100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEURS 2023 IKTIRAF USAHAWAN MALAYSIA

100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEURS 2023 IKTIRAF USAHAWAN MALAYSIA

Ruby
0
100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEURS 2023 IKTIRAF USAHAWAN MALAYSIA | Assalammualaikum semua! Pada 10 November 2023 yang lalu telah berlangsung majlis pengiktirafan 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100MIYE) buat kali ke-8. Affin Bank merupakan penaja utama, Sime Darby Property selaku penaja bersama dan Armani Entertainment Group adalah media rasmi pada malam anugerah.

Sepanjang tujuh tahun penganjuran majlis anugerah 100 Most Influential Young Entrepreneurs (100MIYE), 100MIYE telah memberi pengiktirafan kepada 700 usahawan muda yang paling berpengaruh di negara ini. Pengiktirafan ini pastinya memberi semangat baharu kepada usawahan untuk terus berusaha dengan lebih yakin lagi.  

100 MOST INFLUENTIAL YOUNG ENTREPRENEURS 2023 IKTIRAF USAHAWAN MALAYSIA


Perrniagaan yang diusahakan pastinya akan lebih manis apabila menerima anugerah pengiktirafan. Ia dapat memberi semangat kepada pengasas syarikaf untuk terus berjaya bersama pasukan. Setiap syarikat yang diusahakan telah membuka banyak peluang pekerjaan kepada Rakyat Malaysia dan minat dari pelabur asing. 

Maka, anugerah pengiktirafan adalah majlis berprestij dapat memberi pendedahan kepada para usawahan. Mereka semakin dikenali dan ia penanda aras untuk mencapai kejayaan seterusnya. Tahniah buat semua penerima anugerah. Tahniah buat penganjur, semoga majlis pengiktirafan ini diteruskan sampai bila-bila. 

100MIYE tahun ini bertemakan ‘Elevate’ - sejajar dengan harapan Pengerusi Penganjurnya, Datuk KK Chua yang mahu meningkatkan lagi pencapaian dan kejayaan di kalangan usahawan.

USAHAWAN MALAYSIA BERJIWA KENTAL


Ybhg. Datuk Haji Zamri Bin Salleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berkata, “Umum sedar bahawa perjalanan keusahawanan bukanlah semudah yang disangka. Ia memerlukan penumpuan serta dedikasi, ketekunan, kerja keras dan juga jiwa raga yang kental untuk mencapai impian sehingga berjaya. 

Dalam hubungan ini Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi juga melihat keperluan untuk membantu golongan usahawan dalam aspek pembangunan produk, latihan asas keusahawanan, bimbingan pemasaran dan juga seterusnya menyediakan platform pemasaran melalui kaedah digital serta karnival dan ekspo keusahawanan.

Justeru, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah pada tahun ini yang telah mencurahkan seluruh usaha dan tenaga. Selagi anda kekal berjuang dan tidak patah semangat, peluang untuk semakin Berjaya sentiasa terbuka,” katanya.

100MIYE IKTIRAF USAHAWAN UNTUK LEBIH BERJAYA



Menurut Datuk KK Chua, Pengerusi 100MIYE, “Pada majlis penganugerahan edisi kelapan ini, saya meletakkan 100MIYE pada tahap yang lebih tinggi iaitu dengan menaik taraf pengetahuan, kemahiran dan corak pemikiran usahawan. Bukan itu sahaja, menerusi majlis anugerah ini juga kami telah berjaya mewujudkan platform kepada usahawan daripada pelbagai kaum bagi memupuk silaturahim dan persahabatan di antara mereka. 

Secara tidak langsung, ia membuktikan anugerah 100MIYE bukan hanya satu pengiktirafan kepada usahawan tetapi turut menyediakan jaringan perhubungan bagi membantu membina hubungan yang kukuh dalam masyarakat perniagaan. 

Cetusan idea untuk menganjurkan 100MIYE bermula dengan kejayaan majalah keusahawan iaitu Entrepreneur Insight yang kini adalah majalah keusahawanan terlaris di Malaysia. Entrepreneur Insight merupakan terbitan Armani Media Sdn Bhd dan selaku penganjur 100MIYE.” katanya.


Tambah beliau lagi, “Setiap tahun hampir 900 pencalonan kamk terima tetapi hanya 100 calon dibawa ke peringkat akhir. Kami meraikan usahawan muda yang sentiasa bekerja keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja, memiliki sikap positif dan aktif melakukan aktiviti tanggungjawab korporat sosial (CSR).

Di antara kriteria kelayakan pencalonan 100 MIYE adalah calon terbuka lelaki atau wanita yang berumur di bawah 45 tahun, Pengasas syarikat yang beroperasi sekurang-kurangnya dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat. 

Selain itu, perolehan tahunan syarikat pula adalah sebanyak RM3 juta dan ke atas selama tiga tahun berturut-turut. Pencalonan dibahagikan kepada 15 kategori antaranya dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan pembuatan. 


Bagi membantu usahawan menuju ke arah itu, kami akan mengadakan konvensyen usahawan Bumiputera untuk memberi lebih pendedahan kepada perniagaan mereka. Kami juga mahu menjadikan mereka komuniti yang saling membantu menerusi rangkaian hubungan (networking) masing-masing dengan bertukar pendapat bagi melahirkan idea baru,” katanya.

Mengulas lanjut, Chua menambah, “sejak 100MIYE diadakan pada tahun 2016, anugerah itu tidak pernah gagal meraikan usahawan muda yang sentiasa bekerja keras untuk berjaya, berani mengambil risiko, menjadi ketua, pemimpin dan majikan yang dihormati pekerja.


Jelas beliau, semua kriteria yang disebutkan itu perlu ada dalam diri setiap usahawan kerana kejayaan itu bukan semata-mata berpaksi kepada dirinya sendiri tetapi sokongan daripada orang di sekelilingnya.

Mereka juga pasti akan sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran baru dan persaingan. Hanya mereka yang mempunyai sikap yang betul, keazaman dan kesungguhan dalam perniagaan yang diusahakan akan beroleh kejayaan.

Untuk rekod, terdapat kira-kira 3.2 juta pengusaha kecil dan sederhana (SME) di Malaysia. Daripada jumlah ini, hanya 100 usahawan akan dipilih untuk diberikan pengiktiran atas usaha mereka selama bergelar usahawan muda berjaya. Ini bermakna hanya terdapat 0.03% daripada majoriti komuniti usahawan yang bakal dipilih. Sekali gus meletakkan Anugerah 100MIYE sebagai majlis anugerah berprestij di kalangan usahawan dan SME yang merupakan tulang belakang kepada ekonomi Malaysia,” katanya

Ruby tertarik dengan ucapan pembukaan Datuk KK Chua yang mahu para usahawan terus bertanya kepada diri sendiri. 

"Bagaimana saya boleh menjadi sangat diperlukan kepada pelanggan saya?"

"Bagaimana saya boleh menjadi sangat diperlukan untuk masyarakat saya?"

"Bagaimana saya boleh menjadi sangat diperlukan untuk negara saya?"

Jika kita semua boleh bertanya soalan ini dan bertindak secara konsisten, kita akan menjadikan Malaysia tempat yang lebih baik.

KRITERIA KELAYAKAN PENCALONAN 100MIYE


✅️ Calon mestilah berusia 45 tahun dan ke bawah, terbuka kepada lelaki dan wanita.

✅️ Beliau mestilah berjawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) atau Pengarah Urusan.

✅️ Berada di dalam pengurusan syarikat minimum dua tahun dan memiliki kepentingan kawalan majoriti syarikat.

✅️ Syarikat mestilah mengusahakan perniagaan yang sah dan perolehan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas.

Tahniah buat semua penerima anugerah 100MIYE! 

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !