ALAN O'ROURKE PENGASAS RUARK AUDIO AUTOGRAF R1 MK3 SOFT BLACK LACQUER

ALAN O'ROURKE PENGASAS RUARK AUDIO AUTOGRAF R1 MK3 SOFT BLACK LACQUER

Ruby
12
ALAN O'ROURKE PENGASAS RUARK AUDIO AUTOGRAF R1 MK3 SOFT BLACK LACQUER | Assalammualaikum semua! Ruark Audio dan Ruby berpisah tiada. Audio memang di antara hobi Ruby. Kebanyakan masa, Ruby perlu mendengar alunan muzik. Kadang-kadang sahaja, Ruby boleh mendengar muzik yang ada suara penyanyi dan lirik puitis.

Audio seperti dari jenama Ruark Audio ni dah lama Ruby perhatikan semasa travel ke luar negara, di dalam drama Korea dan Ruby juga membaca perkembangan audio. Teknologi dan peralihan trend mengikut zaman juga mempengaruhi sesuatu jenama untuk terus bertahan.

ALAN O'ROURKE PENGASAS RUARK AUDIO AUTOGRAF R1 MK3 SOFT BLACK LACQUER 



Sesi autograf ini sebenarnya dinantikan oleh Ruby, cuma percaya dengan tidak percaya. Betul ke Encik Alan O'Rourke datang Kuala Lumpur, Malaysia? Hari demi hari Ruby tengok kalendar. Mungkin betul. 

Apabila Ruark Audio Malaysia dah umum dan muat naik poster Sesi Autograf di Kuala Lumpur International AV Show (KLIAV) 2022. Ruby paling teruja weiii! Terima kasih VSTECS pengedar utama Ruark Audio di Malaysia kerana membawa Encik Alan O'Rourke dekat dengan peminat!

Dapat bertemu Pengasas Ruark Audio dan menghargai segala jerih perih penghasilan produk adalah perkara paling best dalam hidup Ruby. Agar mereka lebih bersemangat untuk menghasilkan produk-produk hebat, fokus, konsisten dan meneruskan legasi untuk generasi akan datang. 

AUTOGRAF DI R1 MK3 SOFT BLACK LACQUER KESAYANGAN RUBY


Ruby berdebar dan semasa beratur, Ruby sanggup tunggu dan beri laluan kepada tetamu lain. Padahal dah beratur nombor satu. Sudahnya jadi orang ketiga. Hahaha. Dapat je peluang, jeng jeng jeng. Hahahaha.

Bersembang, tanya khabar, menghargai hasil kerja beliau dan beri semangat untuk terus berkarya. Encik Alan O'Rourke ni walaupun Pengasas Ruark Audio, dia suka buat rekaan sendiri. Kerja pertukangan ukir-ukir guna kayu semua dia buat sendiri. 

Engineer Audio boleh, membuat rekaan sendiri menggunakan bahan berkualiti seperti kayu pun boleh. Serba boleh!


Ruby request Encik Alan O'Rourke tulis Dear Ruby. Hahaha. Ramai fikir akan jadi mahal kalau nak jual balik. Sepanjang Ruby memiliki barang elektronik, Ruby akan guna, jaga dan simpan baik. Jauh sekali nak menjual. Dah ada autograf bernama lagi ni. Memang dijaga rapi. Ini sangat sentimental value! 

RAMAI MEMILIKI R1 SEBAGAI PERMULAAN KOLEKSI RUARK AUDIO


Pada tahun 2004, pasaran audio yang bergelora, Encik Alan O'Rourke memutuskan bahawa adalah idea yang baik untuk mula melihat idea lain. Dengan populariti DAB yang semakin meningkat di UK, Encik Alan sedang mencari radio untuk kegunaannya sendiri. 

Kualiti bunyi penting untuk hi-fi, dalam radio, bunyi selalunya sangat lemah dan pecah-pecah. Melihat jurang dalam pasaran, keputusan dibuat untuk memulakan kerja membangunkan radio digital berkualiti tinggi.

Jom kita lihat revolusi R1 dari awal pengeluaran sehingga ke tahun 2021.

2004 - R1 DAB radio

2006 - R1 Pertama

2010 - R1 Mk2

2011 - Limited edition ‘Selfridges Yellow’ R1 

2012 - Nordoff Robbins Orange R1

2014 - R1 Mk3 (Ruby punya R1 Mk3 dalam warna Soft Black Lacquer)

2015 - Osborne & Little R1 Mk3

2016 - Swiss Red R1-30

2017 - Limited edition Sea Green R1

2018 - R1 Burnt Saffron and Wild Plum

2019 - Ruark × LINLEY Tempo Radio

2020 - R1 Mk4 ( Genap 14 tahun usia siri R1)

2021 - R1 Beach Hut

Tags

Catat Ulasan

12Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. So lucky akak received an original autograph audio set , absolutely precious to own it lan. The audio set so cute adorable to own, love the design. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaaaaa akak speechless tau. Blushin dapat jumpa founder. Haha.

      Padam
  2. Cantiknya design dia, nampak klasik but at the same time seemless sangat. Sesuai letak kat ruang tamu rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Yang akak punya ni warna hitam kan. Akak letak kat rak buku study area. Nice sangat.

      Padam
  3. This compact radio is so elegant and i like their minimalist design, will test the audio

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yessss design minimalist, vintage dan audio kualiti best.

      Padam
  4. Wah. Meriah suasana pasni kan. Kalau Rawlins pun memang takkan jual kalau ada signature bagai. Rawlins ada duit RM1 yang Amelia AF signed hehehe. Siap frame lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waahhhhhhh begitulah kita menghargai tiap moment kan. Bukan senang-senang nak dapat peluang. Kalau ada anything bleh simpan jadi kenangan. Memang simpan sampai masuk muzium pun takpe. Hahaha.

      Padam
  5. bestruby... dapat jumpa dekat2... klasik sangat rekaannya ... best dapat 1.. apa lagi ada tandatangan kat atasnya.. kenangan betul heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha'ah akak. Teruja sesangat. Hahaha. Dari pagi tak terkata. Sesi autograf baru bercakap. Jaga adab sebab founder ada launching produk, sesi demo dan experience. Ramai orang. Hahaha. Ruby pemalu.

      Padam
  6. Wahh! Menarik ye! Siap dapat autograph lagi! Actually cute pulak tengok design2 yang ada! Buat Nell nak explore juga la audio system ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yesssss memang patut explore audio dari Ruark Audio ni memandangkan kebanyakan masa mendengar muzik dan lain-lain. Dapatkan satu tau!!

      Padam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !