KERJA TANPA LENGAH DENGAN RAM GALAXY A03 YANG PANTAS!

KERJA TANPA LENGAH DENGAN RAM GALAXY A03 YANG PANTAS!

Ruby
0
KERJA TANPA LENGAH DENGAN RAM GALAXY A03 YANG PANTAS! | Assalammualaikum semua! Telefon pintar Gakaxy A03 menjadi pilihan ramai kerana RAM, Storan, Bateri semua besar! Sebab itu, ramai yang berpuas hati dengan telefon pintar ini. 

Galaxy A03 menggabungkan kuasa pemprosesan Octa-core dengan sehingga 3GB/4GB RAM untuk prestasi pantas dan cekap untuk tugasan yang sedang anda jalankan. 

Selain itu, storan dalaman 32GB/64GB atau tambah lebih banyak ruang dengan kad mikroSD sehingga 1TB. Best kan? 


KERJA TANPA LENGAH DENGAN RAM GALAXY A03 YANG PANTAS!


Tidak kira jika anda sedang mencari telefon pintar untuk melaksanakan tugas harian anda atau untuk penggunaan masa lapang, Galaxy A03 dapat memenuhi keinginan anda. 

Kini, pembelajaran hibrid – dalam talian dan luar talian – telah menjadi norma dengan pandemik global, jadi ianya penting untuk mempunyai akses kepada teknologi yang boleh membuat rutin anda lancar. 

Terutamanya jika anda sentiasa dalam perjalanan, peranti Galaxy A03 yang tidak leceh ini boleh membuat kehidupan harian anda lebih baik.

Pilih antara RAM 3GB atau 4GB – kedua-duanya membolehkan anda menjalankan beberapa tugas dalam satu masa dan bertukar antara aplikasi dengan cepat, serta membuatkan kelas atau mesyuarat dalam talian dengan rakan sekelas anda lebih lancar. 

Tambahan pula, dengan adanya pemproses Octa-Core UNISOC T606 yang berkuasa, peranti ini lebih responsif. Sekarang anda boleh melakukan kerja dengan lebih cepat dan lancar tanpa sekatan. 

Paparan besar 6.5" HD+ Infinity-V pula memberikan anda visual yang lebih jelas dan mengasyikkan, memudahkan anda untuk membaca dokumen dan menghadiri kelas atau mensyuarat dalam talian. 

Jika anda berada di dalam bilik yang gelap, jangan lupa menggunakan Dark Mode untuk mengurangkan keletihan mata dan penggunaan bateri pada masa yang sama.

Jadi tunggu apa lagi? Galaxy A03 didatangkan dengan tiga warna iaitu Black, Blue dan Red bermula dari harga runcit disyorkan RM469. 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai peranti ini, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a03-blue-32gb-sm-a035fzbdxme/

Catat Ulasan

0Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !