ONE CENT THIEF JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990

ONE CENT THIEF JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990

Ruby
11
ONE CENT THIEF JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990 | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini telah diadakan pratonton drama bersiri baharu terbitan Astro Shaw Sdn Bhd dan Independent Pictures Sdn Bhd. Di saat menonton episod satu One Cent Thief ni, Ruby mula terfikir. Macam pernah terbaca kisah ini. Nama watak pun lebih kurang. Aman Shah dan Iman Shah. Wahh menarik! 

MasyaAllah gempak betul drama ni, macam tonton filem. Drama bersiri One Cent Thief mempunyai 8 Episod dan bakal ditayangkan di saluran Astro Ria HD, Astro Vinmeen HD, Astro Shuang Xing HD, PRIMEtime, Astro GO atau On Demand bermula 8 Oktober 2022 jam 9 malam. Tak sabar nak tengok episod seterusnya. 

Astro Originals mempersembahkan drama premium One Cent Thief diinspirasikan daripada peristiwa yang berlaku di Malaysia pada sekitar tahun 1990. Hangat diperkatakan sehingga saat ini bagaimana eksekutif perbankan boleh menggodam dan memiliki kehidupan mewah dengan hanya gaji RM 1,800 pada ketika itu. 

Jangan sakit kepala fikir, Astro Originals dan Independent Pictures Sdn Bhd telah berjaya menghasilkan drama bersiri One Cent Thief melalu pengarah kegemaran ramai iaitu Ariff Zulkarnain dan penulis Alfie Palermo. Drama ini memaparkan peristiwa bersejarah tersebut di samping menambah elemen kekeluargaan dan sisi kehidupan masyarakat di Malaysia. 

Kebijaksanaan Aman Shah menggodam dan menjalani kehidupan mewah akan dilakonkan semula oleh Syafiq Kyle sebagai Iman Shah di dalam drama bersiri One Cent Thief. Pasti anda tidak sabar untuk menonton kan? Ruby pun! Jenayah Siber pada masa dahulu dan sekarang tiada perbezaan. Cuma teknik pada masa kini berbeza dan lebih berani dilakukan secara terang-terangan. 

Scammer berani hubungi mangsa dan dengan hanya pengesahan identiti, terus duit dalam bank kita ghaib. Setuju? Jadi, sila berhati-hati apabila berurusan dengan sesiapa. Ingat-mengingati sesama kita.

ONE CENT THIEF JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990


ONE CENT THIEF GENRE JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990

“Naskhah Pertama Malaysia Tampilkan Kisah Rompakan 1 Sen”

Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan. 

One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.

One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.

One Cent Thief mempunyai 8 episod, bakal temui penonton bermula 8 Oktober, setiap hari Sabtu, jam 9 malam. Menariknya buat julung kali drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria HD saluran 104, Astro Vinmeen HD saluran 202, Astro Shuang Xing HD saluran 307 (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap Sabtu, jam 11 malam), dan PRIMEtime saluran 704. Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baru seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12.00 tengah malam menerusi strim di platform Astro GO atau On Demand.

Meskipun subjek utama adalah ‘heist’, namun One Cent Thief membawakan mesej-mesej positif serta memaparkan cabaran kehidupan setiap lapisan masyarakat yang amat dekat dengan penonton seperti kehidupan golongan atasan dengan kemewahannya, golongan medium yang bersungguh-sungguh mencari rezeki dan mencapai cita-cita, serta golongan yang terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga ada yang terpaksa berdepan dengan pinjaman haram dan kongsi gelap.

Sementara itu, dari sudut produksi pula ia menonjolkan babak menggodam yang diinspirasikan daripada cara sebenar yang dipraktikkan oleh jenayah siber geng Carbanak yang jarang ditampilkan dalam karya tempatan.

Selain itu penonton turut dihidangkan dengan babak-babak aksi yang mendebarkan hasil lakonan hebat para pelakon terkemuka tanah air dari pelbagai latar seperti Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin. Selain itu, turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.

ONE CENT THIEF GENRE JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Menerusi Astro Originals, kami terus komited mempersembahkan karya-karya berkualiti yang mampu memberikan pengalaman berbeza kepada penonton dan sekali gus mengangkat drama tempatan setanding dengan naskhah antarabangsa. Kali ini penerbit Astro menampilkan sebuah drama premium yang diinspirasikan daripada peristiwa yang pernah berlaku di Malaysia dan lebih menarik ia adalah naskhah pertama negara yang membawakan jalan cerita tentang penggodam siber yang mencuri hanya wang berjumlah 1 sen daripada setiap penyimpan bank

Kami percaya jalan cerita segar yang dipersembahkan melalui One Cent Thief mampu diterima oleh penonton daripada pelbagai latar dan naskhah ini akan ditayangkan di saluran Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina. Kami harap One Cent Thief dapat dilihat sebagai sebuah karya berkelas internasional dan menjadi satu naskhah seni kebanggaan negara; bukan sahaja itu malah mampu menarik penonton dari negara luar seterusnya mengalihkan pandangan dunia kepada hasil karya-karya terbaik Malaysia.”



Drama premium mengetengahkan genre jenayah thriller merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo dan beliau turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki. Alfie Palermo terdahulu tampil dengan idea asalnya menerusi drama premium Dukun Diva, di samping pernah memenangi anugerah Skrip Terbaik di Anugerah Internasional Motivational Film Festival Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015. Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.


ONE CENT THIEF GENRE JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990

Menurut Showrunner, Pencipta & Penulis One Cent Thief, Alfie Palermo berkata, “Idea menghasilkan drama premium in tercetus ekoran selepas membaca kes ‘pencuri satu sen’ dan ia memberi inspirasi untuk menggarap sebuah karya dengan jalan cerita baru dan segar. Menerusi One Cent Thief, saya cuba ketengahkan isu keselamatan data serta sistem perbankan, di mana betapa mudahnya digodam oleh penjenayah; di samping mengetengahkan isu konflik yang amat dekat dengan masyarakat iaitu ‘wang’ - adakah wang mampu menyelesaikan masalah dan menjanjikan kebahagiaan. Harapan saya agar siri ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat pada isu-isu keselamatan data yang semakin meruncing kebelakangan ini. Pada masa sama, saya berharap penonton akan terhibur dan moga membawa manfaat untuk semua. ”



ONE CENT THIEF GENRE JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990

Manakala Pengarah One Cent Thief, Ariff Zulkarnain berkata, “Sebagai pengarah saya cuba memberi sentuhan berbeza pada setiap karya yang dihasilkan. One Cent Thief bukan hanya menonjolkan isu teknologi dunia siber, malah saya cuba kupas kehidupan masyarakat yang berbeza kelas terutamanya masyarakat marhaen yang hidup dalam kesempitan sehingga sanggup melakukan jenayah. Cabaran utama menghasilkan karya ini adalah untuk menvisualkan jalan cerita ke skrin, misalnya babak yang melibatkan teknologi siber perlu di buat berhati-hati agar dapat memberi kefahaman kepada penonton. 

Malah, kami juga mendapatkan khidmat penasihat sekuriti siber dari pakar yang bertauliah sepanjang penggambaran. Cabaran lain adalah mendapatkan hasil terbaik meskipun berdepan dengan limitasi sepanjang penggambaran yang diadakan dalam tempoh pandemik. Saya mengharapkan One Cent Thief dapat diterima oleh penonton Malaysia dan penonton dapat menilai cerita ini dari sudut positif. 

Secara peribadi, saya juga mengharapkan lebih ramai lagi pembikin filem di Malaysia berpeluang untuk bereksperimen dengan konten-konten segar yang membawa isu yang dekat dengan masyarakat seperti yang dipaparkan dalam naskhah-naskhah di bawah jenama Astro Originals, demi pembaharuan konten kreatif tempatan.”


ONE CENT THIEF


ONE CENT THIEF GENRE JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990


Tajuk: One Cent Thief
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd & Independent Pictures Sdn Bhd
Pengarah: Ariff Zulkarnain
Penerbit Eksekutif : Raja Jastina Raja Arshad
Pencipta/Showrunner: Alfie Palermo
Genre: Crime/Thriller
Bahasa: Bahasa Malaysia-Inggeris
Klasifikasi: 18
Durasi: 48 – 55 minit
Jumlah Episod: 8
Tarikh Tayangan : 8 Oktober 2022
Barisan Pelakon:
Syafiq Kyle sebagai Iman Shah
Faizal Hussein sebagai Abah
Azira Shafinaz sebagai Intan
Fabian Loo sebagai Ash Lee
Sofia Jane sebagai Ibu Zara
Aghonderan Sahadevan sebagai Devan
Amerul Affendi sebagai Kadak
Carmen Soo sebagai Irene
Aleza Shadan sebagai Mak Iman
Rubi Rubini sebagai Mimi
Sathisvaran Magesvaaran sebagai Dinesh
Krishna Kumar Nair sebagai Sathish
Amir Nafis sebagai Wan Zairol
Fadhli Masoot sebagai Shemad
Syed Irfan sebagai Iman Muda
Airiezara Jasmin sebagai Intan Muda
Trailer: 



SINOPSIS ONE CENT THIEF


Terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang Abahnya kepada sebuah geng ceti, seorang pekerja bank menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar… tetapi ini hanya membawa mereka ke situasi yang semakin membahayakan.

OST ONE CENT THIEF | LIL J & PUTERA MUHAMMAD - PUNCA



Penyanyi : Lil J & Putera Muhammad
Komposer : Amy Bong, Wan Saleh
Lirik : Amy Bong, Ateh Zack, Lil J


PROMOSI GONG CHA 1 SEN


ONE CENT THIEF JENAYAH SIBER PERTAMA DI MALAYSIA DARI PERISTIWA SEBENAR TAHUN 1990



One Cent Thief, turut jalin kerjasama bersama air minuman Gong Cha dalam pemasaran. Penonton boleh menikmati minuman dari Gong Cha dengan harga promosi  1 sen bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2022.

ONE CENT THIEF BERMULA 8 OKTOBER 2022


Terdahulu Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam kalangan penonton seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming of age), ‘I-Tanggang’ (mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (angkat kisah female con artist dan anti-heroes), ‘Kuasa’ (kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan), ‘Histeria The Series’ (kesinambungan filem box office 2008, Histeria), Murder By Moon Light (ketengahkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”).

Saksikan drama siri premium, One Cent Thief yang akan ditayangkan serentak di saluran Astro Ria HD, Astro Vinmeen HD, Astro Shuang Xing HD (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap Sabtu, jam 11 malam), dan PRIMEtime pada jam 9.00 malam, setiap hari Sabtu, bermula 8 Oktober ini atau strim di Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Tags

Catat Ulasan

11Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. macam best je cerita ni, sebab based on true story. dah tak lama nak start cerita ni. bestnyaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak. Cyber crime jarang Malaysia bleh buat macam international drama. Kasi chance skit. Hehehe

      Padam
  2. Jalan cerita yang sangat menarik. Barisan pelakon pun banyak yang dikenali ramai seperti Syafiq Kyle, Sofea Jane, Faizal Hussein, Carmen Soo dan Fabian Loo. Rupa Syafiq Kyle lain lah dalam drama ni. Dah takde misai dan janggut. Hahaa!

    BalasPadam
  3. actually masa promo cite ni haritu, excited betul nak tahu pasal ni. Kes ni menarik sebab dengan 1 sen tu jadi jutawan.

    BalasPadam
  4. Yeay, nasib baik saya ada astro go, bolehlah tengok. Sebelum perasan jugak fasal cerita ni, tengok barisan pelakon pun memang meyakinkan! :)

    BalasPadam
  5. Wah!! tak sabar nak tunggu 8 Oktober.. AM pun nak tgk Citer ini kat Astro Go.. barisan pelakon pun hebat2 belaka..

    BalasPadam
  6. Wahhh tak sabarnya nak tengok ni esok! Remember lagi insident ni walaupun still budak lagi.. sure gempak kan, best tengok barisan pelakon drama ni!

    BalasPadam
  7. Wah macam best, tak sabar nak tonton! this one of the incident that happened during my uni time, memang menakutkan lah

    BalasPadam
  8. Ohh wow...didn't know about this drama until reading akak story here. I'm interested to watch it to find out the whole storyline , lol takut nanti chase it saja. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  9. Bila baca sinopsis One Cent Thief mmg bagus Jln ceritanya, Apalagi dari kisah benar, Satu penjaran buat kita

    BalasPadam
  10. Pencuri 1 sen dh dengar masa sekolah lagi. Now baru ada orang nak buat jadi cerita. Harap dia tunjuk betul la tektik ni. Baru best. Nice la tak sabar nak tengok

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !