TERAPI MINDA DI MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR

TERAPI MINDA DI MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR

Ruby
4
TERAPI MINDA DI MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR | Assalammualaikum semua! Pada 18 Mac 2023 Ruby telah bawa anak-anak dan suami ke Museum Of Illusions (MOI) Kuala Lumpur. Ruby dah lama plan nak ke MOI ni. Sejak awal pembukaan pada 22 Jun 2018. Ini kerana ia merupakan francais pertama MOI di Asia dan telah dibuka di Kuala Lumpur, Malaysia.

Jom masuk ke dunia ilusi yang menarik dan mampu mengganggu deria anda sambil memukau serta mengelirukan anda sepenuhnya. Dalam masa yang sama, ia mendidik kita tentang tipu helah dan paksa otak berfikir secara kritis dan kreatif.

TERAPI MINDA DI MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR



Museum Of Illusions bermula sebagai projek unik yang telah menjadi salah satu lokasi pendidikan dan hiburan yang paling pesat berkembang. Kini, ia telah dibuka di 40 bandar di seluruh dunia dan terus berkembang! 

Konsep asal telah dilancarkan pada 2015 di Zagreb, Croatia oleh pencipta Nikola Tesla dan dengan cepat menjadi jenama yang dikenali dan tarikan utama di setiap bandar yang telah dilancarkan.

MOI menawarkan pengalaman interaktif, mengasyikkan dan menyeronokkan untuk semua lapisan masyarakat. Ia adalah muzium yang sempurna, luar biasa dan menarik untuk semua generasi. 

Tipu helah yang lucu dan hebat akan mengajar anda tentang penglihatan, persepsi, otak manusia dan sains supaya lebih mudah untuk memahami sebab mata anda melihat perkara yang tidak dapat difahami oleh otak anda.

MOI ialah peneraju global dalam Industri Edutainment serta rangkaian muzium milik persendirian terbesar dan paling pesat berkembang di Dunia. 

SERTAI TUGASAN SERONOK BUCKET LIST


Semasa di MOI, kami sekeluarga buat tugasan khas yang melayakkan kami menerima sijil. Seronok sangat dapat buat 3 kategori. Dilemma Games, Flaunt Yourself! dan Learn 3D Line Illusion Drawing. Selesaikan cabaran Dilemma Games dalam masa 1 minit! 

DILEMMA GAMES


Egg Puzzle

Soma Cube

Broken Heart

FLAUNT YOURSELF!


Ames Room

Beuchet Chair

Tilted Room

Infinity Room

Vortex Tunnel

LEARN 3D LINE ILLUSION DRAWING



TIPU HELAH MUSEUM OF ILLUSIONS KUALA LUMPUR DI ABADIKAN DI DALAM GAMBAR


Apabila anda melihat gambar yang Ruby sediakan ini, pasti anda tidak menyangka hasilnya seumpama ini. Nampak nyata, tetapi ia adalah tipu helah. Hehehe.


HARGA TIKET 

(HUJUNG MINGGU)

Malaysian Adult (aged 15+)
RM 40.00
Malaysian Child (aged 5-15)
RM 30.00
Non-Malaysian Adult (aged 15+)
RM 50.00

(HARI BIASA) DISKAUN 10% 

Malaysian Adult (aged 15+) RM36.00
Malaysian Child (aged 5-15)
RM 27.00
Non-Malaysian Adult (aged 15+)
RM 45.00

Museum Of Illusions
Ansa Hotel
Tingkat 1 & Tingkat 2,
101 Jalan Bukit Bintang, 
55100 Kuala Lumpur.

Tags

Catat Ulasan

4Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Selalu tengok orang update gambar dekat Museum of Illussions ni tapi tak pernah pergi lagi. Nanti lepas raya boleh la bawak anak buah datang sini.

    BalasPadam
  2. Ohh wow ...love all the photos shared here , so cute especially the mini KAK ruby on the chair . Gonna bring my little niece to this. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  3. macam best pulak Museum Of Illusions ni, kalau bawak anak2 mesti diorang suka.

    BalasPadam
  4. Seronok kalau bawa anak2 ke sini ni. SamBil berhibur sambil berfikir. Boleh dapat sijil lagi. Gambar infiNity room tu cantik lah.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !