Jenama ini memang dah lama bertapak di Malaysia. Ditubuhkan sejak 1979, Cosway dikenali sebagai salah satu peneraju dalam produk kesihatan, kecantikan, penjagaan diri, rumah dan gaya hidup. Dengan lebih 2,000 produk berdaftar dan lebih 500 pusat pengedaran, Cosway bukan sekadar kedai biasa — tapi sebuah rangkaian gaya hidup yang membesar bersama masyarakat Malaysia.
Cosway Kini Berwajah Baharu
Masuk tahun 2025, Cosway menyambut ulang tahun ke-46 dengan cara yang cukup istimewa festival Cosway Reimagined. Acara ini akan berlangsung di LaLaport BBCC, Kuala Lumpur pada 26 – 28 September 2025, dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Buat pertama kalinya, CEO baharu Cosway, Chryseis Tan akan berucap secara terbuka untuk berkongsi visi serta hala tuju syarikat. Lebih menarik, Cosway akan memperkenalkan jenama gaya hidup baharu, CosYoung, yang direka khas untuk generasi muda dengan pendekatan lebih segar, moden dan mesra pengguna.
Apa Yang Menanti Anda Di Cosway Reimagined?
✨ Pelancaran CosYoung – jenama baharu untuk Gen Z & milenial.
✨ Meet & Greet bersama CEO Cosway, Chryseis Tan.
✨ Promosi, goodies & cabutan bertuah dengan hadiah menarik.
✨ Pemeriksaan kesihatan percuma untuk pengunjung.
✨ Kolaborasi jenama popular seperti Lumi Beauty, Paloma, Zerocipe, La Juiceria, LocknLock dan banyak lagi.
Sebuah Festival Untuk Semua
Cosway Reimagined bukan sekadar meraikan produk baharu, tapi juga meraikan perjalanan panjang sebuah jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia. Dari dulu hingga kini, Cosway tetap komited menawarkan produk berkualiti dalam bidang kesihatan, kecantikan dan gaya hidup.
📍 Maklumat Acara
Tarikh: 26 – 28 September 2025
Masa: 10 pagi – 10 malam
Lokasi: Tingkat Bawah (Ground Floor), Main Atrium, LaLaport BBCC, Kuala Lumpur
Jadi, kalau anda nak cari produk baharu, nak cuba pemeriksaan kesihatan percuma, atau sekadar nak bawa keluarga jalan-jalan hujung minggu, jangan lepaskan peluang ke Cosway Reimagined di LaLaport BBCC. Jom sama-sama kita raikan ulang tahun ke-46 Cosway dan saksikan wajah baharu mereka!
0 Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.