NABILA RAZALI DUTA PELITUP MUKA BAHARU HIMAYA H99

NABILA RAZALI DUTA PELITUP MUKA BAHARU HIMAYA H99

Ruby
3

NABILA RAZALI DUTA PELITUP MUKA BAHARU HIMAYA H99 | Assalammualaikum semua! Sejak pelancaran pelitup muka Himaya H99 pada 17 hingga 23 Januari 2022 yang lalu, banyak maklumbalas positif yang Ruby baca di media sosial.

Ramai menantikan pelitup muka jenis KF94 ni. Alhamdulillah Himaya menghasilkannya dengan nama H99. Mudah untuk diingati kan? Malah warna sangat menarik dan klasik. 

Pelitup muka Himaya kali ini telah memilih Nabila Razali sebagai duta untuk H99. Tahniah Bella! 


NABILA RAZALI DUTA PELITUP MUKA BAHARU HIMAYA H99

Kehadiran warna baharu pelitup muka ini memberi sinar baharu buat si pemakainya. Pemakaian pelitup muka sudah menjadi perkara wajib buat seluruh rakyat Malaysia. 

Kita sebagai wanita, paling perlu menitikberatkan tentang pelitup muka. Pemilihan pelitup muka adalah penting agar kita bebas dari bakteria selepas memakainya. Faktor yang kita fikirkan adalah kekuatan tali headloop, pakai untuk 2-3 jam sahaja dan keselesaan memakainya. 

Penyanyi Nabila Razali yang baru dilantik sebagai duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask (Himaya) bersyukur dengan pelantikan itu kerana Himaya bukanlah pelitup muka yang biasa-biasa saja tetapi dibuat untuk kepentingan kesihatan .

Ia  memberi manfaat kepada pengguna dalam mengekang penularan wabak Covic-19.

Kata Nabila, dalam keadaan  pandemik ini, pemakaian pelitup muka sangat penting dan orang ramai mesti memilih pelitup muka yang tepat untuk penjagaan kesihatan.

“Jangan ingat tutup mulut saja sudah ok tetapi itu belum mencukupi untuk perlindungan diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling kita,” katanya.

Himaya H99 adalah keluaran terbaru untuk musim ini yang pertama direka khas bersama jalur logam dengan span lembut anti-peluh membuatkan pelitup muka terletak kemas, memberikan keselesaan pernafasan dan tidak merengsakan kulit wajah.

Hadir dengan warna bercorak membuatkan pelitup muka ini nampak lebih elegen pada si pemakai.


Jelas Nabila, Himaya H99 ini juga menepati ciri-ciri keselamatan dengan penggunaan pelitup muka perubatan (4 ply surgical mask) material fabrik yang lebih lembut, tidak berbulu, kalis air dan tidak mudah berkabus (untuk mereka yang berkacamata). 

“Paling saya suka, pelitup muka Himaya direka khas untuk yang berhijab (headloop) dan didatangkan dengan pelbagai warna menarik sesuai digayakan dengan semua warna baju.

“Anda masih boleh berfesyen dengan Himaya dan sebagai artis, pastinya Himaya mudah disuaipadan dengan pakaian saya untuk ke semua acara,” katanya.

Untuk musim baru  tahun 2022, Himaya melancarkan empat warna baru iaitu Chic Vintage, Pink Dew, Celadon Green dan Teal In Spring.

Kata Nabila lagi, pelitup muka Himaya juga ‘melindungi’ solekannya kerana rekaannya jauh sedikit daripada bibir yang  tidak merosakkan gincu. 

“Dengan Himaya saya tidak perlu risau lagi jika solekan saya akan rosak. Gincu saya kekal dan tidak comot,” katanya.

Nabila juga berkata, dia gembira dapat bekerjasama dengan Himaya kerana syarikat pengeluar pelitup muka itu, Anggun Kirana Sdn Bhd, yang begitu prihatin terhadap masyarakat.

“Ketika negara dilanda banjir luas biasa pada Disember lalu, syarikat tampil memberikan sumbangan kepada mangsa banjir,” katanya. 


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata, perjuangan masyarakat dunia untuk menyekat penularan Covic-19 belum berakhir apabila pada Disember lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan varian baru Omicron sebagai varian yang membimbangkan (VOC). 

“Bagi mengekang penularan varian baru ini, H99 memberi perlindungan sehingga 99 peratus. Untuk setiap keluaran terbaru, Himaya terus mempertingkatkan kualiti bagi penjagaan kesihatan yang maksimum. 

“Dalam keadaan sekarang, kita masih perlu melakukan pelbagai urusan seharian. Jadi dengan adanya Himaya, pengguna tidak perlu risau asalkan mereka sentiasa mengenakan pelitup muka yang menetapi piawaian diperlukan untuk penjagaan kesihatan,” katanya.

Datuk KK Chua berkata lagi, syarikat akan terus mengeluarkan pelitup muka berkualiti dengan warna-warna baru bagi memenuhi kehendak pengguna.

“Sekarang orang ramai wajib memakai pelitup muka dan Himaya berusaha untuk memenuhi keperluan orang ramai tampil bergaya tanpa mengabaikan penjagaan kesihatan.

“Mereka masih boleh bergaya dengan Himaya dan sesuai digayakan di mana saja tanpa menjejaskan penampilan. Himaya juga selesa dipakai lama tanpa merengsakan kulit wajah,” katanya.

TAMPIL ELEGAN DENGAN RONA WARNA NEUTRAL

Memperkenalkan keluaran pelitup muka terbaru Himaya H99 Premium Face Respirator – Chic Vintage. 

Keluaran pertama H99 dengan rona warna neutral, kelabu lembut sesuai digayakan dengan pelbagai stail si pemakai. 

Pelitup muka H99 ini direka untuk menghalang kemasukan udara yang tidak ditapis dengan bahagian flap terletak kemas pada wajah anda. 


Ia akan memberikan anda perlindungan yang selamat dan berganda dari semua sisi pelitup muka. Dengan dua lapisan kain penapis melt blown, ia dapat meningkatkan kecekapan penapisan pelitup muka untuk perlindungan berganda terhadap virus. 

Reka bentuk 3D yang inovatif membolehkan lebih banyak ruang antara mulut dan pelitup muka anda serta mengurangkan risiko pemakai membetulkan semula pelitup muka tersebut. 

Dibuat dengan kain penapis melt blown dengan ≥ 99% BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria) dan ≥ 99% PFE (Kecekapan Penapisan Zarah), produk ini dapat menghalang bakteria, pencemaran, debunga dan habuk dari persekitaran kita. 

Gegelung kepala yang lembut memberikan keselesaan berpanjangan bagi si pemakai hijab. Sesuai untuk kegunaan harian. 

SENTIASA SELESA MEMAKAI PELITUP MUKA HIMAYA


Wanita berhijab seperti Ruby, sentiasa akan memilih pelitup muka headloop. Ia mudah dipakai, malah maskne. Hehehe. Pilihan warna yang pelbagai juga menjadi asbab kenapa kami setia dengan Himaya! Berikut adalah big why kenapa Ruby masih setia dengan Himaya sejak pelancarannya pada tahun 2020.  

1. Jalur Logam Dengan Span Lembut  

Keluaran terbaru H99 ini menggunakan jalur logam dengan span lembut membuatkan pelitup muka terletak kemas dan tidak mudah berkabus supaya anda sentiasa selesa sepanjang hari.  

2. ≥ 99% BFE (Kecekapan Penapisan Bakteria) 

BFE mengukur kecekapan penapisan pelitup muka menggunakan zarah (hidup) seperti (bakteria) yang bervariasi dari 5 mikron hingga 1 mikron. 

3. ≥ 99% PFE (Kecekapan Penapisan Zarah) 

PFE mengukur kecekapan penapisan pelitup muka menggunakan zarah (tidak hidup) dengan ukuran tetap dari 1 mikron hingga 0.1 mikron. 

4. 2X Fabrik Melt-Blown 

Dua kali ganda perlindungan daripada fabrik melt-blown untuk penyaringan zarah yang berkesan untuk memastikan anda selamat sepanjang hari. 

5. Perlindungan 4 Lapis 

Diperbuat daripada fabrik bukan tenunan premium dan melt-blown untuk memberikan perlindungan tambahan kepada si pemakai. 

6. Gegelung Kepala Yang Selesa Untuk Hijabi 

Rekaan gegelung kepala yang lembut memberikan keselesaan kepada pemakai hijab sepanjang hari. 

7. Sesuai untuk Kulit Sensitif 

Di lapisan paling dalam pelitup muka ini, terdapat fabrik bukan tenunan premium yang menjadikan pelitup muka ini sangat lembut pada kulit dan membantu mengurangkan iritasi pada kulit. 

8. Asia Halal Brand Awards 

Dianugerahkan dengan Asia Halal Brand Awards, menjadikan pelitup muka ini selamat digunakan. 

9. Diperakui CE 

Sijil CE pelitup muka kami diluluskan dan dikawal selia oleh Kawasan Ekonomi Eropah untuk keselamatan, kesihatan dan standard perlindungan Alam Sekitar. 

10. Diperakui Yayasan Hijau Malaysia 

Himaya menyokong dan berkolaborasi bersama Yayasan Hijau Malaysia. Setiap pembelian pelitup muka Himaya akan disumbangkan kepada program hijau Malaysia.  

11. Pilihan Selebriti 

Pelitup muka ini adalah pilihan terbaik selebriti kesayangan ramai. 

HARGA HIMAYA H99


Satu kotak bernilai RM 44.90 dan setiap kotak mempunyai 20 keping. Dapatkan sekarang!

HIMAYA | SHOPEE

Tags

Catat Ulasan

3Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. cantik pula mask himaya H99 nih
    nasih design dia gegirl
    haha

    BalasPadam
  2. Cantik pulak nengoknya ni,
    Disebabkan dah longcovid kena lah kak za dapatkan terus

    BalasPadam
  3. Harini ada urusan luar, ingat nak singgah mencari laaa, berkenan sangat, nak tengok juga design warna lain..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !