight Grey. Hijab ini bercorak geometri. Mood Ramadan dan Aidilfitri dah maiiiii. Material dari Matte Silk. Ukuran 1.80 m x 0.756. Jahitan baby seam. Harga asal RM 99. Sekarang ada harga promo selama 10 hari, RM 75 sahaja sekarang! Untuk koleksi ini, terdapat 4 warna menarik iaitu Moonlight Grey, Shades of Nude, Heather dan Sweet Pandan.

Pelanggan akan dapat penjimatan sehingga RM 38 apabila mereka membeli 2 helai hijab pada harga RM 160 dan dapat penghantaran PERCUMA (Semenanjung Malaysia sahaja) 

Shera Lee Basic Shawls


Apabila terus Istiqamah mengenakan hijab, koleksi tidak bercorak juga perlu dimiliki. Mudah untuk kita pakai keluar rumah sekejap untuk sidai kain atau bercucuk tanam. Tapi, sejak PKP ni. Banyak Video Conference perlu Ruby siap sedia. Jaga penampilan dan aurat. Hehehe. 

Satin Matte in Midnight Blue & Viscose in Serenity Blue

Banyak warna terdapat di website Shera Les  Anda boleh pilih mana-mana warna yang berkenan. Ia adalah dari material Satin Matte yang sangat ringan dan tidak buat anda pekak apabila memakai bersama Viscose. Jahitan tepi adalah Eyelash Hem. Harga asal RM 69. Promosi sekarang RM 52.90. Saiz 1.8m x 0.7M. Cantik tak? 

Satin Matte in Raspberry & Viscose in Onyx 

Warna Raspberry ini sangat cantik. Material satin matte dan amat mudah untuk digayakan.Jahitan tepi tuding ini adalah Eyelash Hem. Harga asal RM 69. Promosi sekarang RM 52.90. Saiz 1.8m x 0.7M. Cantik tak? 


Viscose Snowcap Shera Lee Unik


Diantara produk yang menjadi kegemaran Ruby adalah Viscose Snowcap dari Shera Lee. Material yang digunakan adalah sangat selesa. Ia adalah Washable Cotton Viscose. Sebab itu nama koleksi ini digelar sebagai Viscose. Tapi, Ruby panggil inner atau anak tudung aje. Haha. Viscose Snowcap memudahkan kita untuk melipat dan menyimpan rapi inner. Lihat gambar dibawah untuk sama-sama kita fahami inovasi inner dari Shera Lee. 

Menarik? Ya sangat menarik. Jahitan kemas, material best dan mudah untuk disimpan. 

Kod Promosi Shera Lee

Menariknya sebagai pembeli, Shera Lee sentiasa menyediakan kod-kod promosi. Sebagai contoh untuk koleksi SUMMER RAYA, 2 helai hijab bernilai RM 160 apabila anda menggunakan kod promo SUMMER2020. Manakala untuk Viscose bernilai RM 29 untuk dua helai. Harga asal RM 19 untuk satu helai. Masukkan kod promo SLXO2PC. Best kan? Seterusnya apabila anda kali pertama daftar di website, anda akan dapat 10% diskaun. 

Pengurusan Sistematik Pasukan Shera Lee

☑️ Penghantaran Percuma.
☑️ Penghantaran setiap hari Selasa dan Jumaat. 
☑️ Instagram SheraLee sangat aktif dan sentiasa mengemaskini IG story. Malah, mereka juga akan repost ig story yang kita post. Rasa sangat dihargai gituhh. 
☑️ Notifikasi Email lengkap.
☑️ Notifikasi Whatsapp untuk anda mengetahui perjalanan parcel.
☑️ Bungkusan menarik. Ada kotak khas untuk setiap koleksi shawl Shera Lee. 
☑️ Hargai SL Babe dengan Thank You Card.

Mengenai Shera Lee

Shera Lee dibina untuk memenuhi permintaan Premium Custom Shawls untuk wanita Sophisticated & Stylish dari semua peringkat umur. Teras perniagaan jenama ini didorong oleh Girl Empowerment & Passion for Fashion.

Shera Lee mementingkan Keselesaan & Kualiti di dalam kesemua produknya. Dengan cara ini dapat meraikan wanita Idealis & Karismatik dari seluruh dunia.

Hustle Beats Talent when Talents wont Hustle.

Apa yang tidak dimiliki oleh seseorang dalam Bakat & Sumber dapat ditangani dengan Keinginan & Kejayaan yang tinggi.  

Istilah peribadi ini sering digunakan oleh Shera Lee. Ia bermaksud bekerja keras untuk mencapai apa yang ingin dimiliki. Semua kerja keras menyumbang kepada peningkatan Nilai Peribadi Diri sehingga istilah Good muncul.  Hustle & Be Gold sebenarnya adalah enkapsulasi tentang siapa Shera Lee. Adakah sebagai orang yang hanya menurut sahaja atau A Real Hustler.

Address: GP3.03, 3rd Floor Treehouse Tamarind Square, 63000 Cyberjaya, Selangor
Isnin - Jumaat : 10AM - 8 PM
Sabtu & Ahad : 12PM - 8 PM
NU Sentral Mall, Level G (Pushcart)
Setiap Hari | 10AM - 10 PM 
Tags

Catat Ulasan

20Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. kita ingat lagi 5 tahun lepas masa memula pakai tudung sedih sangat hdp mcm² kita hilang tp kita percaya benda yg kita hilang tu akan di gantikan dengan sesuatu yg lebih baik .. ahhh gituu lahh ... tp kan dah kenapa tudung² tu cantikk sangat nak jugakk cam tuuu

    BalasPadam
  2. Cantik betul koleksi tudung Shera Lee warna dia lembut jer yang bercorak tu, yang plain pula warna dia senang nak dipadankan dengan warna baju yang lain. teringin nak tengok-tengok juga kat page dia... Lepas PKP bolehlah pergi ke butik dia dekat dengan office di Cyberjaya. Terima kasih info

    BalasPadam
  3. Cantik-cantik tudung tu. Warna menarik lepastu ada pilihan. Nk plain boleh..nak corak pun boleh.. bole la sat lagi jenguk IG dia 😊

    BalasPadam
  4. Thanks for sharing ni yea kak, first time dgr nama brand ni actually tapi nice laa nampak berkualiti dqn cantik2 jugak colour dan design diorg! Harga pon affordable sgt so bolehla usha2 nnt. Jatuh cinta pulak tgk Moroccan Muse shawl tuu 😍

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Lawa² ya tudungnya. Boleh lah kalau nak beli satu. alang² nak dekat² raya ni, boleh beli tudung untuk raya.

    BalasPadam
  7. Cantik koleksi tudung shera lee ni. Kain pon nampak cantik. Intai jap la design yang ada

    BalasPadam
  8. wah. cantik2 koleksi shawl nyer, ruby.
    warna yg ruby pilih tu sgt menyerlah. nampak kemas ruby pakai :)
    as for aida, sib baik la tak pakai shawl. if not, nak jugak sambar 2-3 lain for raya.
    tak reti ber shawl, ruby. senget benget :) ha ha ha ha... ber bawal ajer lah.
    ni boleh share dgn kawan2 kat fb. biar diorang aje terjah shera lee.

    BalasPadam
  9. Siapa shera lee tu kak.. Kita first time dengar brand ni... Tapi shawl printed tu mmg lawa laa.. Warna dia mostly yg pastel2 je tengok... Kain pun berkualiti kan...

    BalasPadam
  10. sheera lee ni new branding ye. belum pernah dengar. morrocan muse tu memang cantik sangat, color2 shawl pun lembut dan cantik

    BalasPadam
  11. Ya ampun... jatuh cinta dengan koleksi Moroccan Muse. cantik lah jahitan tudung dia tu.. mahal ni jahitan ni, bukan kelim biasa

    BalasPadam
  12. Dah lama juga tak pakai shawl ini. Kalau dulu rajin jugak pakai. Tapi sebab nak pakai, pakai jelah tudung bawal tu.

    BalasPadam
  13. This is beautiful. I will share this with my Muslim friends, they will love it.

    BalasPadam
  14. Cantiknya design tudung2 dia.. harga pun mampu milik lagi..boleh beli utk koleksi Raya nmpk nya

    BalasPadam
  15. Cantik-cantik Design shawl shera lee ni kak ruby.

    Mommy pulak boleh dikatakan jarang ada shawl yang bercorak ni. Kebanyakkan nya plain je

    Boleh buat tambah koleksi gini. Harga pun berpatutan.

    BalasPadam
  16. Ingat nak beli lagi lah, suka pulak pakai shawl dia, sejuk je dan terletak, senang nak pakai, tak yah pin2 pun tak pa

    BalasPadam
  17. Memang sangat cantik...betul tu Ruby, Sis pun sama, cara nak istiqomah salah satunya dapatkan tudung yang selesa dan tak pekak..kadang ada jenis satin, ko pakai lilit 2 kali je dah jadi pekak, sangat tak selesa kan...
    Tengok Ruby pakai nampak selesa sangat, nanti nak try gak lee...

    BalasPadam
  18. Semua tudung Shera Lee ni cantik and elegant. I like the first one yang you pakai, kalau tak silap is the Honey Blossom in Pewter that color is very versatile and easy to match.

    BalasPadam
  19. Nasib baik Ruby dah beguk seawal darjah 1. Ada hikmah dan diteruskan sehingga kini. Alhamdulillah, sekarang ni tudung pun macam-macam jenis fashion dan gaya. Semua cantik dan selesa untuk dipakai. Boleh la betul untuk tudung raya nanti kan

    BalasPadam
  20. Cantik-cantiknya koleksi Shera Lee ni... nama brand pun mengancam gitu... yang paling saya minat yang Moroccan Muse in Moonlight Grey & Viscose in Buttercup, nampak klasik... nampak elok je terletak dan cantik je bentuk... koleksinya pun lengkap, snowcap pun ada... nanti nak usha la kat website Shera Lee...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !