DETTOL MELANCARKAN MISI MENDIDIK100,000 PELAJAR SEKOLAH MEMBASUH TANGAN SECARA SIHAT
Dettol Malaysia dengan bangganya melancarkan kempen kesedaran awam iaitu Dettol Purpose Programme 2022 dengan sokongan serta kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia yang menyasarkan 100,000 pelajar sekolah berumur antara tujuh hingga sembilan tahun.
Dalam dunia hari ini, di mana tahap pencemaran semakin meningkat dan pelbagai penyakit kian muncul, ia adalah penting untuk kanak-kanak mula belajar teknik mencuci tangan yang betul pada usia awal bagi memupuk tabiat sepanjang hayat. Bagi membentuk tabiat yang lebih baik dan meningkatkan piawaian kebersihan, Dettol menegaskan bahawa amalan mencuci tangan secara kerap adalah salah satu cara terbaik untuk menghapuskan kuman, dan mencegah penularan kuman kepada orang lain.
Menurut Dr. Steven KW Chow, Presiden Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta, Malaysia (FPMPAM) dan Pengerusi bagi program perkongsian Pendidikan Awam FPMPAM/Dettol, “Adalah sangat penting untuk menerapkan amalan mencuci tangan yang betul dan menjaga kebersihan sebagai sebahagian daripada latihan rutin untuk semua pelajar sekolah. Ini adalah langkah pencegahan asas yang paling kos efektif dan harus diamalkan seawal mungkin untuk semua kanak-kanak sekolah rendah.”
Peringkat awal kanak-kanak adalah tempoh pembinaan dimana tabiat sihat terbentuk, termasuk amalan kebersihan yang baik. Inisiatif Dettol Purpose Programme, dibina untuk memacu perubahan tingkah laku dan mewujudkan tabiat kebersihan yang berkekalan berhasrat untuk melaksanakan siri sesi pendidikan yang menyasarkan peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak bagi meningkatkan pengetahuan mereka di samping memupuk amalan kebersihan tangan.
“Kanak-kanak adalah agen perubahan yang berkuasa yang menggunakan pengaruh mereka untuk membawa balik pesanan kepada ibupada mereka dan masyarakat dengan lebih luas. Dengan sokongan dan penglibatan pihak yang betul, kami boleh meningkatkan perkembangan kanak-kanak secara signifikan, membantu mereka berkembang, mempelajari dan memupuk amalan harian yang kami harap akan menjadi perubahan kebiasaan yang kekal.Inilah sebabnya mengapa kita perlu memulakan proses asuhan dan pendidikan pada peringkat awal kehidupan dimana tabiat sihat diamalkan, dan amalan kebersihan tangan menjadi satu kebiasaan,” kata Gonzalo Balcazar, Pengurus Besar Serantau Reckitt Malaysia, Singapura dan Vietnam.
Melalui inisiatif ini, Dettol akan memperkenalkan Hygiene Quest, satu rangkaian modul kurikulum yang menggunakan episod animasi singkat, komik, pelan pelajaran serta pelbagai aktiviti yang berkisar mengenai pengembaraan empat watak wira bagi menyampaikan objektif pembelajaran. Kursus komprehensif ini telah dibangunkan oleh rakan kongsi pendidikan global terkemuka dan turut melibatkan rangka kerja pengukuran untuk memberikan impak maksimum.
Dr. Say Shazril juga telah dilantik sebagai duta untuk membantu mendidik orang ramai yang lebih luas mengenai kepentingan amalan kebersihan yang baik dan berperanan sebagai penyokong bagi kanak-kanak ini.
“Saya sangat gembira kerana program seperti ini akhirnya dilancarkan di sekolah, lebih penting lagi, di peringkat sekolah rendah. Mempelajari tabiat menjaga kebersihan tangan dengan baik yang mudah ini akan memberikan manfaat kepada kanak-kanak bukan sahaja pada hari ini, tetapi ke peringkat dewasa serta generasi akan datang.
Saya gembira kerana dapat bekerjasama dengan Dettol dalam inisiatif ini dan saya berharap agar kami dapat melebihi sasaran 100,000 kanak-kanak supaya lebih ramai kanak-kanak didedahkan kepada kepentingan menjaga kebersihan tangan mereka pada setiap masa,” kata Dr. Say.
“Di Dettol, matlamat kami adalah untuk melindungi dan memupuk usaha gigih dalam membentuk dunia yang lebih bersih lagi sihat. Melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan seperti ini, kami menjalankan misi kami untuk membantu melindungi orang ramai dari semua peringkat umur, terutamanya kanak-kanak, daripada kuman dengan menekankan kepentingan tabiat yang sihat.
MENGENAI DETTOL
MENGENAI RECKITT
Setiap hari, lebih daripada 20 juta produk Reckitt dibeli di seluruh dunia. Kami sentiasa mengutamakan pengguna dan orang ramai, mencari peluang baharu, berusaha untuk kecemerlangan dalam semua yang kami lakukan dan membina kejayaan bersama dengan semua rakan kongsi kami. Kami berhasrat agar sentiasa melakukan perkara yang betul.
Kami adalah pasukan global dengan lebih daripada 43,000 rakan sekerja. Kami menggunakan tenaga kolektif kami untuk memenuhi cita-cita kami untuk jenama yang diterajui, demi planet yang lebih sihat dan masyarakat yang lebih adil. Ketahui lebih lanjut, atau hubungi kami di www.reckitt.com
Memang dah jadi kebiasaan kan.. takde covid pun memang kena cuci tangan.. tu amalan Sis laa dr dulu.. cuma skrg kena lebih kerap lagi...
ردحذفlove to read about brands taking the extra efforts to give back to the society. thanks for sharing about what dettol is doing, it really makes me happier as a consumer to know of its contribution to school children! :)
ردحذف