Aplikasi MySejahtera Bantu Rakyat Malaysia Tahu Risiko Jangkitan Terhadap COVID-19

Aplikasi MySejahtera Bantu Rakyat Malaysia Tahu Risiko Jangkitan Terhadap COVID-19. Assalamualaikum semua! Sudah masuk fasa ke tiga Perintah Kawalan Pergerakan bagi menangani penularan wabak COVID-19. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia untuk membendung peningkatan pesakit COVID-19. Bersyukur kita PKP bermula 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020. Jika tidak bertindak awal, mungkin negara kita seperti negara lain yang jumlah pesakit COVID-19 meningkat secara mendadak. Malah sekarang sudah 2 juta lebih kes di seluruh Dunia. Di Malaysia sahaja jumlah keseluruhan kes adalah 5,182 dan daripada itu ada 84 kematian. Takziah kepada keluarga mereka. Kita yang berada di rumah, sila duduk rumah diam-diam ya. Moga kita Istiqamah dan Ruby doakan petugas barisan hadapan terus diberi kesihatan baik dan terus bersemangat.

Aplikasi MySejahtera Bantu Rakyat Malaysia Tahu Risiko Jangkitan Terhadap COVID-19.

MySejahtera dibangunkan untuk membantu menguruskan wabak COVID-19. Ia adalah aplikasi yang dikembangkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu menguruskan penularan wabak COVID-19 di negara ini. Inisiatif ini membolehkan pengguna melakukan penilaian kesihatan diri terhadap diri mereka sendiri dan ahli keluarga mereka.  


Pengguna juga dapat memantau kemajuan kesihatan mereka sepanjang wabak COVID-19. Selain itu, MySejahtera membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) memantau keadaan kesihatan pengguna dan mengambil tindakan segera dalam menyediakan rawatan yang diperlukan.

Fungsi Aplikasi MySejahtera

 1. Ketahui risiko anda mendapat jangkitan COVID-19.
 2. Lakukan pemeriksaan kendiri dari semasa ke semasa.
 3. Dapatkan maklumat terkini dan benar mengenai COVID-19 di Malaysia dan dunia.
 4. Ketahui dan cari "kawasan panas" di sekitar anda.

Muat Turun Aplikasi MySejahtera Sekarang!

Jika anda pengguna berdaftar, anda perlu mengemas kini aplikasi ini untuk menikmati fitur terkini. Manakala, bagi pengguna baru kini anda boleh memuat turun aplikasi dan mendaftar akaun anda menggunakan nombor telefon.

Ini adalah aplikasi rasmi dari Kerajaan Malaysia untuk tujuan menghentikan penularan wabak COVID-19. Mari berganding bahu dan melawan penyebaran wabak COVID19 melalui teknologi aplikasi yang disediakan! Pendaftaran adalah PERCUMA.

IOS:

Android:

Huawei:

TOGETHER MALAYSIA, WE CAN STOP THE SPREAD OF COVID-19!

Catat Komen

18 Ulasan

  1. Alhamdulilah, Sis dah donlod memalui apps store Ruby...memang berguna sangat apps ni, kita boleh semak dan banyak info yang diberikan, jika ada pertanyaan mengelirukan pun, kita boleh semak di situ juga... tak payah dah duk scroll kat TELE tu haa, guna 1 apps ni je dah cukup..

    BalasPadam
  2. Thank god ada aplikasi seperti ini dekat our smartphone. Memudahkan kita sendiri, juga membantu memudahkan kerja para pembantu kesihatan dekat hospital. Since PKP dilanjutkan, kita harap sangat Malaysian people please duduklah rumah. Sakit sikit, tahu sekeliling dengan siapa kita berjumpa setiap hari, janganlah sampai nak keluar pegi hospital. Check kesihatan dahulu guna apps ini.

    BalasPadam
  3. Baru je download. Memang semua orang kena ada apps ni dlm phone. Mudah mudahan dengan apps ni rakyat Malaysia lebih alert #kitajagakita

    BalasPadam
  4. ini pun salah satu cara kawalan pergerakan, muat turun aplikasi dan semak penilaian status tahap kesihatan diri kita dan keluarga. moga cepatla wabak covid19 ni terhapus. kita pun boleh jalani hidup seperti sediakala

    BalasPadam
  5. Dengan adanya aplikasi ni, senang lah kita nak pantau dan menilai kesihatan sendiri dan juga update dari isu semasa utk covid ni. Nanti kita download.

    BalasPadam
  6. Bagus ada aplikasi ni untuk rujukan yang pasti dan bukan palsu. So sentiasa buka MySejahtera ya u alls.

    BalasPadam
  7. Bagus sgt bila adanya apps MySejahtera ni kan, senang untuk kita semak dan terima update berkenaan situasi Covid19 yang terkini. Qeela dah try jugak check status risiko terkena jangkitan Covid, alhamdulillah so far risiko tu rendah. Mudah-mudahan kita semua terhindar dan insyaAllah everything will be fine nanti ❤️

    BalasPadam
  8. Nak download juga apps nie...senang nak pantau masalah kesihatan dan red zone di kawasan sendiri

    BalasPadam
  9. Bagusnye ada apps ni. Memudahkan dapat info terkini tentang covid19.semoga malaysia bebas covid19

    BalasPadam
  10. bagusnya apps ni. harus dia war2kan supaya semua rakyat daoat info yang sahih

    BalasPadam
  11. bagusnya. aida lom ada di phone, ruby.
    knowing this, ok la. sgt penting kot ada info yg cepat tepat gini. kat phone kan.
    at least, kita boleh pantau diri kita dan keluarga.
    moreover, yg aida rasa konfiden, ia apps from kerajaan, kan. so takde curiga la kan :)
    tq for sharing, ruby.

    BalasPadam
  12. Baguslah ada apps macam mysejahtera nih, sangat membantu kita yang selalu dapat berita palsu, nak install juga nanti, tq Ruby kongsikan pasal Mysejahtera

    BalasPadam
  13. Thanks for sharing! Always get the right information before starting any assumptions. Stay safe & God bless you sister.

    BalasPadam
  14. Nad pun dah download apps ni..Memang berguna sangat tau. Boleh cek dan banyak info dalam situ. Bgus kan dia buat apps macam ni..Lagi time saat genting sekarang ni, semua benda kita nak tau

    BalasPadam
  15. best juga ada apps nanti. nanti saya cubalah, thanks info

    BalasPadam
  16. Bagus aplikasi ni especially time MCO, at least it keep us update with legit news and statistics plus guide untuk menlindungi diri daripada wabak ni.

    BalasPadam
  17. Apps yang sangat bagus, saya pun kadang2 duk scroll page fb KKM nak tengok update. Dah ada apps mcm ni senang tak payah scroll2 dah. hari tu dengar korea buat apps mcm ni juga tapi lagi advance sebab dia boleh monitor pesakit2 yang kuarantin siap kalau diorg keluar dari tempat kuarantin, polis boleh tahu dan tangkap.

    BalasPadam
  18. Kena download ni. Pastu check sorang². Siapa yang terkena bukan kita tau pun.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.