PlayStation Melancarkan Inisiatif Play At Home Game Percuma Bermula 15 April Hingga 5 Mei 2020

PlayStation Melancarkan Inisiatif Play At Home Game Percuma Bermula 15 April Hingga 5 Mei 2020. Assalamualaikum semua! Sudah masuk fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dari 18 Mac 2020 hingga 28 April 2020 kita akan terus duduk di rumah agar PKP yang dilaksanakan berjaya menangani penularan wabak COVID-19. Semoga petugas barisan hadapan dan kita yang berada di rumah terus istiqamah. Apa aktiviti yang paling best untuk dilakukan sepanjang duduk rumah? Semestinya bermaim game! 

PlayStation Melancarkan Inisiatif Play At Home Game Percuma Bermula 15 April Hingga 5 Mei 2020


Seluruh dunia melakukan perkara yang betul dengan duduk di rumah untuk membantu mengurangkan penularan wabak COVID-19. PlayStation sangat berterima kasih kepada semua orang yang mengamalkan penjarakkan fizikal dan mengambil inisiatif bermain PlayStation sebagai platform hiburan rumah dengan serius. Jadi sebagai penghargaan kepada komuniti untuk terus menyokong pilihan yang selamat dan keperluan untuk Play At Home.

Sebagai terima kasih kepada semua yang melakukan tanggunjawab bahagian mereka untuk mengurangkan kesan pandemik ini. Sony Interactive Entertainment (SIE) dengan sukacitanya mengumumkan inisiatif Play At Home. 

Play At Home mempunyai dua komponen: Pertama, menyediakan permainan percuma untuk membantu menjaga komuniti PlayStation terhibur di rumah. Seterusnya, mewujudkan dana untuk membantu studio permainan bebas yang lebih kecil yang mungkin mengalami kesulitan kewangan untuk terus membina pengalaman hebat kepada semua pemain. 


Permainan Percuma Di Play At Home


Untuk menyokong inisiatif Play At Home, PlayStation ingin membuat saat-saat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini lebih menarik dengan menawarkan Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey secara PERCUMA. Ia akan tersedia dalam masa yang terhad, anda boleh muat turun digital bermula 15 April pada pukul 8 malam PDT hingga 5 Mei, 2020 pada pukul 8 malam PDT. Malaysia adalah 15 jam lebih awal daripada masa Pasifik. Maka, 8 malam (15 April 2020) Pasifik bermaksud 11 pagi (16 April 2020) Malaysia. Sebaik sahaja anda menebus permainan, ia adalah milik anda. 

Bagi kebanyakan pemain, Uncharted: The Nathan Drake Collection tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia mempunyai tiga koleksi bersiri dari syarikat Naughty Dog yang meliputi Uncharted: Drake’s Fortune, Uncharted 2: Among Thieves, dan Uncharted 3: Drake’s Deception. Kesemua game ini telah "remastered" untuk PS4. Game ini bergenre pengembaraan sebagai Nathan Drake yang mengelilingi dunia untuk memburu harta karun. 

Kemudian game Journey, sebuah game pengembaraan yang indah penuh dengan misteri. Game ini Ruby akan muat turun sekarang. 

Cara-Cara Muat Turun 

1. Buka playstation. Pastikan Sign In ID.
2. Pergi ke PS Store.
3. Pergi ke bahagian popular.
4. Tekan ke Play at home.
5. Muat turun game Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey 
6. Sedia untuk main game!

Jika anda tiada PlayStation dan inginkan permainan ini Percuma. Mungkin pada masa akan datang anda memiliki PlayStation 5 yang baru tu ke kan. Anda boleh masukkan game Uncharted: The Nathan Drake Collection dan Journey ke dalam Cart menggunakan ID PlayStation anda. Best kan? 

Dalam memelihara akses internet di AS dan Eropah, muat turun permainan mungkin mengambil masa sedikit lebih lama, tetapi kami menghargai pemahaman dari komuniti kerana PlayStation mengambil langkah langkah ini dalam usaha untuk memelihara akses kepada semua orang. 

Pembiayaan Kreatif Kepada Pereka Game


Pereka game bebas atau "indie" adalah penting kepada komuniti "gaming". PlayStation memahami kesukaran ekonomi dan keperluan kewangan oleh studio kecil. Dengan itu, SIE telah membangunkan dana untuk menyokong mereka pada masa ini. Sebanyak 10 juta USD disediakan untuk menyokong rakan pereka game bebas. 

Maklumat lanjut mengenai dana, termasuk kriteria penyertaan, akan disediakan tidak lama lagi. Di Sony Interactive Entertainment, mereka sentiasa ingin membawa hiburan interaktif yang sangat diperlukan oleh komuniti. SIE tahu ini hanya satu langkah kecil dan kami bersyukur dapat menawarkan sokongan ini kepada pemain kami, komuniti kami, dan rakan kongsi kami. 

Semoga bermanfaat! Jom main game.

Catat Komen

17 Ulasan

  1. Haha ini alasan bagus utk iols kecek en. Suami belikan PlayStation utk i dari beli thermomix.. Tapi tu la dia gamers PC, I gamers Module. I mmg ada PS 3 dulu tapi sbb xde masa, bagi kat adik. Hmmm nak beli baruuuuu

    BalasPadam
  2. Niat hati nak membeli, tapi time PKP ni mana ada kedai bukak...tapi Sis nak install dulu laa, nanti senang nak main...anak bujang tu dah buhsan beno dah tu, sian lak dia, kot laaa kalau tau ada yang jual online yang boleh dipercayai, boleh PM Sis ya korang...

    BalasPadam
  3. Tak main game playstation jadi tak tahu pulak game ni. Main candy crush kat phone sesekali ada lah. Hehehe. Bagus juga ada Free at home game masa PKP ni.

    BalasPadam
  4. terus terang, aida ni tak pernah main ps ni.
    tapi kat rumah pernah ada la ps1, ps2, ps3. husband kaki game la dulu :)
    now, ps3 tu dah bagi adik aida kat KL. dia, ya Allah, game 24 jam Ruby.
    kalau balik kg, dgn tv abah 42 inci tu dia angkut dari KL, omg...
    aida da share link ruby ni kat whatsapp ke dia. dia faham la kot kan ha ha ha ha...

    BalasPadam
  5. Wah!!!!!! Bagus nyer play at home game Ini. Nanti boley lah saya roger cousin saya yg hantu game. Hehehe. Thank you for sharing.

    BalasPadam
  6. inisiatof yang bagus supaya orang duduk rumah. bahagialah para gamers

    BalasPadam
  7. saya memang dari dulu nak beli playstation ni , tapi setiap kali nak beli mesti duit tak cukup haha. in shaa Allah dah kaya nnti nak beli satu.

    BalasPadam
  8. Tak pernah ada pun Playstation ni tapi pernah la main kat rumah kawan masa kecik dulu haha. Teringin tapi tula duit tak cukup, jadinya main game kat phone jelah haha

    BalasPadam
  9. Wah peminat online game mesti tak lepaskan peluang download. Mesti jem server or para gamer melantun bila internet slow tak dpt muatturun kandungan. Btw baik main game dari keluar umah. Tak de org nak bebel asik gaming 24 jam.

    BalasPadam
  10. PS3 kami dah jahanam/rosak.. baru-baru ni ada tanya dekat suami PS3 mana dia kata dah rosak baru nak main game bola dengan dia... jadi suami layan PUBG ank pula layan Mobile Lagend tak kisahlah, janji solat berhenti dan #stayathome nnt nak share info ni pulak kat diaorg

    BalasPadam
  11. Ala kita tak ada play satation macam mana nak main game ni hehehehehe kita nak juga dapat main game percuma tambah game yang jalan-jalan mengembara ni kalau main tembak-tembak kita tak minat.. Makin rancaklah anak-anak duduk rumah main game jer lepas ni hehehehhee..

    BalasPadam
  12. Bagusnya PlayStation buay Inisiatif Play At Home ni. Gamerz mesti suka. Ni budak2 opis iena mmg suka la. Dorang setiap haro main PS kt opis.. Tapi tak banyak game sangat.. Ni da dpt percuma best la yg ade os tu๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    BalasPadam
  13. Seumur hidup tak pernah main playstation ni. Dulu main game yang mario, lawan2 je..ahhaa..seronok la siapa ada palystation, waktu pkp ni boleh main sahaja..hehee..

    BalasPadam
  14. Bagus ad game ni, sesekali main dengan anak best gak, tak le nak n mak bosan asyik ngadap muka sesama sendiri..lps tu gaduh..hehehe. Dulu ada gak play station tapi jual sb waktu tu leka sangat asyik dengan game aje..:D

    BalasPadam
  15. tak pernah main, anak2 dah family pun tak main ni, tapi thanks ya for info

    BalasPadam
  16. Hah time PKP ni ramai yang perap kat rumah boleh lah main game and thanks for the info sharing

    BalasPadam
  17. Wow inisiatif PS. Tahu suami saya, terus dia buka PS ni. Hehe. Bagus juga sebab nak elakkan orang keluar kan.

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.