MOVIE REVIEW: DON'T LOOK AT THE DEMON

MOVIE REVIEW: DON'T LOOK AT THE DEMON

Ruby
9
MOVIE REVIEW: DON'T LOOK AT THE DEMON | Assalammualaikum semua! Pada 29 September 2022, Ruby berkesempatan hadir menonton tayangan perdana filem Don't Look At The Demon di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Turut hadir ke majlis pratonton adalah YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan tetamu kehormat yang lain. 

Filem ini terbitan Barnstorm Entertainment & Bliss Pictures. Pengarah adalah Encik Brando Lee dan Penerbit adalah Dato' Stanley Ling. Pertama kali melihat poster, dah seram. Tapi, masih nak menonton. Sebab filem ini akan ditayangkan ke peringkat antarabangsa. Suatu pencapaian yang membanggakan negara Malaysia. Tahniah kami ucapkan!

MOVIE REVIEW: DON'T LOOK AT THE DEMON 



Terbitan : Barnstorm Entertainment & Bliss Pictures
Penerbit Eksekutif : Dato' Stanley Ling
Pengarah : Brando Lee
Negara Asal: Malaysia
Genre: Seram 
Pengedar : Metrowealth 
Bahasa : English
Jumlah Waktu Tayangan : 93 Minit
Klasifikasi : 18
Tarikh Tayangan : 6 Oktober 2022
Barisan pelakon: 
Fiona Dourif sebagai Jules
Jordan Belfi sebagai Matty
William Miller sebagai Ian
Malin Crepin sebagai Martha
Harris Dickinson sebagai Ben
Randy Wayne sebagai Wolf
Phan Nhu Thao sebagai Annie
Konglar Kanchanahoti sebagai Sami Thai
Trailer:



SINOPSIS FILEM DON'T LOOK AT THE DEMON


Pasukan penyiasat paranormal Amerika dan ketua rancangan TV mereka telah ke tanah tinggi yang indah di Bukit Fraser, Malaysia. Kebolehan mendengar dan merasai kehadiran makhluk halus memberi keistimewaan pasukan ini memilih kes seterusnya. Rumah agam tesergam indah menjadi pilihan apabila pertolongan luar biasa diinginkan

Sebelum memulakan apa-apa ritual, mereka perlu mengumpulkan bukti di sebuah rumah yang dibina pada tahun 70-an. Pasangan suami isteri Ian dan Martha baru memiliki rumah itu selama 6 bulan dan mendakwa mengalami gangguan aneh.

Pada mulanya, dakwaan pasangan itu kelihatan meragukan dan pasukan penyiasat mengesyaki kedua-duanya mungkin hanya mencari publisiti. Tetapi Jules, psikik dalam pasukan, mempunyai pengalaman yang mengerikan di ruang bawah tanah rumah tersebut dan menyebabkan mereka percaya mungkin ada lebih daripada apa yang di lihat. 

Apabila pasukan ini menyelidik misteri rumah tersebut dengan lebih mendalam, mereka menghadapi gangguan dan penampakan yang lebih menakutkan daripada yang pernah mereka saksikan dari kes-kes sebelum ini. Beberapa ruang rahsia ditemui di dalam rumah lama dan jelmaan roh jahat lebih jelas. 

Malah rahsia yang lebih gelap terbongkar dalam sejarah rumah itu berkaitan dengan ritual terlarang Thai. Iaitu ritual mengeluarkan bayi berusia 3 bulan dari rahim ibu hidup-hidup.  Roh dendam ibu-ibu yang resah dan kuasa ghaib ganas mengancam untuk memusnahkan semua yang cuba menghalang. 

Jules, yang mempunyai keistimewaan dan pernah melakukan perjumpaan ghaib semasa kecil adalah orang yang boleh menanganinya dengan bantuan Sami Thailand. Namun, gangguan lebih hebat berlaku dan melibatkan kecederaan ahli paranormal. 

PENAMPILAN PELAKON ANTARABANGSA MEMBERI KEUNIKAn KEPADA FILEM MALAYSIA


Sejujurnya, penampilan pelakon antarabanga memberi banyak keunikan kepada filem tempatan. Bukit Fraser menjadi lokasi lakonan dan kawasan agak menyeramkan. Impak yang lebih seram terpapar di wajah mereka terus menusuk jiwa penonton. Serius!

JALAN CERITA PADU, SISTEM BUNYI  SINEMATOGRAFI HEBAT, JELMAAN HANTU DAN ROH BUAT PENONTON KETAKUTAN


Menonton Filem Don't Look At The Demon di pawagam adalah kerja gila Ruby pernah buat. Ruby bukan fans cerita bergenre seram begini. Kerisauan yang Ruby fikirkan adalah bagaimana nak tidur malam ni? Risau mimpi yang aneh-aneh. Mungkin juga tidak boleh tidur sebab terbayang-bayang jelmaan hantu-hantu dalam filem ini. 

Alhamdulillah semua itu tiada berlaku sebab Ruby tengok betul-betul filem ini walaupun kedua-dua tangan menutup muka. Mata melihat disebalik jari jemari. Puas hati menonton filem Don't Look At The Demon di pawagam sebab sistem bunyi filem ini cemas dan konsisten dalam setiap babak

Penghayatan watak dari semua pelakon juga memainkan peranan besar, dialog mereka, jeritan suara diganggu makhluk halus, ekspresi wajah dan luka-luka yang terdapat di kulit mereka tampak nyata. Hebat betul. Mesti pengarah sangat teliti.

Sinematografi jelas dari satu jalan cerita ke adegan seterusnya. Berdebar-debar setiap kali gangguan dari roh berlaku. Plot twist dalam filem ini banyak buka fikiran kita bagaimana semua itu berlaku. Peralihan dari setiap tragedi memberi klu kepada gangguan seterusnya. 

Bak kata Sami Thailand "There is not Evil, There is only Ignorance". 

Jom tonton Filem Don't Look At The Demon yang akan ditayangkan pada 6 Oktober 2022 di seluruh pawagam di Malaysia. Apa pendapat anda? Tinggalkan pendapat anda di ruang komen. 
Tags

Catat Ulasan

9Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. tengok trailer pun dah seram apatah lagi full movie. banyak betul gangguan sekarang yang datang dari rahsia orang lama. kesian penghuni baru kena hadap, nasib baik lah ada yang mampu tolong

    BalasPadam
  2. Tengok trailer pun dah rasa takut. Lepas baca review Ruby, terasa nak pergi tengok juga. Tapi kena ajak kawan-kawan sekali. Biar takut sama-sama.

    BalasPadam
  3. Eh. Nie yang buat Rawlins nak layan this weekend. Rawlins memang suka layan horror movies nie

    BalasPadam
  4. Macam best jaaa ni, boleh masuk list menonton wayang ni, tapi kena cri geng hantu dulu hahahaha

    BalasPadam
  5. bestttt saya suka genre seram. ok nanti boleh pi tengok lama tak layan movie seram kat cinema

    BalasPadam
  6. My god! Banyak filem2 best2 time nak Halloween ni... kena masuk dalam watchlist la since ada long weekend... tengok trailer pun rasa disturbing apatah lagi habiskan nanti...

    BalasPadam
  7. Ohh my akak this is so scarry for sienny to watch la...even I felt scared when I watch the trailer. LoL 😆 sienny is timid as worry with nightmare after watching. So reading your movie review really good for me. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  8. AM paling suka jalan cerita dan plot twist movie.. Kemas sekali.. susunan babak ke babak memang buat suspens nak tahu apa yg akan berlaku dan cerita d sebaliknya..

    BalasPadam
  9. Wah macam best dan gempak wei moview ni, i tengok trailer pun dah tak sabar i watch the movie

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !