HUGGIES MALAYSIA MERAIKAN HARI IBU DAN LANCAR LAMPIN BAYI BAHARU DI ALAM DAMAI FUN RUN

HUGGIES MALAYSIA MERAIKAN HARI IBU DAN LANCAR LAMPIN BAYI BAHARU DI ALAM DAMAI FUN RUN

Ruby
0
HUGGIES MALAYSIA MERAIKAN HARI IBU DAN LANCAR LAMPIN BAYI BAHARU DI ALAM DAMAI FUN RUN | Assalammualaikum semua! Selamat Hari Ibu! Hari Ahad, 12 Mei merupakan Hari Ibu Sedunia dan kami raikan dengan melakukan aktiviti riadah. Larian 3KM atau 5KM merupakan aktiviti wajib kami lakukan bersama-sama di acara begini. Selain dari makan-makan, kita perlu seimbangkan gaya hidup. Setuju?

Bertempat di Taman Rekreasi Alam Damai, Kuala Lumpur, Fun Run ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Azman Bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri. Alam Damai Fun Run, anjuran bersama Huggies Malaysia, bertujuan memberi peluang kepada para keluarga meraikan Hari Ibu 2024 bersama-sama sambil kekal aktif. Serentak dengan program ini, pelancaran Huggies Dry Pants yang dipertingkatkan dengan teknologi Baharu turut diadakan. Jenama lampin bayi terkemuka ini terus komited untuk membantu komuniti tempatan dengan sumbangan kepada 100 isi rumah B40.

HUGGIES MALAYSIA MERAIKAN HARI IBU DAN MEMPERKENALKAN LAMPIN BAYI BAHARU DI ALAM DAMAI FUN RUN


HUGGIES MALAYSIA MERAIKAN HARI IBU DAN LANCAR LAMPIN BAYI BAHARU DI ALAM DAMAI FUN RUN

HUGGIES MALAYSIA MERAIKAN HARI IBU DAN LANCAR LAMPIN BAYI BAHARU DI ALAM DAMAI FUN RUN


Menurut Mona Shamili, Pengurus Pemasaran Huggies Malaysia, “Kami di Huggies memahami kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti fizikal bersama-sama untuk mengukuhkan lagi ikatan antara ibu bapa dan anak selain memupuk komunikasi, kepercayaan serta mencipta kenangan yang berkekalan. Selain daripada menyatukan keluarga bersama-sama pada Hari Ibu ini, kami mendapati bahawa idea Fun Run ini dan Huggies Dry Pants berkongsi persamaan yang rapat iaitu mempromosikan gaya hidup yang aktif dan sihat,”

Melalui peningkatan baharu produk ini, Huggies Dry Pants kini menawarkan kelembutan yang dipertingkatkan terutama sekali pada bahagian celah kaki sambil menghalang sebarang kebocoran air kencing. “Kami sangat sensitif kepada elemen keselesaan untuk anak kesayangan dalam perkembangan mereka dan oleh demikian, memperkenalkan ciri kelembutan baharu ini kepada lampin kami . Bayi yang pantas dan aktif kini boleh bergerak dengan lebih bebas dalam Huggies Dry Pants tanpa kerengsaan pada kulit mereka,”

Mona juga berkata bahawa komitmen jenama itu adalah untuk membantu warga Malaysia mengharungi perjalanan keibubapaan. “Kami sentiasa meletakkan diri kami sebagai rakan karib yang menyokong bayi dan ibu bapa. Slogan kami iaitu “We Got You, Baby” atau “Jangan risau sayang, kami kan ada” juga mencerminkan dedikasi kami untuk mencipta produk yang berkesan dan selesa untuk anak-anak kami."

Huggies Malaysia sebagai pejuang kepada komuniti tempatan menderma lampin bayinya kepada 100 keluarga dari isi rumah B40 di Lembah Klang menerusi Persatuan Kebajikan Sayangi Rakyat Kuala Lumpur. “Kami percaya bahawa semua ibu berhak mendapat sokongan yang mereka perlukan untuk memupuk anak-anak mereka. Memandangkan lampin adalah keperluan asas untuk bayi, kami berharap dapat meringankan sedikit sebanyak beban para keluarga yang memerlukan dan membantu mereka meraikan kegembiraan seorang ibu,” kata Mona.

HUGGIES MALAYSIA MERAIKAN HARI IBU DAN LANCAR LAMPIN BAYI BAHARU DI ALAM DAMAI FUN RUN

HUGGIES MALAYSIA MERAIKAN HARI IBU DAN LANCAR LAMPIN BAYI BAHARU DI ALAM DAMAI FUN RUN


Huggies Dry Pants ialah Lampin Serapan Terpantas di Malaysia melalui teknologi yang dipatenkan – Fast Absorb X-Channel. Ciri unik ini membantu menyebarkan air kencing dengan cepat dan seragam melalui saluran berbentuk X sekaligus mengekalkan kulit bayi kering dan selesa sehingga 10 jam.


Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !