KENALI 49 ULTRAMAN DI ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA

KENALI 49 ULTRAMAN DI ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA

Ruby
6
KENALI 49 ULTRAMAN DI ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA | Assalammualaikum semua! Bermula 10 November 2022 sehingga 27 November 2022 anda semua berpeluang membawa anak-anak dan seluruh ahli keluarga anda ke Ultra Heroes Tour South East Asia yang sedang berlangsung di Center Court, Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ultraman adalah siri fiksyen yang sangat menghiburkan. Tiada siri superhero dapat menandingi bagaimana kita seronok menonton Ultraman. Banyak siri yang menyerupai Ultraman. Tetapi, Ultraman tetap pujaan hati Ruby! 

KENALI 49 ULTRAMAN DI ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA


Membesar dengan siri Ultraman adalah kenangan paling terindah pada zaman kanak-kanak Ruby. Sehingga hari ini, Ruby masih menyukainya dan Ultraman pertama Ruby kenal adalah Ultraman yang dilakonkan oleh Bin Furuya yang pada ketika itu watak Shin Hayata dari pasukan peronda. Masa Hayata pegang Beta Capsule dan bertukar jadi Ultraman tu amat dinantikan! Cepatlah bertukar! Raksasa dah sampai!!!! Hahahaha.


Satoshi Furuya, dikenali secara profesional sebagai Bin Furuya, ialah seorang pelakon Jepun yang terkenal dengan penggambaran watak utama dalam siri Ultraman 1966 yang tidak dikreditkan. Kalau zaman Ruby dulu, rasa percaya Ultraman ni memang wujud. Hahaha. Kanak-kanak kan. Percaya ye kewujudan Ultraman dan Raksasa Kaiju tu. 

Siapa sangka, siri fiksyen Ultraman sudah mempunyai 49 karakter Ultraman. 

1. Ultraman
2. Zoffy
3. Ultraseven
4. Ultraman Jack
5. Ultraman Ace
6. Ultraman Taro
7. Father of Ultra
8. Mother of Ultra
9. Ultraman Leo
10. Ultraman King
11. Astra
12. Ultraman Joneus
13. Ultraman 80
14. Yullian
15. Ultraman Great
16. Ultraman Powered
17. Ultraman Tiga
18. Ultraman Dyna
19. Ultraman Gaia
20. Ultraman Agul
21. Ultraman Neos
22. Ultraseven 21
23. Ultraman Cosmos
24. Ultraman Justice
25. Ultraman Nexus
26. Ultraman Max
27. Ultraman Xenon
28. Ultraman Mebius
29. Ultraman Hikari
30. Ultraman Zero
31. Ultraman Ginga
32. Ultraman Victory
33. Ultraman X
34. Ultraman Orb
35. Ultraman Geed
36. Ultraman Rosso
37. Ultraman Blu
38. Ultrawoman Grigio
39. Ultraman Taiga
40. Ultraman Titas
41. Ultraman Fuma
42. Ultraman Ribut (Malaysia)
43. Ultraman Z
44. Ultraman Trigger
45. Ultraman Regulos
46. Ultraman Chuck
47. Ultraman Scott
48. Ultrawoman Beth
49. Ultraman Decker

Nak tahu tentang karakter setiap Ultraman? Baca di sini www.tsuburaya-prod.com/heroeslist

KETERUJAAN BERTEMU ULTRA HEROES


Malaysia menjadi tuan rumah kepada Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) dari 10 hingga 27 November 2022 di Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor.

KENALI 49 ULTRAMAN DI ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA
Mr Takeshi Hashimoto, Tsuburaya Productions


Acara ini dibawakan kepada anda oleh Bandai Spirits Co. Ltd. dengan kerjasama Bandai Namco Asia Co Ltd di bawah naungan jenamanya, Tamashii Nations. Dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan, Jelajah Figura ULTRAMAN (ULTRAMAN Figure Tour) pasti akan menambat imaginasi para peminat ULTRAMAN, kebanyakan yang membesar menonton siri aksi ikonik dari Jepun ini. 

PATUNG ULTRAMAN DECKER


Pengunjung acara ini akan menjadi antara yang pertama menemui ULTRAMAN DECKER, terbitan terbaharu siri popular Ultraman yang sedang ditayangkan di Jepun. 


Jangan lepaskan peluang sekali dalam seumur hidup untuk merakam gambar bersama PATUNG ULTRAMAN DECKER bersaiz manusia. Setinggi 2 meter dan telah diukir berdasarkan ‘S.H.Figuarts’, ia merupakan rangkaian figura utama jenama Tamashii Nations.

ULTRAMAN LIVE SHOW

Rasai aliran adrenalin di PERSEMBAHAN LANGSUNG ULTRAMAN (ULTRAMAN LIVE SHOW) yang memaparkan ULTRAMAN DECKER dan ULTRAMAN TRIGGER serta pertembungan penuh aksi mereka bersama raksasa SATANDELOS. 


Ultraman Live Show berlangsung pada 3 sesi iaitu 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam setiap Sabtu (12, 19 dan 26 November 2022) dan Ahad (12, 20 dan 27 November 2022), pengunjung dapat menyaksikan sendiri aksi pertempuran karakter-karakter ini dengan lebih dekat. Sebarang perubahan jadual tersebut tertakluk pada perubahan tanpa notis awal.

Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk menonton video istimewa yang memaparkan bintang dari Jepun, Hiroki Matsumoto, yang memainkan watak Kanata Asumi di ULTRAMAN DECKER dan Raiga Terasaka yang berlakon sebagai Kengo Manaka di ULTRAMAN TRIGGER. 

Anda juga pasti terpegun dengan diorama menarik dengan babak-babak realistik daripada siri ULTRAMAN yang disediakan di acara tersebut. 

KOLEKSI FIGURA ULTRAMAN


Jelajah Malaysia ini menjanjikan barisan figura koleksi ULTRAMAN yang baru, akan datang dan eksklusif daripada S.H.Figuarts dan Tamashii Nations Box oleh Tamashii Nations. Para peminat boleh menambah koleksi figura mereka (atau bagi peminat-peminat baru untuk memulakan koleksi mereka) di sudut jualan istimewa ULTRAMAN dan mendapat hadiah terhad TAMASHII Nations bagi setiap pembelian. 

Antara produk utama adalah:

TAMASHII NATIONS BOX Ultraman ARTlized - Here He Comes! Our Ultraman. Boleh didapati di acara ini pada harga RM40.


KOTAK TAMASHII NATIONS yang pertama adalah ULTRAMAN. Ia merupakan penampilan sulung ARTlized, satu siri baru yang memperingati generasi pertama karakter-karakter Ultraman SD dari tahun 1980-an dan 1990-an. Kotak ini merangkumi lapan figura dengan satu figura rahsia! Ia amat sesuai bagi pengumpul dan peminat ULTRAMAN atau semata-mata untuk menceriakan ruang kediaman anda. 

S.H.FIGUARTS THE RISE OF ULTRAMAN


S.H.Figuarts ULTRAMAN (THE RISE OF ULTRAMAN). Sebuah item eksklusif yang hanya boleh didapati di jelajah ini. Ia boleh didapati pada harga RM240. 

Ultraman ini adalah berdasarkan komik ‘THE RISE OF ULTRAMAN’. Ia direka dengan bayang biru dan hitam di tempat-tempat penting tubuhnya bagi memberikan penampilan tersendiri seperti yang dilihat dalam komik. 

S.H.FIGUARTS ULTRAMAN RIBUT


S.H.Figuarts ULTRAMAN RIBUT
Boleh didapati di acara ini pada harga tawaran RM275. 

Daripada ‘Ultra Galaxy Fight: The Destined Crossroad’, Ultraman Ribut muncul dalam siri ‘Ultra Galaxy Fight’ serta ‘Ultraman Trigger’!

S.H.FIGUARTS ULTRAMAN DECKER FLASH TYPE


S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER FLASH TYPE. Terbitan rasminya dijadualkan pada November 2022. Harga jualan figura ini adalah RM198. 


Daripada ‘Ultraman Decker’, ketinggian figura ini adalah 150mm dan didatangkan bersama 4 bahagian gantian - pergelangan tangan kiri dan kanan, pemasa berwarna merah dan kad dimensi Ultra. 

ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA DATANG KE MALAYSIA DENGAN HARAPAN TINGGI. JOM KE PARADIGM MALL!


Jelajah ULTRAMAN (ULTRAMAN Tour), yang dimulakan di Thailand sebelum tiba di Malaysia, dijangka menarik kehadiran 180,000 pengunjung dari segenap usia di Asia Tenggara. Sama ada dewasa, kanak-kanak, peminat mahupun pengumpul, mereka pastinya tertarik dengan karakter-karakter ULTRAMAN. 

KENALI 49 ULTRAMAN DI ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA
Mr Masato Sato, Bandai Spirit Co Ltd

Bandai Namco Asia merasa sukacita untuk mempersembahkan produk terbaharu mereka, S.H.Figuarts ULTRAMAN DECKER, kepada ramai peminat di rantau ini yang telah mengikuti perkembangan ULTRAMAN selama ini. 

Mereka akan terus membangunkan dan mengembangkan produk ULTRAMAN untuk memastikan dia menarik minat peminat dan menambat imaginasi mereka.

Para peminat boleh mendapatkan maklumat terkini Jelajah Asia Tenggara ULTRAMAN dan Figuarts menerusi laman Tamashii Nations South Asia (https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia), Tamashii Nations (https://tamashii.jp/) dan Bandai Spirits Co Ltd (https://www.bandaispirits.co.jp/).

Masuk ke acara Jelajah Asia Tenggara Ultra Heroes (ULTRA HEROES TOUR SOUTH EAST ASIA) adalah percuma. Waktu operasi adalah 10 pagi – 10 malam setiap hari. Pengunjungi mesti berusia 15 tahun ke atas, sementara kanak-kanak dan remaja di bawah usia 15 tahun harus ditemani penjaga. 

ATIQ AZMAN PEMINAT ULTRAMAN 


Atiq Azman atau nama sebenar adalah Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah merupakan seorang pelakon, penyanyi, dan model lelaki. Beliau terkenal dengan melakonkan watak sebagai Amirul dalam drama Nur pada tahun 2018.

Wataknya yang memberi impak kepada penonton sering diingati. Ramai mengatakan beliau seperti adik-beradik dengan pelakong Syafiq Kyle ketika melakonkan watak Amirul. Namun, mereka hanyalah rakan seperjuangan dalam bidang lakonan sahaja.


Siapa sangka, Atiq Azman ni meminati Ultraman dengan lengkap sekali! Seronok apabila mendengar dia bercerita tentang setiap karakter Ultraman. Kemudian tahu perbezaan setiap Ultraman dari segi kuasa dan pakaian. Usia setiap Ultraman pun dia tahu. Terus Ruby flashback kenangan menonton Ultraman masa kecil dulu. 

HADIAH SETIAP PEMBELIAN


Apabila anda berbelanja di Ultra Heroes Tour South East Asia, pelbagai hadiah menarik tersedia. 


PELUANG BERGAMBAR DENGAN ULTRAMAN DECKER DAN ULTRAMAN TRIGGER

Pasti ramai ingin mengabadikan kenangan bersama Ultraman kan? Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Berbelanja di Ultra Heroes Tour South East Asia. Simpan resit pada hari tersebut, anda untuk peluang bergambar dengan Ultraman Decker dan Ultraman Trigger selepas Ultraman Show. Terhad untuk 30 sesi bergambar sahaja. 


Ultraman Show berlangsung pada setiap Sabtu dan Ahad pada jam 1PM, 4PM dan 7PM. 

MENGENAI TAMASHII NATIONS


Berpengkalan di Tokyo, Jepun, TAMASHII NATIONS adalah jenama barangan koleksi premium daripada Bandai yang berdedikasi untuk mencipta figura-figura berkualiti tinggi. Jenama-jenama di bawahnya termasuk METAL BUILD, S.H.Figuarts, Soul of Chogokin dan The Robot Spirits. 

Laman rasmi Facebook “Tamashii Nations South Asia”: https://www.facebook.com/Tamashii.Nations.South.Asia
Jabatan Koleksi Mainan rasmi BANDAI SPIRITS Co. Ltd.: https://tamashii.jp/

MENGENAI PREMIUM BANDAI 


PREMIUM BANDAl adalah gedung dalam talian rasmi BANDAI yang hanya menyediakan koleksi-koleksi edisi eksklusif, terhad dan tempahan awal. Sepanjang acara, item-item eksklusif dalam talian Ultraman akan ditawarkan di PREMIUM BANDAI.

Gedung rasmi PREMIUM BANDAI di Shopee Mall: https://shopee.com.my/p_bandai.os
Laman rasmi Facebook “PREMIUM BANDAI Asia”: https://www.facebook.com/pbandai.asia

MENGENAI ULTRAMAN DECKER



Decker adalah Gergasi Cahaya (Giant of Light) yang ditukar oleh protagonis, Kanata Asumi. Bentuk asas beliau dipanggil Flash Type. Beliau boleh Type Change kepada Strong Type yang amat berkuasa dan berkuasa luar biasa menerusi Miracle Type. 

Ketinggian: 55 meters
Berat: 45,000 tan (sama untuk ketiga-tiga bentuk)

MENGENAI ULTRAMAN TRIGGER



Selepas menewaskan Raksasa Kegelapan (Giants of Darkness) yang telah memusnahkan dunia pada zaman Ultra Ancient sehingga ke hujung angkasa, Trigger telah berubah kepada patung batu di Marikh tetapi dihidupkan semula apabila Kengo bergabung dengan patung Gergasi tersebut. 

Sejak itu, Kengo telah berubah kepada Trigger dengan elemen “GUTS Sparklence”. TRIGGER mempunyai keupayaan untuk Type Change kepada bentuk lain seperti Power Type dan Sky Type. Beliau berlawan dengan pelbagai serangan pancaran cahaya serta senjata suci “Circle Arms” yang boleh berubah kepada pedang, penyepit dan anak panah. 

Ketinggian : 53 meter
Berat : 44,000 tan

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian lengkap karakter-karakter Ultraman, sila rujuk https://tsuburaya-prod.com/heroeslist
Tags

Catat Ulasan

6Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Ada 49 Ultraman semuanya? Hari tu nephew tanya, daku terkaku nak jawab sebab ingatkan seorang dua je hahahaha

    BalasPadam
  2. Meriah sungguh event Ultra Heroes Tour SEA ni kan! Teruja betul tengok live show, Nell g sekali lagi on Sunday, tengok crowd tepuk tangan, meremang terus! Still dapat sambutan and irreplaceable kan watak Ultraman ni’ masih relevant lagi!

    BalasPadam
  3. banyak ultraman rupanya... hahahahah... ultraman zaman akk remaja mmg famous.. tapi time anak2 skrg diaorang x layan pulak.. tapi watak ultraman ni best.. membantu org susah hehehe.. hero dr jepun

    BalasPadam
  4. Uik rupanya ramai gilerrr keturunan Ultraman ni yer hehehe yang kita tahu satu jer rupanya ada banyak adik beradik cucu cicit ultraman ninhehehe.. meriah ni kalau buay jamuan makan penuh rumah wakakakaka...

    BalasPadam
  5. Budak-budak mesti suka gila roadshow ni. Kalau bawa adik saya pun mesti menjerit-jerit tengok Ultraman.

    BalasPadam
  6. Wah bestnya dapat jumpa dengan ultraman. Sebenar baru taw macam2 jenis ultraman ada. Masa kecik kita tengok je tak tahu nama sangat. Hehehe

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !