ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA MENGANJURKAN FESTIVAL RAYA 2022 TERBESAR DI MITEC 66 JAM TANPA HENTI

ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA MENGANJURKAN FESTIVAL RAYA 2022 TERBESAR DI MITEC 66 JAM TANPA HENTI

Ruby
1
ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA MENGANJURKAN FESTIVAL RAYA 2022 TERBESAR DI MITEC 66 JAM TANPA HENTI | Assalammualaikum semua! Ruby teruja ingin berkongsi tentang acara yang bakal memeriahkan persiapan Aidilfitri pada bulan Ramadan tahun ini. 

Kali terakhir Ruby ke festival raya, adalah pada tahun 2019. Menjadi kewajipan pergi ke festival sebab mudah nak beli semua keperluan Aidilfitri untuk 4 orang sekeluarga. Kebiasaannya mencari pakaian sedondon agak sukar jika dilihat dalam media sosial. Ruby suka pegang pakaian dan lihat tekstur fabrik.

Al maklumlah suami dan anak-anak lelaki Ruby ni lasak. Jadi, rekaan bukan skinny fit, material yang serap peluh, warna fabrik yang dapat melindungi kesan peluh adalah pilihan Ruby. Sebagai Menteri Kewangan Rumahtangga, Ruby harus bijak berbelanja. Hahaha.

ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA MENGANJURKAN FESTIVAL RAYA 2022 TERBESAR DI MITEC 66 JAM TANPA HENTI 


Syarikat Absolut Event & Management Sdn Bhd dan My Events International Sdn Bhd dengan kerjasama Malaysia International Trade and Exhibibon Centre (MITEC) bakal menganjurkan sebuah festival raya terbesar pada April ini dengan berteraskan slogan “Restart, Reboot , Refresh”. 

Festival yang bakal berlangsung tanpa henti selama 66 jam ini bakal menjadi pilihan kunjungan warga Malaysia kerana lokasinya yang strategik di tengah ibu kota bagi penduduk di sekitar Lembah Klang untuk memanfaatkan hari minggu mereka membeli barangan persiapan raya pada tahun ini. 



ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA

Tarikh: 22 April 2022 sehingga 25 April 2022
Hari: Jumaat, Sabtu, Ahad & Isnin
Masa: 12 TENGAH HARI (Jumaat) hingga 6 PAGI (Isnin) - 66 JAM
Lokasi: Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC)


Ben Ali, Pengarah Absolut Event & Management Sdn Bhd berkata “Selari dengan slogan iaitu “Restart, Reboot & Refresh”. Objektif penganjuran festival ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menghidupkan semula kemeriahan riang ria raya yang sudah 2 tahun disambut dengan suram. 

Pada masa yang sama juga, festival ini dapat menghidupkan semula sektor ekonomi para peniaga tempatan yang terjejas ekoran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia. 

Selaku penganjur, kami bakal menyediakan ruang acara yang kondusif serta persekitaran yang selesa. Kemudahan seperti tempat letak kereta, bas pengantara, tandas, surau yang mencukupi juga turut disediakan bagi para pengunjung yang hadir. 


Pemilihan MITEC sebagai lokasi adalah kerana ia selesa dan luas. Dalam usaha mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengawal kesesakan pengunjung yang berlaku di luar kawalan.

SOP yang akan dilaksanakan oleh penganjur adalah mengimbas masuk MySejahtera selain menyediakan paramedik dan ambulans sebagai langkah keselamatan.

Selaku penganjur, kami yakin Absolut Bazaar X Gaya Raya akan tetap diadakan kerana pengumuman Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini di atas jaminan bahawa tiada lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan diadakan pada Ramadan ini.

Kami akan menyediakan dua dewan pempamer yang mampu memuatkan seramai 5,000 pengunjung dalam satu masa dan satu dewan tambahan akan dibuka jika berlaku kesesakan. Dalam masa 4 hari festival Absolut Bazaar X Gaya Raya anggaran 1 JUTA pengunjung akan hadir. 

Kami juga sedang berbincang dengan beberapa syarikat untuk penajaan kit ujian air liur kepada pengunjung dan terdapat juga syarikat yang telah bersetuju untuk menaja pelitup muka kepada pengunjung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang pengumuman Absolut Bazaar X Gaya Raya di MITEC baru-baru ini.

Puan Hema Kandy, Ketua Pegawai Eksekutif My Events International semasa di sidang media Absolut Bazaar X Gaya Raya



LOT TAPAK JUALAN BERMULA RM 2,800


Antara tarikan yang paling menarik adalah harga lot tapak jualan yang “mesra pandemik” bermula dengan harga serendah RM2,800 bagi satu lot tapak untuk 4 hari acara. 

Kami juga bakal mewujudkan pelan pembayaran ansuran serta pinjaman yang akan kami tawarkan demi untuk meringankan beban para peniaga supaya ianya sedikit sebanyak dapat membantu mereka memulihkan semula perniagaan yang terkesan. 

Festival ini juga terbuka untuk disertai kepada semua jenis industri, seperti makanan, minuman, kuih muih, pakaian, produk kecantikan dan pelbagai lagi

Yang mana berminat nak berniaga boleh like page ni Absolut Bazaar dan hubungi nombor +60 16 850 7864. Setakat ini Alhamdulillah 220 booths dah kena sambar. Tinggal lagi 200 booths sahaja lagi!

MINI ABSOLUT FOOD FESTIVAL


Tidak ketinggalan juga, kami bakal membawakan Absolut Food Festival berskala mini di bawah satu bumbung dengan memperkenalkan konsep atap bumbung (rooftop) yang pertama kali bakal diadakan seadanya. 

Membeli belah persiapan raya, tidak akan lengkap tanpa santapan makanan untuk berbuka puasa dan juga sahur. Maka dengan adanya konsep santai di atas “rooftop” ini bakal menampilkan kelainan bagi festival raya kali ini. 

PENYERTAAN PEREKA FESYEN DAN SELEBRITI


Kami juga bakal menjemput para pereka terkenal tanah air seperti Dato Jovian Mandagie, Fiziwoo, Rizman Ruzaini dan lain-lain untuk membawa koleksi "Ready-To-Wear" (RTW) mereka untuk sebuah persembahan fesyen (Fashion Show) yang bakal disajikan khas kepada para pengunjung festival raya kali ini.


Ramai selebriti terkemuka tanah air akan menyertai Festival Raya Terbesar 2022 ini dan pastinya ia akan memeriahkan lagi suasana. Dengan cara ini, selebriti dapat merapatkan siratulrahim sesama pengunjung dan peminat dapat bertemu dan menyokong perniagaan selebriti kegemaran mereka dengan lebih dekat.

Di antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan adalah Dato' Sri Hajah Siti Nurhaliza, Fatah Amin, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Raysha Rizrose,Mira Filzah, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal.

Neelofa, Haris Ismail, Emma Maembong, Zizan Razak, Syatila Melvin, Saharul Ridzuan, Shukri Yahaya, Rozita Che Wan, Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Intan Najuwa, Aedy Ashraf dan ramai lagi. 

MUDAHNYA KE MITEC


Memandu sendiri ke MITEC pasti lebih selesa. Anda boleh bawa seisi keluarga dan mencari barang keperluan Aildilfitri. Jangan bimbang, ruang tempat letak kenderaan cukup luas untuk 1,400 kenderaan. Akses mudah oleh pengunjung dari pintu masuk Utara atau pintu masuk Selatan ke ruang letak kereta Basement 1 dan 1A. Dikawal keselamatan oleh pengendali parkir ParkRite.


MENAIKI GRAB KE MITEC


MITEC telah menyediakan lokasi MITEC pick-up/drop-off points. Kadang kala ada kod promosi untuk acara. Kita doakan ada kod promosi ke Absolut Bazaar X Gaya Raya. Okay?

BAS PENGANTARA MRT SEMANTAN 


Selain itu, anda boleh menaiki Mass Rapid Transit (MRT) dan berhenti di stesen MRT Semantan yang berjarak kurang 10 minit untuk ke MITEC. Dari MRT Semantan, anda keluar melalui Pintu B dan cari bas pengantara MRT iaitu bernombor T821.

Tambang Biasa - RM1.00 setiap perjalanan
Tambang Konsesi - RM0.50 setiap perjalanan
Bas Pertama - 5.30 pagi / Bas Terakhir 11.30 malam. (Untuk Festival Absolut Bazaar X Gaya Raya pasti 4 hari bas pengantara disediakan. Doakan okay?)
Kekerapan - 10 minit - 15 minit*

Berkuat kuasa 1 Februari 2019 Bas Pengantara MRT hanya menerima mod pembayaran tanpa tunai. Anda boleh membayar tambang bas menggunakan kad Touch n’ Go.

JOM KE ABSOLUT BAZAAR X GAYA RAYA! 


Semestinya acara ini bakal menjadikan festival raya kali ini lebih bermakna. Mahu mencari barang keperluan untuk menyambut Aiditfitri? Absolut Bazaar X Gaya Raya adalah FESTIVAL RAYA 2022 TERBESAR di MITEC. Masuk dalam jadual anda 22 April sehingga 25 April 2022 ini! Festival selama 66 jam tanpa henti ini pasti menjanjikan sesuatu untuk Aidilfitri kali ini. Menabung dari sekarang!  

Ruby sudah kumpul beberapa maklumat untuk memudahkan kunjungan anda. Semoga ia bermanfaat. Jika ada sebarang perubahan, Ruby akan kemaskini dari masa ke semasa!

Jumpa anda semua di Absolut Bazaar X Gaya Raya! 

إرسال تعليق

1تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Memang bestlah kalau pi Bazar raya ni, tahun ni semua dah di bolehkan.. antara nak dengan tak je pergi.. yang penting patuh SOP..

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !