CABARAN 12 JAM SYRIA BERSAMA INTEAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA

CABARAN 12 JAM SYRIA BERSAMA INTEAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA

Ruby
1
CABARAN 12 JAM SYRIA BERSAMA INTEAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA |  Assalammualaikum semua! Ruby teruja ingin berkongsi Misi Bantuan Kemanusiaan yang akan dilaksanakan oleh Ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Inteam. Ia bakal berlangsung pada 18 Februari 2022 jam 11 Pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah pada hari Jumaat yang penuh barakah ini dimanfaatkan dengan perkara-perkara baik.

Buat pengetahuan anda semua, Penyanyi Nasyid Inteam masih dalam perjalanan ke Syria. Mereka akan terus melakukan Cabaran Syria 12 Jam apabila semuanya sudah sedia. Dijangka jam 11 pagi Malaysia semuanya akan LIVE. 

Kita semua boleh mengikuti secara langsung di Facebook atau anda boleh mengikuti cabaran tersebut melalui hashtag #Cabaran12JamSyria dan #12HoursWithSyria.

Jom kita doakan semoga program ini berjalan lancar dan dipermudahkan urusan mereka semua di sana. InsyaAllah.

CABARAN 12 JAM SYRIA BERSAMA INTEAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA


Ikon Pertubuhan Peduli Insan Malaysia, Inteam yang juga merupakan kumpulan nasyid negara telah bertolak ke Syria bagi menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Musim Sejuk Syria Siri 10

Inteam, yang diwakili oleh Hazamin, Rahim dan Syahril akan melancarkan kempen Cabaran 12 Jam Syria pada 18 Febuari 2022 di mana mereka akan cuba tinggal di dalam sebuah khemah di kem pelarian yang terletak di wilayah utara Syria dan merasai sendiri suasana cuaca yang sejuk dan sukar di sana.

“Cabaran 12 Jam Syria adalah inisiatif bersama di antara Pertubuhan Peduli Insan Malaysia dan Inteam untuk berkongsi secara telus dan terus tentang realiti kehidupan sebagai seorang pelarian di Syria.” Ujar Syahril merangkap ketua kumpulan Inteam.

“Cabaran ini akan dilaksanakan bermula dari pukul 11 pagi sehingga 11 malam waktu tempatan melalui siaran secara langsung (Facebook LIVE) di akaun rasmi Facebook Inteam @officialinteam dan cabaran ini bertujuan untuk mengumpul dana sebanyak RM1,000,000.” Tambah beliau lagi.


Ditanya mengenai ke mana dana ini akan disalurkan, Hazamin menjawab “Sumbangan yang terkumpul semasa cabaran ini akan disalurkan terus di dalam bentuk bantuan berupa bakul makanan, set hidangan panas, alat pemanas serta bahan bakar, selimut dan set pakaian musim sejuk kepada 100,000 pelarian Syria.” 

CABARAN 12 JAM SYRIA BERSAMA INTEAM MISI BANTUAN KEMANUSIAAN MUSIM SEJUK SYRIA



Hazamin yang pernah mengikuti Misi Bantuan Kemanusian Musim Sejuk bersama Peduli Insan di Syria pada tahun lepas turut menyatakan kesyukuran kerana tahun ini anggota Inteam yang lain turut dapat sama-sama menyertai misi kali ini dan akan melihat sendiri situasi kesukaran di kem-kem pelarian di Syria.

Beberapa selebriti tanah air juga akan turut menyertai Cabaran 12 Jam Syria sebagai tetamu istimewa secara atas talian seperti Dr. Fitri Haris, Mawi, Hafiz Hamidun, Fedtri Yahya, Dato’ Sri Mahadi, Bob Lokman, Ustaz Syamsul Debat dan ramai lagi. Ini adalah tanda solidariti serta sokongan terhadap krisis yang dihadapi oleh pelarian Syria yang telah berlarutan selama hampir 11 tahun.

Serentak dengan Cabaran 12 Jam Syria ini juga, Inteam akan turut melancarkan single terbaru kerjasama dengan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia berjudul Selimut Kasih. Single ini akan berada di platform-platform digital manakala muzik videonya akan turut dirakamkan di beberapa lokasi di Syria.


“Kami sangat berharap semua pihak tampil menyatakan sokongan terhadap pelarian-pelarian Syria dengan berkongsi maklumat mengenai kempen ini melalui sosial media dengan menggunakan tanda pagar #Cabaran12JamSyria #12HoursWithSyria.” Ujar Rahim Inteam.

LIVE SECARA LANGSUNG CABARAN 12 JAM SYRIA




Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam bernombor 07043011061824 yang didaftarkan di bawah nama Pertubuhan Peduli Insan Malaysia atau melalui laman web rasmi Peduli Insan www.peduliinsan.org.
Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Semoga urusan di permudahkan. Dah kerap tengok iklan-iklan pasal bantuan ke Syria ni dalam Facebook. Kami memberi sokongan padu..

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !