ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA 2023 MENAMPILKAN ULTRAMAN BLAZAR

ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA 2023 MENAMPILKAN ULTRAMAN BLAZAR

Ruby
0
ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA 2023 MENAMPILKAN ULTRAMAN BLAZAR | Assalammualaikum semua! Acara yang dinantikan oleh semua peminat Ultraman telah tiba di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia! Awal pagi Ruby dah nampak peminat dan personal shopper beratur untuk membeli figure arts edisi khas. 

Malah, Ruby tidak sabar ingin menonton aksi pertarungan Ultraman bersama Kaiju di pentas utama! Ultraman Blazar! Ultraman Blazar! Jeritan kami menghangatkan suasana di acara Ultra Heroes Tour South East Asia. 

ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA 2023 MENAMPILKAN ULTRAMAN BLAZAR



Penampilan buat julung kalinya ULTRAMAN BLAZAR ke Asia Tenggara dan Malaysia dipilih sebagai negara pertama! Paparan figura terbaharu dan pertunjukan pentas yang menakjubkan menanti anda. Ruby masih ingat lagi Ultra Heroes Tour South East Asia 2022 dan dapat menyaksikan pertunjukan pentas! 


Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah untuk acara JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) yang berlangsung dari 30 November hingga 10 Disember 2023 di Paradigm Mall, Petaling Jaya, seperti jelajah Asia Tenggara yang pertama tahun lalu.

Peminat dan pengumpul koleksi di sini cukup bertuah kerana Malaysia sekali lagi dipilih sebagai negara pertama di luar Jepun untuk bertemu Ultra hero terbaharu, ULTRAMAN BLAZAR.

Pasti ramai teruja untuk bersemuka dengan patung ‘ULTRAMAN BLAZAR’ bersaiz manusia yang diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’. Usah lepaskan peluang untuk bergambar bersama hero gagah setinggi 2 meter ini, yang dijangka akan menjadi tumpuan ramai!
 

Ultraman Blazar


JELAJAH ULTRA HEROES ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co. Ltd., di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. 

Menawarkan pelbagai aktiviti menarik, acara JELAJAH ULTRA HEROES ini pasti akan menawan imaginasi para peminat ULTRAMAN, yang kebanyakannya membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun yang sehingga kini masih mempunyai tarikan tersendiri.  


Bagi yang turut memeriahkan acara ini tahun lalu tentu masih ingat persembahan yang mengagumkan peminat. Pertempuran yang bakal diaksikan tahun ini juga tidak kurang hebatnya dan peminat berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat aksi-aksi sinematik yang mengujakan dan melonjakkan paras adrenalin, antara ULTRAMAN BLAZAR dan VOLCAN (The Magma Invasion Army Admiral). 

Jadi, pastikan anda mengosongkan jadual anda untuk menyaksikan sendiri persembahan pertama ultra hero kesayangan ramai ini pada 1 Disember, jam 7 malam. Persembahan ulangan pula dijadualkan pada hujung minggu iaitu 2, 3, 9 dan 10 Disember, pada jam 1 petang, 4 petang dan 7 malam untuk setiap tarikh. (*Jadual ini tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.)

Jangan ketinggalan menonton tayangan video istimewa menampilkan bintang Jepun, Tomoya Warabino yang membawa watak Gento Hiruma dalam ULTRAMAN BLAZAR.

Acara JELAJAH ULTRA HEROES ini akan meninggalkan kenangan manis kepada pengunjung apabila ia turut dimeriahkan dengan diorama menarik figura-figura terbaharu dari Tamashii Nations. Bukan sekadar persembahan siri Ultraman S.H Figuarts, bahkan ia turut membawakan IP popular lain seperti ‘ONE PIECE’, ‘SPY x FAMILY’, ‘MASHLE’ dan ‘HELL’s PARADISE’.

Singgahlah di kaunter jualan istimewa jika timbul keinginan untuk membawa pulang cenderahati selepas melihat figura berkualiti tinggi di sini. Tanda kenangan ini pasti akan menceriakan lagi koleksi anda!

Untuk peminat setia anime dan figura kami, Tamashii Nations juga akan membawakan 3 barangan eksklusif baharu pada acara ini iaitu ‘S.H.Figuarts Ultraman ZERO - Clear Color ver.’, ‘S.H.Figuarts Ultraseven (THE MYSTERY OF ULTRASEVEN)’ dan ‘FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU-Dragon Fist Explosion - Exclusive Edition’. Bahkan ‘S.H.Figuarts Ultraman (THE RISE OF ULTRAMAN)’ juga boleh diperolehi di sini.

Pada sesi jelajah ini, peminat dan pengumpul koleksi Tamashii Nations akan berpeluang untuk membeli barangan eksklusif yang pada asalnya hanya dijual di Gedung Tamashii Nations dan Tamashii Spot. Caranya mudah sahaja, hanya pergi kaunter jualan istimewa dan anda tidak perlu lagi bersusah-payah terbang ke luar negara untuk memilikinya.  


Selepas acara di Malaysia, ultra hero kesayangan ramai ini dijadualkan akan ke kota Asia Tenggara lain termasuklah di Thailand dan Indonesia untuk bertemu peminat di sana! Sila log masuk ke laman Facebook rasmi ‘Tamashii Nations South Asia’ untuk mendapatkan makluman terkini.

Kemasukan ke acara JELAJAH ASIA TENGGARA ULTRA HEROES adalah percuma. Waktu operasi adalah dari 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjung mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga. 

BARANGAN EKSKLUSIF ACARA 


S.H.Figuarts ULTRAMAN ZERO Clear Color Ver.
ULTRAMAN ZERO Clear Color Version muncul buat kali pertama di S.H.Figuarts. Gandingan cat metalik warna biru dan merah terang menjadikan penampilan figura ini cukup istimewa.

Boleh didapati pada harga RM210.

S.H.Figuarts ULTRASEVEN [THE MYSTERY OF ULTRASEVEN]
Ultraseven dari ‘THE MYSTERY OF ULTRASEVEN’ kini boleh didapati di S.H.Figuarts. Warna merah dan perak pada badannya disesuaikan mengikut imej komik. Penambahan bayang pada tempat-tempat penting ditubuhnya membuatkan ‘Ultraseven’ yang dihasilkan dengan teliti ini kelihatan secantik versi komik. 
Boleh didapati pada harga RM229.

FiguartsZERO [Extra Battle] Super Saiyan 3 SON GOKU -Dragon Fist Explosion- -Exclusive Edition-
‘Super Saiyan 3 SON GOKU’, yang mempunyai tembakan penumbuk naga, kini boleh didapati di FiguartsZERO. Ia dicipta berdasarkan imej warna dari filem ‘Dragon Ball Z: Wrath of the Dragon’. Rambut dan anggota naga SON GOKU dihasilkan menggunakan pewarna mutiara untuk tampak lebih menyerlah.
Boleh didapati pada harga RM360..

BARANGAN GEDUNG TAMASHII NATIONS


GEDUNG TAMASHII NATIONS - Gedung-gedung rasmi utama yang ditubuhkan oleh TAMASHII NATIONS di Jepun, China, dan Amerika Syarikat, mempamerkan figura-figura terbaharu dengan barangan edisi terhad yang boleh dibeli di gedung berkenaan selain dijual secara eksklusif di bilik pameran rasminya, ‘TAMASHII SPOT’.

MENGENAI TAMASHII NATIONS


Berpangkalan di Tokyo, Jepun, TAMASHII NATIONS adalah jenama barangan koleksi premium daripada Bandai yang berdedikasi untuk mencipta figura-figura berkualiti tinggi. Jenama-jenama di bawahnya termasuk METAL BUILD, S.H.Figuarts, Soul of Chogokin dan The Robot Spirits. 

Laman rasmi Facebook “Tamashii Nations South Asia”:https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia
Jabatan Koleksi Mainan rasmi BANDAI SPIRITS Co. Ltd.: https://tamashii.jp/

MENGENAI PREMIUM BANDAI 

PREMIUM BANDAl adalah gedung dalam talian rasmi BANDAI yang hanya menyediakan koleksi-koleksi edisi eksklusif, terhad dan perlu ditempah awal. Sepanjang acara, item-item eksklusif Ultraman yang hanya dijual secara dalam talian juga akan ditawarkan di PREMIUM BANDAI.
Gedung rasmi PREMIUM BANDAI di Shopee Mall: https://shopee.com.my/p_bandai.os
Laman rasmi Facebook “PREMIUM BANDAI Asia”: https://www.facebook.com/pbandai.asia

MENGENAI ULTRAMAN BLAZAR


Inilah watak Ultraman yang dimainkan oleh Gento Hiruma. Si gagah Giant of Light (Gergasi Cahaya) ini berasal dari M421, sebuah blazar yang jauh dari Bumi. Apabila Gento mahukan kuasa demi menegakkan keadilan, alat transformasi, Blazar Brace akan muncul di lengan kirinya. Sambil meresapkan keinginannya ke dalam kristal Blazer Stone, yang menyimpan kuasa cahaya, Gento kemudian memindahkannya ke Blazer Brace dan bertukar menjadi Ultraman Blazar.
Ketinggian : 47 meter
Berat : 42,000 tan

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !