Dari kiri: Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan, Founder & Advisor of Berjaya Corporation Berhad; Ms Chryseis Tan, Chief Executive Officer of Cosway Malaysia; YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim Ismail, Chairman of Berjaya Corporation Berhad; and Ms Nerine Tan, Joint Chief Executive Officer Berjaya Corporation Berhad di pelancaran rasmi Cosyoung, hala tuju baharu yang berani di bawah Cosway Malaysia.
Dari kiri: Mr Lee Jia Zhang from KLK Davoslife, Mrs Yoon Yea Won from Kolmar BNH, Ms Chryseis Tan, Chief Executive Officer of Cosway Malaysia, Dr Yi Young-Sang from LocknLock, Dr Ban O-Hyun from Ildong Bioscience, and Mr Brian Baik from KM Pharmaceutical, di majlis menandatangani MOU di mana Cosway merasmikan perkongsian strategik dengan pemain industri antarabangsa terkemuka.
YAM Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim Ismail, Chairman of Berjaya Corporation Berhad menyampaikan ucapannya bagi menyokong visi Cosway untuk masa depan yang lebih segar dan teguh.
Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa Cosway yang sudah 46 tahun bertapak masih mempunyai potensi besar untuk terus berkembang dengan wajah baharu:
“I believe Cosway holds immense potential — a brand trusted for 46 years, built on strong foundations, and ready to be reimagined for the future. With fresh energy and a commitment to not only keep pace but stay ahead of today’s marketing trends, we will spearhead a bold transformation — refreshing the brand, driving growth, and inspiring generations to come.”
Chryseis turut berkongsi langkah-langkah awal yang sudah dimulakan bersama pasukan baharu beliau termasuk memperkemas rangkaian produk, menyusun operasi, dan paling penting, kembali dekat dengan masyarakat di lapangan.
Antara sorotan besar yang diumumkan ialah pelancaran Cosyoung, sebuah jenama gaya hidup baharu yang menggabungkan kecantikan, kesihatan dan gaya moden. Cosyoung menampilkan produk berasaskan sains, mesra generasi muda, dan menjadi pencetus era baru Cosway.
Beliau juga memperkenalkan MPOS, model bisnes digital-first untuk memudahkan usahawan Cosway mengembangkan perniagaan mereka di mana sahaja. Ucapan beliau jelas penuh keyakinan:
“This is a moment of momentum. Cosyoung is only the beginning, and there are even greater opportunities ahead — opportunities we will unlock together.”
Acara Penuh Aktiviti
Selain ucapan CEO, Cosway turut meraikan kejayaan usahawan serta rakan kongsi menerusi Majlis Pengiktirafan MPOS Elite, memeterai MoU bersama jenama antarabangsa, dan menganjurkan sesi panel kesihatan bersama pakar. Pengunjung juga dapat mencuba produk baharu secara interaktif, menyaksikan demonstrasi solekan, dan memeriahkan cabutan bertuah dengan hadiah menarik.
Nostalgia Produk Ikonik
Kalau sebut Cosway, mesti ramai yang teringat bedak Miyami Two Way Foundation. Ruby sendiri mula kenal produk tu sejak zaman universiti memang jadi teman setia dalam beg tangan. Cumanya masa event tadi, ramai sangat orang sampai tak sempat nak jumpa bedak Miyami tu. LaLaport penuh sesak, macam pesta!
Sepanjang tiga hari acara, harga Miyami Two Way Foundation 13.2g bernilai hanya RM 29 seunit, RM 39.00 untuk dua unit dan RM 193 untuk 12 unit. Huyo berbaloi-baloi! Warna Light, Medium dan Dark tersedia untuk kita borong! Harga asal RM 39.50. Miyami ni bedak dari Indonesia dan menerima Halal Indonesia. Gunakan tanpa was was. Hehe.
Itulah istimewanya Cosway, walaupun sekarang mereka tampil dengan wajah baharu, ada produk-produk ikonik yang terus melekat di hati peminat sejak dulu.
Trivia Menarik Tentang Cosway
✨ Bernaung di bawah Berjaya Corporation Berhad.
✨ Menawarkan lebih 2,000 produk bertauliah.
✨ Lebih 500 pusat pengedaran di Malaysia & Asia Timur.
✨ Jenama dekat di hati rakyat Malaysia sejak dulu.
Rebranding Untuk Generasi Baharu
Cosway kini tampil dengan identiti segar menekankan produk berasaskan sains, mesra alam, dan selari dengan gaya hidup moden. Dari suplemen kesihatan hinggalah penjagaan kulit, semua dicipta untuk lebih dekat dengan gaya hidup pengguna hari ini.
0 Ulasan
PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.
Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.