EASTANA EXCLUSIVE LANCAR KOLEKSI BAJU MELAYU AIDILFITRI 2024

EASTANA EXCLUSIVE LANCAR KOLEKSI BAJU MELAYU AIDILFITRI 2024

Ruby
0
EASTANA EXCLUSIVE LANCAR KOLEKSI BAJU MELAYU AIDILFITRI 2024 | Assalammualaikum semua! Pada 22 November 2023 yang lalu, jenama pakaian Eastana Exclusive melancarkan koleksi baju raya yang menghimpunkan 40 jenis warna! Setiap koleksi Baju Melayu dan Kurta untuk Raya Aidilfitri 2024 menampilkan 2 jenis baju melayu iaitu Baju Melayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. 

Buat pengetahuan anda semua, Eastana Exclusive memperkenalkan jenama dan koleksi lebih awal dari jenama lain adalah kerana ingin masyarakat Malaysia tahu bahawa koleksi pakaian Eastana Exclusive adalah pilihan baju raya anda. 

Pada tahun 2024, 1 Ramadan 1445 dijangka bermula pada petang Selasa, 12 Mac 2024, dan berakhir pada 10 April 2024. Hanya lagi beberapa bulan sahaja! November, Disember, Januari, Februari dan Mac! Pejam celik, pejam celik dah puasa yeee. 

EASTANA EXCLUSIVE LANCAR KOLEKSI BAJU MELAYU AIDILFITRI 2024 



Ruby sangat berterima kasih kepada pasukan Eastana Exclusive kerana menjemput Ruby untuk melihat sendiri koleksi Kurta, Baju Malayu Teluk Belanga dan Baju Melayu Cekak Musang. Istimewa apabila membeli Baju Melayu Cekak Musang, anda akan dapat Butang Baju Eksklusif juga tau!

Tertarik Ruby lihat koleksi 40 warna yang disediakan. Memandangkan Ruby sering menyediakan pakaian baju raya kamo sekeluarga, Baju Melayu sedondon adalah wajib ada untuk suami dan dua anak lelaki Ruby. 3 orang lelaki kalau baju melayu mesti sama warna dan rekaan. Kemudian barulah baju Ruby akan sepadan dengan mereka. Begitulah hari raya kami berempat. Hehehe.

Tema dan tradisi bertemu dengan keghairahan moden, Eastana Exclusive memulakan perjalanan puitis, mendedahkan koleksi yang memperkenalkan keaslian jiwa Raya Aidilfitri melalui persembahan fesyen eksklusif. Sebanyak 40 warna dan 40 model memperagakan ketiga-tiga koleksi. 

Dengan benang yang menganyam kisah warisan dan jahitan yang menceritakan cinta terhadap seni, Eastana Exclusive memperkenalkan koleksi set Baju Melayu Tradisional dewasa iaitu Baju Melayu Cekak Musang yang dinamakan sebagai Siri Royale dan Siri Crown Prince. Kemudian Baju Melayu Teluk Belanga pula adalah Siri Majesty. 

Tidak lupa juga Siri Kurta yang kini merupakan antara pakaian digemari ramai jejaka. Selain itu Eastana Exclusive juga memperkenalkan Eastana Kids yang merupakan koleksi Baju Melayu kanak-kanak untuk melengkapkan busana Raya Aidilfitri bersama ibu bapa. 

Setiap rekaan pakaian ini menceritakan kisah kekayaan budaya, menerusi warisan generasi terdahulu sambil merangkul irama kehidupan kontemporari. Walaupun permintaan warna pada zaman ini lebih menyerlah dan pekat, namun setiap koleksi tampil kemas dan eksklusif kerana pemilihan fabrik dan jahitan. 

FATTAH AMIN DAN BEN AMIR SEBAGAI DUTA JENAMA EASTANA EKSKLUSIF


Eastana Exclusive dengan gembiranya mengumumkan Fattah Amin dan Ben Amir sebagai duta jenama untuk mewakili jenama yang menawarkan koleksi Baju Melayu eksklusif, berkualiti tinggi, namun pada harga yang berpatutan.


Datuk Siti Aminah Binti Haji Ahmad, Pengarah Eastana Exclusive, turut berkongsi kisah di sebalik setiap koleksi ini "Koleksi ini bukan sekadar pakaian; ia merupakan perayaan naratif yang terpahat dalam setiap lipatan dan reka bentuk. Kami tidak hanya ingin menangkap asas tradisi tetapi kisah-kisah yang tersirat dalam pakaian ini."

Dari siluet yang anggun yang melambai dengan rentak langkah pemakai hingga fabrik yang dipilih dengan teliti yang memeluk dengan sentuhan lembut, setiap baju Melayu dalam koleksi Eastana Exclusive menjadi saksi kepada warisan abadi perayaan hari ini.


PAKAIAN EASTANA EXCLUSIVE MULA DIJUAL PADA MAC 2024


Menjelang Raya Aidilfitri, Eastana Exclusives menjemput semua untuk menjiwai kisah-kisah warisan dan keagungannya. Agar kita tidak sekadar memakai pakaian, namun kita melalui sepotong sejarah yang melampaui masa dan tak telan dek zaman.

Bagi mereka yang mencari lebih daripada fesyen, tetapi mencari perjalanan budaya dan identiti, Eastana Exclusive mengalu-alukan anda untuk menemui keajaiban yang teranyam dalam setiap baju Melayu yang tersedia di 3 cawangan utama Eastana Exclusive di Bangi, Shah Alam, dan Johor Bahru dan kehadiran lebih daripada 50 outlet di Semenanjung Malaysia dengan harga di bawah RM200 sahaja dari saiz XXS hingga XXL.

Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !