SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan Di Dalam Kawasan Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang

SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan Di Dalam Kawasan Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang

Ruby
5
SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan Di Dalam Kawasan Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang | Assalammualaikum semua! Ruby ada dapat pertanyaan dari ramai ibu bapa tentang Sekolah Agama Rakyat atau KAFA berdekatan rumah.  

Pada awalnya, Ruby macam takut nak kongsikan di mana anak bersekolah sebab risau risiko anak-anak dikenali dan terganggu dari sesi pembelajaran. 

Namun, apabila Ruby fikir balik. Lagi dapat pahala mempermudahkan urusan para ibu bapa, pelajar dan guru untuk memohon. Supaya lahir insan yang soleh dan solehah. 

Untuk bahagian keselamatan Ruby dan anak-anak semoga kami tidak leka dan sentiasa di dalam perlindungan Allah s.w.t. InsyaAllah. Ruby doakan semua ibu bapa, anak-anak dan guru dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. 

SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan Di Dalam Kawasan Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang


Ruby masih ingat lagi, semasa mula-mula mencari sekolah agama untuk anak pertama Ruby. Susah betul. Rata-rata yang berada di carian google adalah sekolah agama swasta. Yuran bulanan cekik darah sebab mereka menawarkan pembelajaran ekslusif dan suasana berpenghawa dingin. 

Namun, Ruby selalu fikir untuk mencari tempat pembelajaran yang diiktiraf Kementerian atau Pejabat Agama dan mempunyai tenaga pengajar yang berpengalaman. 

Tiga tahun yang lalu Ruby mula mencari. Tahun 2018 dah mula sibuk tahun 1 anak. Hehehe. Alhamdulillah dipermudahkan pada pertengahan tahun 2019. Hasil Ruby bertanya dengan pemilik restoran Kak Ani Citerasa Kelantan. Kak Ani memang berasal dari Kelantan tetapi menetap di kawasan Wangsa Maju, Setiawangsa, Lembah Keramat dan sekitarnya. Tapi, anak-anak Kak Ani dah besar-besar. Nombor telefon untuk hubungi sekolah pun dia sudah tidak simpan. Kak Ani cakap, pergi je pejabat sekolah. Mudah!


SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan Berada Di Dalam Portal Pendidikan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Klik sana, klik sini, maka tercetus idea mencari di portal Jabatan Agama Islam Selangor. Jumpa pun no telefon. Hehehe. Syukur Alhamdulillah. 

Ruby hubungi pejabat untuk booking appoinment untuk jumpa pihak pentadbir. Bagus kalau plan jadual. Bukannya apa, Ruby tak nak ganggu waktu mereka. Mungkin staff pentadbiran juga adalah guru yang mengajar. 




24.KAFAI Ar-RidhuanBatu 7 1/2, Hulu Klang 68000 Ampang03-4105 2423

Melalui portal JAIS, nama Sekolah Agama Rakyat ini adalah KAFAI Ar-Ridhuan. Jadi, ia tidak mempunyai nama yang sama dengan Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang. Diharap ibu bapa tidak keliru. 

Yuran Pembelajaran Yang Berpatutan


Ruby pun ke lokasi sekolah dan mencari pejabat sekolah pada penghujung 2020. Oleh kerana pandemik COVID-19, pergerakan terbatas. Bulan Januari baru daftar Adam. Kami dah fikir semasak-masaknya untuk bayar penuh setahun. Sama ada akan PKP balik atau terus bersekolah. Kami redha.

Kami pasang niat untuk permudahkan urusan anak. Supaya dia tidak risau tentang yuran. Ruby bertanya banyak soalan kepada pihak sekolah. Yuran, buku teks dan mengenalpasti modul pembelajaran. Kemudian melihat-lihat fasiliti dalam kawasan sekolah. 



Mesti ramai teruja melihat yuran ini! Ye memamg berbaloi-baloi. Pada pendapat Ruby, ilmu Agama Islam seharusnya diberi pendidikan dari awal usia.  Dengan cara menghantar ke Sekolah Agama Rakyat, pendidikan Agama Islam anak-anak tidak tercicir. 

Kita pun boleh berfikiran positif walaupun penat ya amat nak hantar dan ambil dari sekolah pagi dan petang. Namun, ini adalah amanah Allah s.w.t. Kita permudahksn urusan anak-anak. Kita doa sama-sama agar anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

Ruby juga sudah mendapatkan informasi tentang sesi persekolah pada tahun hadapan. Harap-harap ia dapat membantu ibu bapa dan penjaga di sekitar Hulu Kelang.

SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan Di Dalam Kawasan Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang
Yuran Kemasukan Untuk Tahun 2022. Yuran ini mungkin akan berubah dari masa ke semasa. Jadi, gambar ini untuk rujukan sahaja ya. 

Subjek Tahun 1 Hingga Tahun 6


Setiap ibu bapa dan penjaga murid pasti tertanya-tanya apakah subjek yang ditawarkan oleh SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan. Berikut adalah subjek yang bakal anak anda mahir:

1. IQRA'
2. Hafazan
3. Jawi
4. Tauhid
5. Feqah
6. Bahasa Arab
7. Akhlak
8. PAFA

Dua Sesi Persekolahan


Melalui pengalaman Ruby, pihak SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan akan menempatkan anak-anak ke sesi pagi atau petang berpandukan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan. 

SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan Di Dalam Kawasan Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang
Adam semasa waktu rehat. 

Sebagai contoh, Sekolah Kebangsaan Adam adalah pada sesi pagi. Oleh itu, untuk SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan, ustazah akan menempatkan Adam pada sesi petang. Di sini, terdapat tiga nama kelas. Umar, Abu Bakar dan Uthman. 

Untuk anak Ruby pada sesi petang di tahun 1 Umar. Nama-nama kelas ini untuk membezakan sesi pagi dan petang sahaja. 

Sesi Pagi: 7:30AM hingga 10:30AM
Sesi Petang: 2:30PM hingga 5.30PM


Penempatan Terhad


Oh ya lagi satu Ruby ingin maklumkan bahawa penempatan di SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan sangat terhad. Tambahan dengan pandemik COVID-19. Pihak pentadbir telah menghadkan pengambilan pelajar kerana ingin menjaga SOP. 

Hadir ke sekolah perlu imbas suhu, sanitasi tangan, terus masuk ke kelas dan duduk di tempat yang telah disediakan oleh guru kelas. Jadi, ia akan menjadi rutin kepada anak-anak dan mereka lebih berdisiplin. 

Jadi, jika ingin hantar ke sini. Daftar anak-anak segera. Okay?

Hubungi SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan Hulu Kelang

Ruby harap, perkongsian ini bermanfaat buat semua pihak. Ibu bapa yang ingin mendaftar anak-anak boleh hubungi:

SAR KAFA Integrasi Ar-Ridhuan Di Dalam Kawasan Masjid Al-Ridhuan Hulu Kelang


SAR (Sekolah Agama Rakyat) KAFA Integrasi Ar-Ridhuan
Batu 7 1/2, Hulu Klang 68000 Ampang, Selangor
Pejabat: 
03-4105 2423
013-2086093

Lokasi melalu Google Maps: https://g.co/kgs/3DFy9L
Tags

Catat Ulasan

5Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Sekarang memang payah nak dapat sekolah agama berdekatan rumah kan, nak taknak kena laaa masukkan anak ke dalam sekolah berbayar macam ni, tapi takpe, tak rugi pun Ruby, untuk pendidikan agama anak.. melentur buluh biar dari rebungnya kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak. Macam zaman saya dulu, bawah flat je ada sekolah agama dan tabika kemas. Sekarang ni, apa pun tak nampak. Hahahaa.

      Padam
  2. Memang bagus dan jadi kewajipan kita sebagai ibubapa, hantar anak2 untuk belajar agama. Pilih yang bertauliah seperti ini. Moga dapat ilmu berkat yang akan diamalkan nanti. Terbaik!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bertauliah ni paling Ruby nak. Sebab yelah, kita tau ustazah ni lebih faham handle anak ku yang shy shy cat. Hahaha

      Padam
  3. Terima kasih atas perkongsian ini. Bermanfaat untuk saya yang akan hantar anak sulung sekolah agama tahun depan. Semoga Puan sekeluarga sentiasa dirahmati Allah. Aaminn

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !