BCL BLOSSOM INTIMATE CONCERT BUAH TANGAN BUNGA CITRA LESTARI BUAT PEMINAT DI MALAYSIA

BCL BLOSSOM INTIMATE CONCERT BUAH TANGAN BUNGA CITRA LESTARI BUAT PEMINAT DI MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Penyanyi, pelakon, pengacara dan selebriti versatil iaitu Bunga Citra Lestari (BCL) kembali ke Malaysia setelah 2 tahun lebih mencari kekuatan untuk bangkit melalui kehidupan baharu. Pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair pada 18 Februari 2020 sentiasa diingati oleh kita semua. 

Al-Fatihah dan salam takziah kepada seluruh keluarga allahyarham. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan soleh. Al-Fatihah.  

BCL dan Ashraf Sinclair memiliki aura tersendiri. Mereka lebih kepada family person. Sentiasa bersama keluarga tercinta. Hubungan kekeluargaan di antara Indonesia Malaysia menjadi contoh yang terbaik.

Bahkan, setiap memori aktiviti travel dan kerjaya bersama, pasti diabadikan dalam gambar atau video sebagai kenangan. Malah, setiap kenangan manis juga diabadikan dalam naskah lirik yang puitis dan seterusnya lahir lah lagu-lagu indah. Terima kasih BCL kerana sudi berkongsi kebahagian dalam bentuk lagu-lagu yang menyentuh jiwa. Kami belajar menghargai kehidupan. 

Semoga BCL terus tabah, menjadi ibu yang hebat kepada Noah Aidan Sinclair dan konsisten fokus kepada karier. Kami sayang BCL. 

BCL BLOSSOM INTIMATE CONCERT BUAH TANGAN BUNGA CITRA LESTARI BUAT PEMINAT DI MALAYSIA


BCL BLOSSOM INTIMATE CONCERT
Tarikh: 27 JANUARI 2023
Hari: JUMAAT
Masa: 8:30 MALAM
Lokasi: PLENARY HALL, KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)


Seharum namanya, Bunga Citra Lestari, penyanyi cantik asal Indonesia ini akan menebarkan ‘wangi’ karyanya menerusi sebuah konsert yang sangat dinantikan peminat di Malaysia.

BCL Blossom Intimate Concert, begitu nama konsert perdana pelantun lagu Wanita Terbahagia itu setelah melalui banyak fasa dalam hidupnya beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini juga akan menjadi konsert sulung Bunga atau mesra disapa BCL selepas pandemik COVID 19 melanda dunia.

BCL Blossom Intimate Concert yang dibawakan oleh Icon Entertainment akan berlangsung pada 27 Januari 2023 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bermula pukul 8.30 malam.

Teruja kerana akan kembali menyapa peminat di Malaysia secara berdepan, BCL senang menggelarkan konsert ini sebagai hadiah dan apresiasi buat semua yang mendokong karier dan kehidupan peribadinya, terutama selepas suami tercinta, aktor Ashraf Daniel Mohamad Sinclair kembali ke Rahmatullah pada Februari 2020.

 

“Saya sangat berbesar hati untuk bertemu semula dengan peminat di Malaysia, apa lagi sudah cukup lama saya nantikan momen untuk melakukan konsert di negara yang sudah menjadi rumah kedua buat saya.

“BCL Blossom Intimate Concert ini juga sebagai lambang apresiasi buat seluruh peminat yang sudah banyak memberi sokongan kepada saya.

“Selalu DM dan memberi komen di sosial media memberi kata-kata semangat terutama sewaktu Ashraf meninggal dunia. Saya tidak dapat membalas semua mesej tetapi sangat menghargainya,” ujar BCL.


Mengenai pemilihan Blossom sebagai tema konsertnya, kata BCL, ia memberi signifikan kepada kerjaya dan kehidupan pada masa sekarang dan akan datang.

“Blossom memberi maksud supaya saya bangkit terus dalam berkarya dan tegar menjadi anak seni,” kata ibu kepada seorang anak lelaki ini lagi.

 


Sementara itu, pihak penganjur melahirkan kesyukuran kerana perancangan membawa BCL melakukan konsert di Malaysia akhirnya dapat dilaksanakan pada 27 Januari 2023 depan.

“Kita semua sedia maklum selepas pemergian Allahyarham Ashraf, BCL berehat sebagai fasa untuk menguruskan kehidupan peribadinya.

“Kami di Icon Entertainment sentiasa mengekori rapat mengenai momen yang tepat untuk melamar sekaligus mendapatkan persetujuan beliau untuk melakukan konsert ini.

“Alhamdulillah selepas beberapa siri perbincangan dengan jadual beliau yang padat, BCL sendiri tidak mahu melepaskan peluang beraksi di ‘rumah keduanya’,” ujar Iman Tang selaku wakil penganjur.


SEMOGA BCL BLOSSOM INTIMATE CONCERT MENJADI KONSERT BEAUTIFULLY EMOTIONAL


Tajuk Blossom diambil dari semua aspek iaitu kebangkitan selepas proses berdukacita dan pandemik COVID-19. Sekarang saya mekar dengan kehidupan baharu yang lebih cantik.

Malaysia sangat dekat dengan hati BCL. Merupakan rumah kedua. Di sini ada keluarga arwah Ashraf dan ada peminat yang sentiasa support. Semoga persembahan BCL Blossom Intimate Concert dapat menyentuh hati penonton. 

Menurut BCL,“Konsep BCL Blossom Intimate Concert adalah storytelling dari awal pembabitan dalam karier BCL dan kisah BCL sendiri. Semoga konsert ini dapat memberi impak kepada semua. Walau ada badai dan cabaran. Harus lalui dam bangkit. Bahagia dari cara lain. 

Sebanyak 21 hingga 25 lagu akan dipersembahkan bersama iringan band dan penari. Tetamu undangan masih dalam perancangan dan saya mahu menjemput  mereka yang ada kaitan dengan perjalanan karier seni saya. Jika pada 2017 di konsert Its me BCL menampilkan Reza Rahadian kerana beliau berada dalam perjalanan karier saya. 

Music arrangement untuk semua lagu adalah oleh Ronald Steven. Semoga emosi dapat disalurkan ke persembahan konsert yang indah. 

Lagu 12 Tahun Terindah dan Wanita Terbahagia merupakan lagu yang berat setelah merasai keindahan bersama Arwah dan melalui fasa pemergian Arwah. Allahyarham Ashraf Sinclair merupakan strong supporter kepada perjalanan karier saya. Arwah sentiasa berkata “Write your own destiny. Bisa berdiri sendiri dan berdikari,”.


PERJALANAN SENI BUNGA CITRA LESTARI

BCL memulakan kerjayanya pada 2002 dan terkenal dengan genre pop. Di antara untaian lagu yang membuat namanya meledak di Malaysia adalah Ingkar, Lagu Cinta Pertama (Sunny) dan album terakhir yang dikeluarkan pada 2017 iaitu It’s Me BCL.

Sumber gambar-gambar dari Facebook rasmi BCL.


Penyanyi dan pelakon berusia 39 tahun ini juga terkenal dengan lagu duet bersama Ari Lasso, Aku Dan Dirimu serta terkini, Menghapus Jejakmu duet bersama Ariel Noah.

Ayuh kita lihat arkib hasil karya BCL, Ruby kumpulkan dari Wikipedia dan Spotify. Ternyata! Banyak ya! 

ALBUM

  • Cinta Pertama (2006)
  • Tentang Kamu (2008)
  • The Best of BCL (2014)
  • Hit Singles BCL and More (2015)
  • It's Me BCL (2017)

SINGLES

2005
  • Ku Merindu (feat. PAS Band)
  • Saat Kau Pergi -(OST Dealova & Cinta Pertama)

2006
  • Cinta Pertama (Sunny)
  • Aku Tak Mau Sendiri

2007 
  • Ingkar 
  • Mengapa Harus Terjadi 
  • Aku Dan Dirimu (feat. Ari Lasso)

2008 
  • Tentang Kamu 
  • Kecewa
  • Hanya Untuk Mu

2009 
  • Pernah Muda 
  • Hanya Untukmu (OST Saus Kacang)

2010 
  • Karena Kucinta Kau (OST – Bayu Cinta Luna) 
  • Tetaplah Dihatiku (feat. Christian Bautista) The Best of BCL

2012 
  • Wajahmu Ingatkan Aku
  • Hot (feat. Intan Ayu) The Best of BCL 
  • Jangan Salahkan Dia

2013 
  • Cinta Sejati (OST Habibie & Ainun)

2014
  • KuasaMu

2015
  • Cinta Yang Terindah
  • Bulan Penuh Ampunan
  • Wanita Terbahagia

2016
  • Aku Bisa Apa?(OST Jilbab Traveler : Love Sparks Korea)
  • Tundukkan Dunia (OST 3 Serikandi)

2017
  • Aku Wanita (feat. Dipha Barus)

2018
  • Dance Tonight (feat. JFlow) Asian Games 2018: Energy of Asia
  • Karena Kita Bersama
  • Harta Berharga (OST – Keluarga Cemara) 
  • Trauma Remix (feat. Osvaldorio)

2019
  • Memilih Dia

2020
  • Menghapus Jejakmu
  • 12 Tahun Terindah

2021
  • Love Story
  • Tersanjung (OST - Tersanjung The Series)
  • Selamanya Cinta (OST - Surga Yang Tidak Dirindukan 3)
  • Kinari (feat. Dee Lestari)

FILEM

  • Cinta Pertama (2006) sebagai Alya
  • Kangen (2007) sebagai Imel
  • Ada Kamu, Aku Ada (2007) sebagai Stella
  • Saus Kacang (2008) sebagai Dewi
  • Habibie & Ainun (2012) sebagai Ainun
  • My Stupid Boss (2016) sebagai Diana
  • 3 Srikandi (2016) sebagai Nurfitriyana Saiman
  • Jilbab Traveler : Love Sparks Korea (2016) sebagai Rania Samudra
  • Moon Cake Story (2017) sebagai Asih
  • Surat Kecil Untuk Tuhan (2017) sebagai Angel
  • Si Juki The Movie (2017) sebagai Doktor Erin Pratama
  • My Stupid Boss 2 (2019) sebagai Diana

DRAMA SINETRON

  • Bukan Perempuan Biasa (1997)
  • 7 Tanda Cinta (2002 - 2003)
  • Senandung Masa Puber (2003 - 2005)
  • ABG (2004 - 2006)
  • Kalo Cinta Mengoda (2005 - 2006)
  • Dari Temen Jadi Demen (2005)
  • Mukjizat Allah (2005)
  • Cintailah Aku Gadis (2006)
  • Rahasia Hati (2006)
  • Penjaga Hati (2006-2007)
  • Bayu Cinta Luna (2009-2010)
  • Berbagi cinta (2012-2013)

TV SHOW

  • Juri Maharaja Lawak Mega 2016 Malaysia (2016)
  • Juri Indonesian Idol Musim 9 (2017)
  • Juri Indonesian Idol Musim 10 (2019)


TIKET BCL BLOSSOM INTIMATE CONCERT MULA DIJUAL PADA 11.11.2022 JUMAAT

Buat semua penggemar BCL, jangan sampai terlepas menyaksikan Konsert Blossom- Bunga Citra Lestari pada 27 Januari 2023, 8.30 malam. 


Harga-harga tiket adalah berikut: 

Kategori: 12 Tahun Terindah
Early bird: RM1188
Harga normal: RM1238

Kategori: Menghapus Jejakmu
Early bird: RM988
Harga normal: RM1038

Kategori: Cinta Sejati
Early bird: RM788
Harga normal: RM838

Kategori: Aku & Dirimu
Early bird: RM588
Harga normal: RM638

Kategori: Wanita Terbahagia
Early bird: RM258
Harga normal: RM308

Kategori: Ingkar
Early bird: RM218
Harga normal: RM268

Tiket tiket BCL Blossom Intimate Concert boleh didapati di www.ticket2u.com.my

2 Comments

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ohh wowo I can tell all the BCL fans sure excited & can't wait for this Blossom- Bunga Citra Lestari concert in Jan 2023. Thanks for sharing this great exciting news here, all BCL fans to bookmark date & buy concert ticket for it. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya! Yaya memang minat BCL baik dari segi lakonan mahupun nyanyian beliau. Mesti ramai peminat BCL tak sabar nak menonton konsert BCL secara live nanti :D

    ReplyDelete

Post a Comment

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Previous Post Next Post