PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH

PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH

Ruby
0
PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH | Assalammualaikum semua! Malam ini Ruby berkesempatan buat kali pertama menyertai program solidariti bersama Palestin melalui Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dan Musolla Aisya. Sudah semestinya Ruby dan suami berasa beruntung kerana sorotan program ilmiah tersedia seawal menjejak kaki ke Glam Hall.

Azan Maghrib dan sesi Bacaan Yassin dipimpin oleh Ustaz Furqan Fawwaz. Doa selepas Bacaan Yassin dan Solat Maghrib berjemaah diimamkan oleh Ustaz Zainur Irsyadi. Semoga doa semua jemaah menginginkan keadilan di Bumi Palestin dimakbulkan oleh Allah s.w.t.


PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH


PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH


Majlis Bacaan Yassin dan Pelancaran Tabung Bersamamu Rafah yang dianjurkan oleh Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dengan kerjasama Musolla Aisya telah berlangsung pada 25 Mei 2024. Majlis ini disempurnakan oleh Dato' Seri Alha Alfa selaku Penaung PEKAA dan Datin Seri Paduka Umie Aida selaku Penaung Musolla Aisya.

 

Majlis yang penuh bermakna ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak MYR 500,000 bagi membantu meringankan beban rakyat di Rafah, Gaza. Tabung Bersamamu Rafah ini akan mengadakan kutipan dana bermula 25 Mei 2024 sehingga 8 Jun 2024.

 

Kerjasama strategik ini turut disokong oleh rakan kolaborasi, Cinta Gaza Malaysia dan AICT Global, dalam memastikan matlamat kutipan dana ini dapat dicapai. Majlis ini juga diserikan dengan kehadiran 80 selebriti dan pempengaruh (influencers) Malaysia, pengasas (founders) perniagaan, dan perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang turut serta memberi sokongan terhadap inisiatif mulia ini.

 

Dato' Seri Alha Alfa dan Datin Seri Paduka Umie Aida dalam kenyataan mereka berkata, "Kami berharap agar masyarakat Malaysia dapat bersama-sama menjayakan usaha ini. Setiap sumbangan yang diberikan akan membawa sinar harapan kepada saudara-saudara kita di Rafah yang sedang menghadapi pelbagai kesukaran."



PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH


Kami mengalu-alukan sokongan semua pihak untuk menyumbang kepada Tabung Bersamamu Rafah. Marilah kita berganding bahu untuk membantu mereka yang memerlukan dan mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang sesama manusia.


PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH

PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH


Sepanjang Pelancaran Tabung Bersamamu Rafah, pelbagai sorotan program ilmiah dilaksanakan. Kami mendengar perkongsian Tuan Nadir Al Nuri dari Cinta Gaza Malaysia. Bagaimana beliau sekeluarga melalui keadaan di Palestine dan mendapat bantuan diplomatik dari YAB Perdana Menteri Malaysia agar dapat pulang ke Malaysia. 


Seluruh rakyat Malaysia berjaya dibawa pulang kecuali petugas medik yang masih berkhidmat di sana. Ramai ingin berada di Rafah untuk berbakti kepada Bumi Palestine. Subhanallah. 


Selain itu, persembahan bertenaga dari Silat Cekak Harimau, Lufya Omar, Kumpulan Nasyid UNIC, Lagenda Datuk Ramli Sarip, Kaka Azraff, Zizi Kirana, Yuka Kharisma dan Idayu. Lagu rasmi Bersamamu Rafah juga turut dilancarkan! 


PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH

PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH

PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH


Tahniah buat Pertubuhan Erat Kasih Alha Alfa (PEKAA) dan Musolla Aisya kerana berjaya tampil berani memberi bantuan kepada Rafah! Kami semua seluruh umat Islam akan bersama-sama membantu mengumpul dana bantuan agar dapat membantu rakyat Palestine di Rafah. Semoga Allah s.w.t membalas amal kebaikan kalian semua! InsyaAllah. 



PERTUBUHAN ERAT KASIH ALHA ALFA (PEKAA) DAN MUSOLLA AISYA LANCAR TABUNG BERSAMAMU RAFAH

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !