JELAJAH EHSAN RAKYAT TAWAR HARGA JIMAT KAW KAW UNTUK RAKYAT SELANGOR

JELAJAH EHSAN RAKYAT TAWAR HARGA JIMAT KAW KAW UNTUK RAKYAT SELANGOR | Assalammualaikum semua! Hari Ahad yang lalu, kawasan perumahan Ruby mendapat kunjungan pasukan Jelajah Ehsan Rakyat (JER). Dah lama Ruby perhatikan kemaskini media sosial lokasi jualan jimat. Semuanya jauh atau terlepas info. Namun, Ahad lepas mereka datang betul-betul di kawasan kediaman. 

Ruby bagi tau suami berkenaan Jualan Jimat Jelajah Ehsan Rakyat beberapa hari sebelum tu. Dia kata, betul ke ni? Entah-entah untuk B40 je ni. Banyak kriteria nanti. Biarlah mereka shopping. 

JELAJAH EHSAN RAKYAT TAWAR HARGA JIMAT KAW KAW UNTUK RAKYAT SELANGOR


Sebenarnya kami dah putus asa dengan misi bantuan kerajaan ni. Sama ada Kerajaan Negeri Selangor atau Kerajaan Persekutuan. Kami kecewa. Kami golongan M20 dari jumlah gaji, namun kami banyak tanggungan. Kami juga pembayar cukai LHDN tanpa gagal.

Pinjaman pelajaran masa zaman universiti dulu pun masih perlu bayar. Dengan keadaan inflasi sekarang. Kami cuma nak hidup tenang, kesihatan mental terjaga. Makan yang mencukupi walaupun bercatu untuk kekal berjimat dan tidak membazir apa-apa. 

Hakikatnya kami pun B40. Tapi, selagi boleh berusaha, kami akan berusaha. Wuwuuuu sedihnyaaaa.


Seawal 8:30 pagi pasukan Jualan Jimat Jelajah Ehsan Rakyat tiba. Mereka sangat menjaga masa! Siap siaga parking dan susun barang. Kaunter bayaran dan kaunter terima barang berasingan. Sangat efisen!


Tepat jam 10 pagi, barisan beratur dari penduduk setempat semakin panjang. Kami dengar pengumuman yang jualan ini untuk semua. Tiada syarat mengikut golongan. Asalkan Rakyat Selangor, Warganegara Malaysia. Boleh membeli. Alhamdulillah! 

Sebab kami sebagai rakyat membeli, malah bayar sendiri. Bukan kami menerima bantuan dari Pusat Zakat atau NGO. Jadi, apa nak risau? Beli jerrrr! Terima kasih Jelajah Ehsan Rakyat datang ke tempat kami!


Kami suami isteri pergi beratur. Hahaha. Sambil beratur tu, ada edaran akhbar SelangorKini dan flyers lain. Kertas pembelian juga diberi untuk memudahkan pengiraan kuantiti barang. Kemudian daftar nama, no tel dan no ic. Cek kad pengenalan. Sampai di kaunter bayaran, juruwang terus kira jumlah RM 71 dan Ruby terus membuat pembayaran. Ambil kertas tadi dan beri kepada packer. Terus dapat barang. Mudah kan?


Hasil kami suami isteri membeli-belah barangan makanan keperluan asas di Jelajah Ehsan Rakyat:

2 ekor Ayam
2 papan Telur Ayam Gred B
3 botol Minyak Masak (5kg)
3 paket Daging Lembu (+- 900 gram - 1kg)
3 paket Ikan Kembung (+- 900 gram - 1kg)
3 kampit Beras (5kg)


APA ITU JELAJAH EHSAN RAKYAT?


Pada 31 Ogos 2022 Menteri Besar Selangor, YAB Dato' Seri Amirudin Shari telah merasmikan Pelancaran Jelajah Jualan Ehsan Rakyat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam semasa Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 Peringkat Negeri Selangor. 


Berikut adalah sisipan akhbar dari Bernama yang menerangkan inisitaif murni ini dan bagaimana ia beroperasi. 

Sebanyak RM10 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri Selangor melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) bagi Jelajah Jualan Ehsan Rakyat Selangor yang dilancarkan tengah malam Selasa.

Encik Izham Hashim; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor berkata, "Jelajah yang merupakan kesinambungan daripada Program Intervensi Harga Makanan Ehsan berlangsung selama tiga bulan di kesemua sembilan daerah negeri Selangor bermula 6 September 2022."

Menurut Encik Izham, "Jelajah berkenaan adalah di antara usaha kerajaan mendepani masalah kenaikan harga barang khususnya barangan makanan keperluan asas yang dijual jauh lebih murah dari harga pasaran.

"Antara barangan utama yang akan dijual ialah ayam bulat 1.8 hingga 2 kilogram (kg), beras 5 kg dan telur ayam gred B 30 biji dijual dengan harga RM10 sahaja dengan kami mengehadkan pembelian dua unit untuk satu item.

"Sebanyak sembilan trak akan digunakan bagi menjelajah ke semua daerah di seluruh Selangor yang akan kami umum menerusi media sosial rasmi kami selepas ini," katanya selepas pelancaran program itu.

APA YANG DITAWARKAN DI JUALAN JIMAT JELAJAH EHSAN RAKYAT


Penjimatan harga sangat ketara dan barang keperluan asas untuk seisi keluarga:



KELAYAKAN MEMBELI DI JUALAN JIMAT JELAJAH EHSAN RAKYAT


Sudah semestinya manfaat ini diutamakan untuk rakyat yang menetap di negeri Selangor. Walaupun begitu, apa yang paling utama adalah anda adalah Warganegara Malaysia yang memiliki kad pengenalan biru.

Pemilik perniagaan makanan juga tidak ketinggalan mendapatkan stok. Tapi, mereka perlu beratur di barisan akhir. Jika ada lagi barang, mereka boleh beli dengan kuantiti lebih. Tertakluk kepada produk selain Ayam dan Telur. Ayam dan Telur limit 1 orang, 1 item. Tiada kompromi sebab objektif Jelajah Ehsan Rakyat ingin semua rakyat Selangor berpeluang mendapatkan barangan makanan keperluan asas. 

TEMPOH JUALAN JIMAT JELAJAH EHSAN RAKYAT


Program Jelajah untuk Rakyat Selangor ini mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2022. Jelajah jualan ini di seluruh 9 daerah dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalam Negeri Selangor.

Oleh kerana sambutan dan sokongan dari Rakyat Selangor amat menggalakkan. Ruby ada terbaca bahawa Program Jualan Jimat Jelajah Ehsan Rakyat yang sepatutnya berakhir pada Disember 2022 akan diteruskan sehingga Mac 2023. Nanti Ruby kemaskini kembali tentang itu. Okay?

Untuk mengetahui di mana lokasi Jualan Jimat Jelajah Ehsan Rakyat, anda boleh semak di media sosial Media Selangor, Wakil Rakyat tempat anda atau hebahan dari penduduk setempat. 

Selamat membeli-belah! Terima kasih Kerajaan Negeri Selangor. 

5 Comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. bagusnya deorang siap buat truck macam ni, tak semua berkesempatan nak keluar membeli kan, murah lagi laktu.

    ReplyDelete
  2. Ohh wowo...so good to have this kind of trucks with good deals to grab too. Thanks for sharing this good news for all Selangor residents la. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. good job to YAB Dato' Seri Amirudin Shari ! Can buy all the essential at affordable price. keep up the good work

    ReplyDelete
  4. wow the meat looks so fresh and the items are all of good quality. that's so amazing i cannot wait to shop here too!

    ReplyDelete
  5. This is a good initiative to ease the burden or city folks as the food price is increasing

    ReplyDelete

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post