FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS

FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS

Ruby
2
FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Tulus akan hadir ke Malaysia pada Januari 2023! Kalian yang hadir pada Konsert Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari pasti tidak sabar untuk hadir pada Januari 2023 kan?

Dalam menantikan konsert yang bakal berlangsung, signifikasi kehadiran Tulus tidak lengkap jika tiada jenama kecantikan kegemaran Ruby iaitu Wardah Beauty. Pasti meriah pada malam konsert dengan hijabista cantik-cantik. Tidak ketinggalan fesyen pakaian ke konsert yang modest islamik. Hanya di konsert Tulus kita dapat melihat kehadiran tetamu bergaya. 

FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS



“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS” 
Tarikh : 5 & 6 Januari 2023 
Venue : Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 

Pada mulanya konsert ini hanya berlangsung untuk 1 hari sahaja iaitu pada 6 Januari yang bertepatan dengan program konsert Fabulous Friday. Oleh kerana sambutan yang menggalakkan dan permintaan dari peminat yang sangat mendambakan Tulus. Shiraz Projects menambah lagi satu hari konsert iaitu pada Khamis, 5 Januari. Yahooo!

TULUS…. ‘MANUSIA’ YANG DINANTI DI KUALA LUMPUR. BENAR!


Kembali bertemu peminat dengan suara menenangkan jiwanya. Seperti 1000 tahun lamanya tidak bertemu mata dan mendengar suara pemenang anugerah AMI Awards 2022 ini. Terakhir Tulus memberi persembahan yang cukup bertenaga dan meninggalkan kesan di hati peminat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  

Sudah tentu kemenangan Tulus di AMI Awards 2022 menambahkan lagi debaran dan perasaan peminat tegarnya untuk mendengar lagu-lagu album Manusia dibawakan secara langsung di Kuala Lumpur. Tak dilupakan lagu-lagu nostalgia pada album-album sebelumnya. 


Penyanyi yang membawa pulang piala Album Pop Terbaik, Artis Solo Pria Pop Terbaik, Album Terbaik Terbaik ini juga membawa pulang anugerah Karya Produksi Terbaik Terbaik untuk lagu Hati-hati Di Jalan. Lagu yang menjadi tema para peminat dalam bermacam situasi.  

Shiraz Projects yang sebelum ini membawakan Tulus secara perdana di Kuala Lumpur melalui Konsert Tulus Live at Istana Budaya dan seterusnya Konsert Sewindu Tour Kuala Lumpur di Dewan Plenari merasa terpanggil dan bertanggungjawab melunaskan kerinduan dan kehendak peminat menonton Tulus mendendangkan lagu-lagu lama dengan dibaluti dengan karya-karya barunya. 

Bertempat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, ambience kali ini bakal mengamit lagi memori dan momen peminat bersama Tulus dalam persembahan yang dinamakan “Fabulous Friday presents Tulus”.

Bakal diadakan pada 6 Januari 2023, pukul 8.30 malam, tiket-tiket boleh didapati di www.myticket.asia.  

“Adalah menjadi tanggungjawab kami membawakan semula Tulus ke Kuala Lumpur. Kita sedia maklum bahawa Tulus akan muncul dengan lagu-lagu berkualitinya yang akan dibawakan bersama bandnya yang cukup kompak. Kehadiran Tulus,saya percaya bukan sahaja akan melunaskan kerinduan para peminat tegarnya tetapi juga kita dapat belajar tentang produksi dan karya yang baik dari rakan seni seberang. 

Saya percaya bahawa hal-hal seperti ini wajar kita kongsi dan bawakan untuk dipersembahkan bukan sahaja sebagai hiburan tetapi pengalaman,” ujar Shiraz yang merupakan Pengarah Urusan Shiraz Projects.  


Tulus juga sudah tidak sabar untuk bertemu para peminat dengan mempersembahkan lagu-lagu dari album Manusia buat kali pertama. 

“Lama betul tidak bertemu dengan para peminat di Kuala Lumpur. Semoga rindu ini menghilang ketika kita bertemu di Dewan Plenari kelak. Kita bakal menyanyi bersama-sama,” ujar Tulus yang turut tidak sabar bertemu para peminatnya.  

KENANGAN 2018! JOM TEMUI TULUS PADA 2023!


Masa sangat cepat berlalu. Pandemil COVID-19 benar-benar mengajar erti kesabaran dan redha. Pertama kali hadir konsert Tulus di Istana Budaya sudah cukup mengembirakan. Persembahan Tulus, Vokal Tulus dan semuanya indah. Menusuk jiwa. Secara automatik tahu lirik dan menyanyi bersama! Jom kita ulangi lagi detik indah itu pada Januari 2023. InsyaAllah!


HARGA TIKET FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS


“FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS” yang merupakan persembahan satu malam sahaja ini dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd.  

Harga tiket : RM950 (VIP) 
RM550 (Diamond) 
RM450 (Platinum) 
RM350 (Gold) 
RM250 (Silver) 

Tiket-tiket dengan harga RM950 (VIP), RM550 (Diamond), RM450 (Platinum), RM350 (Gold) dan RM250 (Silver) mula dijual pada 10 November 2022, Khamis pada pukul 2 petang. Namun ia sudah SOLD OUT! 

Buat kalian yang sudah berjaya mendapatkan tiket FABULOUS FRIDAY PRESENTS TULUS. Jumpa anda di KLCC nanti!

Tags

Catat Ulasan

2Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !