ABSOLUT MUSIC FESTIVAL BY ELFBAR JULUNG KALI DIADAKAN DI BANDAR MALAYSIA

ABSOLUT MUSIC FESTIVAL BY ELFBAR JULUNG KALI DIADAKAN DI BANDAR MALAYSIA

Ruby
14
ABSOLUT MUSIC FESTIVAL BY ELFBAR JULUNG KALI DIADAKAN DI BANDAR MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Ramai menantikan acara dari Absolut Events & Management Sdn Bhd sebab mereka sentiasa memberi yang terbaik. Buat pengetahuan anda semua, syarikat ini telah berjaya mengadakan beberapa acara seperti Absolut Food Festival, Absolut Bazaar X Gaya Raya dan produk F&B mereka iaitu Absolut Brands yang viral dengan aneka kek sehingga kini.

Tahniah Ruby ucapkan kepada Ben Ali dan Nadiyah Shahab yang merupakan Pengarah Urusan Absolut Event & Management Sdn Bhd. Mereka sentiasa plan sesuatu untuk membantu usahawan, industri hiburan tempatan dan merangsang ekonomi negara.

ABSOLUT MUSIC FESTIVAL BY ELFBAR JULUNG KALI DIADAKAN DI BANDAR MALAYSIA


Absolut Music Festival by Elfbar akan diadakan di Bandar Malaysia buat julung kalinya. Seiring dengan program hiburan yang julung kali syarikat Absolut Events & Management Sdn Bhd adakan Bandar Malaysia juga dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Absolut Music Festival by ELFBAR
Tarikh: 4, 5, & 6 November 2022
Hari: Jumaat, Sabtu & Ahad
Masa: 
Jumaat (5PM - 12AM)
Sabtu (2PM - 12AM)
Ahad (2PM - 12AM)
Lokasi: Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur

Absolut Events & Management Sdn Bhd dengan kerjasama ELFBAR iaitu syarikat yang menyokong acara Absolut Music Festival 2022 bakal menganjurkan konsert secara PERCUMA bermula 4 November hingga 6 November 2022. 

Festival gaya hidup yang berkonsepkan sebuah konsert secara terbuka akan menghimpunkan juga festival makanan Absolut Food Festival dan Absolut Bazaar di bawah satu acara. Bertempat di Bandar Malaysia, Sungai Besi, Kuala Lumpur. Acara ini bakal diadakan selama 3 hari bermula Jumaat 4hb November sehingga Ahad 6hb Nobember 2022.

ABSOLUT MUSIC FESTIVAL BY ELFBAR JULUNG KALI DIADAKAN DI BANDAR MALAYSIA
Kiri Nadiyah Shahab & Ben Ali; Pengarah Urusan Absolut Event & Management Sdn Bhd


Menurut Ben Ali dan Nadiyah Shahab yang merupakan Pengarah Urusan Absolut Event & Management Sdn Bhd

"Konsert ini bakal membawa seramai 18 penyanyi terkenal tanah air dan beberapa artis baharu tempatan digandingkan di atas satu pentas yang sama. Barisan penyanyi utama yang bakal membuat persembahan adalah kumpulan SEARCH, Alleycats, Joe Flizzow, Andi Bernadee, Akim & The Majistret, Aman Ra, Floor 88, Faizal Tahir, Bunkface, Elizabeth Tan, DOLLA, Janna Nick, Ayda Jebat, Kugiran Masdo, Kidd Santhe, Projector Band, ForceParkBois dan Insomniacks. Pada acara ini juga bakal memperkenalkan dua kumpulan wanita terbaharu iaitu The Gadys dan The Sara Sisters.




Bertemakan festival terbuka ataupun “outdoor concept” , festival ini diadakan bertujuan untuk menyemarakkan lagi industri acara di Malaysia yang tampak suram sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Kelainan yang kami bakal dibawakan adalah dengan menyatukan kepelbagaian di dalam satu acara. Dengan tidak hanya menumpukan kepada festival muzik sahaja, acara kali ini juga bakal membawakan sebanyak lebih 110 peniaga kecil dan sederhana yang terdiri daripada para peniaga makanan, minuman, pakaian, kosmetik dan sebagainya.




Tidak lupa juga dengan kehadiran lebih 50 penggiat media sosial dan 50 para penggiat dari industri lakonan seperti Aedy Ashraf, Meerqeen, Anna Jobling, Uqasha Senrose, Emma Maembong, Hannah Delisha dan ramai lagi yang bakal memeriahkan suasana acara ini kelak.

Acara ini tidak mungkin dapat disajikan secara PERCUMA kepada anda semua tanpa kerjasama bersama pihak ELFBAR selaku penaja rasmi Absolut Music Festival 2022.

Festival ini turut mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Cuti-Cuti Malaysia. Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput orang ramai untuk hadir beramai-ramai memeriahkan lagi festival yang bakal berlangsung selama 3 hari ini. 

Sambil makan dan minum bersama yang tersayang, anda juga boleh menikmati dendangan lagu yang bakal dipersembahkan pada hari tersebut. Semua dijemput hadir!

Jumpa anda di Absolut Music Festival by ELFBAR !"


MEMPERKENALKAN BANDAR MALAYSIA DI SUNGAI BESI


Jika anda masih ingat, Bandar Malaysia merupakan pembangunan hartanah bernilai berbilion-bilion ringgit yang telah diumumkan pada tahun 2011.

Ia direka menggunakan model pembangunan perkongsian awam-swasta, di mana agensi-agensi kerajaan berkerjasama dengan rakan kongsi swasta untuk membangunkan pembangunan berorientasikan transit (TOD) sebesar 486 ekar.

Pelbagai cabaran berlaku untuk membangunkan Bandar Malaysia. Ia melibatkan banyak faktor. Terutamanya bab kewangan. Pada tahun 2017 projek ini dihentikan. 


Bandar Malaysia
Sumber gambar dari NSTP


Namun, pada tahun 2019, semakan dan perbincangan dengan pelbagai pihak telah diteraju oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Perdana Menteri Malaysia ke-7 (Dalam jawatan: 10 Mei 2018 – 1 Mac 2020) pada ketika itu. Maka, projek Bandar Malaysia telah di umum akan diteruskan dengan perubahan plan baharu yang bersesuaian dengan tahap kewangan negara kita Malaysia. 

Kawasan pembangunan Bandar Malaysia terletak di lokasi Lapangan Terbang Sungai Besi. Ia akan menjadi tumpuan utama hub pengangkutan awam yang selama ini kita impikan.

Pasti anda teruja ingin ke Bandar Malaysia kan? Jom lah ke sana pada  Jumaat, Sabtu dan Ahad ini!

BAS ULANG-ALIK PERCUMA SEPANJANG 3 HARI DARI KL SENTRAL


Absolut Music Festival by ELFBAR turut menyediakan perkhidmatan bas ulang - alik PERCUMA untuk memudahkan pengunjung sepanjang 3 hari acara. Ruby akan kemaskini jadual pengangkutan apabila tersedia. Okay?

Kemaskini: Absolut Music Festival by ELFBAR berbesar hati menyediakan perkhidmatan Bas Rapid KL secara PERCUMA kepada anda yang datang menggunakan Pengankutan Awam. 

Anda boleh menaiki bas Rapid KL bernombor plat seperti dibawah ; 

1) WB824L 
2) WB1036U 

Bas akan menunggu anda di kawasan Balai Berlepas KL Sentral bermula jam 4 petang pada hari Jumaat. Manakala jam 1 petang bagi hari Sabtu & Ahad. Selama 3 hari bas terakhir adalah pada 11:30 malam ke KL Sentral

Jom gunakan kemudahan awam telah kami sediakan okay? 

PERSEMBAHAN KONSERT BERTEMA SELAMA 3 HARI


Absolut Music Festival by ELFBAR menampilkan barisan penyanyi terkenal tanah air. Mereka bakal beraksi selama 3 hari di atas satu pentas yang sama! Menurut pihak penganjur, konsert akam bermula pada jam 6 petang sehingga 12 tengah malam setiap hari. Setiap hari mempunyai tema seperti Girls Night, Pop & Rock dan Hip Hop.

1. SEARCH (ROOFTOP)
2. ALLEYCATS 
3. JOE FLIZZOW
4. AKIM & MAJISTREET
5. BUNKFACE
6. FAIZAL TAHIR
7. KUGIRAN MASDO
8. FLOOR88
9. ELIZABETH TAN
10. JANNA NICK
11. AYDA JEBAT
12. ANDI BERNADEE
13. AMAN RA
14. DOLLA
15. FORCEPARKBOIS
16. PROJECTOR BAND
17. KIDD SANTHE 


RETRO NIGHT - 4 NOV 2022


Pada hari Jumaat 4 Nov 2022 adalah hari pertama persembahan dan ia pastinya memberi anda semangat dengan persembahan Dato' David Arumugam Allyecats, Kugiran Masdo dan 70s Revival

GIRL POWER NIGHT - 5 NOV 2022



HIP HOP & POP ROCK NIGHT - 6 NOV 2022


JUALAN FESYEN DAN PRODUK SELEBRITI DI BOOTH ABSOLUT BAZAAR

 


ABSOLUT FOOD FESTIVAL MERIAH DENGAN JUALAN MAKANAN DAN MINUMAN



MENGENAI ABSOLUT EVENTS & MANAGEMENT SDN BHD 


Absolut Music Festival : INSTAGRAM | FACEBOOK
Absolut Food Festival : INSTAGRAM | FACEBOOK
Absolut Bazaar : INSTAGRAM | FACEBOOK

MENGENAI ELFBAR


Elfbar : INSTAGRAM | FACEBOOK

Catat Ulasan

14Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Lokasi dah dekat, artis plak memang ramai yang grand, maknanya kena pergi la nie kan. Fuh!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh mana satu hari nak pergi ni??? Ruby ingat nak datang ahad. Hahaha. Naik LRT. Kita tengok larat ke idok. Hahaha.

      Padam
  2. Ohh wowo.... this sure gonna be an exciting concert to attend , bookmark on my calendar, hope can be there la. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe. Try la come. Makan makan for sure. Hahaha.

      Padam
  3. this line up of artists look amazing. i almost cannot believe that this is going to be a free concert. you will definitely see me there!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeahhhhh ELFBAR support so much tau! PERCUMA!!! Unbelievable.

      Padam
  4. konsert ini memeriahkan lagi industri seni malaysia.. stlh lama pkp kan.. lagi best buka setakat byk artis yg popular.. kita juga blh mencuba pelbagai makanan yg ditawarkan oleh vendor.. jumpa nanti ruby :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dah siap-siap anak beranak kasut sukan dan towel leher. Macam berpeluh sakan ke sini. Excited gilerrrr kak. Semua best.

      Padam
  5. Wow menarik!!! Impress sangat dengan style Absolute manage their business, daripada kecilan until now they're organising big events like this!!!

    -Afifah-
    http://fifa3290.blogspot.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeahhh! What a journey kan? Mereka ni memang tak duk diam. Hehehe

      Padam
  6. Best la concert macam ni, hopefully all went well nanti.. teruja since boleh go concert, food hunting and shopping, ada 110 booths kot! 👍🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhh 110 tu memang kena kepit poket kekuat. Hahahaha

      Padam
  7. Lagi bertambah meriah this year sebab special lepas PKP kan, makanya ramai artis yang terlibat sama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan paling best, semua pilihan selebriti tu available untuk Absolut Music Festival by ELFBAR. Terbaiklahhh. Jom Jommmmm

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !