YUKA KHARISMA CIPTA LAGU RASMI BERSAMAMU RAFAH

YUKA KHARISMA CIPTA LAGU RASMI BERSAMAMU RAFAH

Ruby
0
YUKA KHARISMA CIPTA LAGU RASMI BERSAMAMU RAFAH | Assalammualaikum semua! Ruby masih lagi dalam perasaan bangga dengan Dato' Seri Alha Alfa selaku Penaung PEKAA dan Datin Seri Paduka Umie Aida selaku Penaung Musolla Aisya. Insan yang menggunakan platform dunia hiburan dengan sebaik mungkin dengan merapatkan ukhwah masyarakat Malaysia dalam menggumpul dana untuk Tabung Bersamamu Rafah. 

Pasti ramai mengenali Yuka Kharisma melalui lagu terbaru beliau Cinta Indah Buat Kanda yang merupakan OST Filem The Experts yang telah ditayangkan pada 23 Mei 2024. Namun, Ruby mengenali penyanyi Yuka Kharisma melalu lagu jingle untuk produk kecantikan, konsert Live In Concert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & Yuka Kharisma 2018 dan syarikat Kharisma Music iaitu sebagai penganjur konsert yang membawa penyanyi kesayangan ramai tampil membuat konsert di pentas berprestij Kuala Lumpur!

YUKA KHARISMA CIPTA LAGU RASMI BERSAMAMU RAFAH


Pada 25 Mei 2024, lagu rasmi Bersamamu Rafah telah dilancarkan dan persembahan bertenaga dari Yuka Kharisma, Idayu, Dato' Seri Alha Alfa dan Datin Seri Paduka Umie Aida. Lirik yang sangat mendalam dan puitis. Malah vokal padu dari Yuka Kharisma dan Idayu sangat memainkan peranan. Menusuk jiwa! Suara Yuka Kharisma ni tebal dan gemersik. 

Menurut Yuka Kharisma, tempoh mencipta lirik dan melodi Bersamamu Rafah mengambil masa hanya 1 hari sahaja. Hari seterusnya terus masuk studio dan nyanyi! Sebagai penerbit muzik, disiplin dalam kerja amat penting. Maka terlahirlah lagu Bersamamu Rafah. 


YUKA KHARISMA CIPTA LAGU RASMI BERSAMAMU RAFAH


Tajuk: Bersamamu Rafah
Penyanyi: Yuka Kharisma, Dato' Seri Alha Alfa, Datin Seri Paduka Umie Aida, Idayu dan Zizi Kirana
Penulis Lirik & Komposer: Yuka Kharisma

Tiada lagi tempat berteduh
Musnah sudah semua hancur luluh berderai
Lapar dahaga penuh derita
Dunia dengarlah tangis mereka
Dengarkanlah

Jika kita adalah mereka
Kehilangan semua yang dicinta
Mampukah kita?

Kami bersamamu melangkah denganmu
Dalam doa melintasi gurun dan lautan biru
Hingga tiada lagi yang membelenggu
Sampai ke tujuan
Kami bersamamu Rafah

Jika kita adalah mereka
Kehilangan negara tercinta
Mampukah kita?

Kami bersamamu melangkah denganmu
Dalam doa melintasi gurun dan lautan biru
Hingga tiada lagi yang membelenggu
Sampai ke tujuan
Kami bersamamu Rafah


Semoga dengan ada lagu rasmi Bersamamu Rafah, buat kita semua bersatu hati, memberi sumbangan kewangan dan terus mendoakan untuk Palestine. Semoga rakyat Palestine mendapat keadilannya! Allahu Akbar! 
Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !