MYUZU BY DETTOL DISPENSER BASUH TANGAN BERBUIH AUTOMATIK

MYUZU BY DETTOL DISPENSER BASUH TANGAN BERBUIH AUTOMATIK

Ruby
3
MYUZU BY DETTOL DISPENSER BASUH TANGAN BERBUIH AUTOMATIK | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby tengok ramai kawan-kawan kongsikan dispenser sabun basuh tangan dan sanitasi di rumah.

Dalam hati berkata, macam pusat membeli-belah pula kan. Ada automatik dispenser. Mesti relax je rasa apabila tidak perlu pam sabun atau spray sanitasi. Hahaha.


MYUZU BY DETTOL DISPENSER BASUH TANGAN BERBUIH AUTOMATIK


Nak dijadikan cerita, Ruby pun termakan racun media sosial mereka ni. Must buy bak kata suami Ruby. Perli Ruby lah tu. 

Myuzu ni dibawakan oleh Dettol untuk memudahkan keluarga Malaysia membersih tangan. Kebiasaannya kita akan menyentuh botol untuk pam sabun kan. 

Belum campur dengan yang ada anak-anak suka berebut basuh tangan tu. Aishhhh la anak. Huru hara dapur ibu. Apabila ada Myuzu ni, aman sikit. Tenang mereka beratur mengikut giliran. 


Penggunaan No Touch Hand Wash Dispensing mengeluarkan sabun berbuih yang mudah dan bersih untuk mencuci tangan agar kita dilindindungi dan dalam masa yang sama dapat membasmi kuman.

COVID-19 memberi 1001 pengajaran tentang kehidupan. Jaga kebersihan, sentiasa membersihkan tangan dan memakai pelitup muka. 

Sebagai ibu, Ruby sangat peka dengan keadaan sekeliling kita. Balik dari mana-mana mesti terus basuh tangan. 

Walaupun 2 tahun berlalu, kami sekeluarga masih sama mengamalkan SOP. 20 saat mencuci tangan masih dipraktiskan. Malah, menjaga jarak fizikal juga menjadi keutamaan.

Jika orang lain culas melakukan perkara itu, jangan kita berubah kerana kelonggaran ini. Kita sewajarnya terus lindungi diri dan lindungi keluarga. 

 

MEKANISMA MYUZU BY DETTOL


 1. Tanpa sentuh untuk meningkatkan kebersihan & perlindungan untuk keluarga anda daripada pelbagai kuman.

2. Sabun istimewa ini mengandungi bahan pelembap: Ekstrak Teh Hijau, Derivatif Vitamin C, Asid Hyaluronic


3. Penggunaan tahan lama dengan sehingga 250 cucian.

4. Sesuai digunakan di dapur, pejabat, bilik air dan tandas

5. Mudah, tiada tumpahan yang tidak kemas dan tiada pembaziran.

CARA PENGGUNAAN MYUZU BY DETTOL


 1. Basahkan tangan.
 2. Letakkan tangan di bawah muncung dan dihadapan sensor.
 3. Mengeluarkan jumlah sabun berbuih yang betul secara automatik.


HARGA MYUZU BY DETTOL


Untuk pengguna pertama kali, dapatkan Myuzu by Dettol lengkap dengan dispenser, sabun dan bateri. Bernilai RM 89.90.

Anda akan diberikan 1 unit No Touch Hand Wash Dispensing, 1 unit sabun dan 2 biji bateri AA. 

Manakala untuk refill sabun 250ml di jual pada harga RM 18.90 sahaja. Ada kalanya korang boleh grab refill ini pada harga promosi di farmasi dan kedai dalam talian seperti Shopee dan Lazada. 

Yakin 100% dengan Dettol!

Tags

إرسال تعليق

3تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. fullamak baru tahu pasal hal ni. Kami jenis yang rajin cuci tangan. Wajib kena beli lah ni pasni. Thanks for the info.

    ردحذف
  2. Menarik laaa pulak yaa.. tak perlu sentuhan ke.. nak cari gak laaa..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !