SAMSUNG GALAXY S22 ULTRA GABUNGAN SIRI NOTE DAN SIRI S ADALAH KEMUNCAK REKABENTUK PREMIUM

SAMSUNG GALAXY S22 ULTRA GABUNGAN SIRI NOTE DAN SIRI S ADALAH KEMUNCAK REKABENTUK PREMIUM

Ruby
0

Assalammualaikum semua! Ramai telah mengetahui tentang Galaxy S22 Ultra dari Samsung. Ia adalah telefon yang dinantikan kerana ia mengembalikan pengalaman mudah alih dengan menggabungkan ciri terbaik pada siri Note dan S. Fungsi kamera, prestasi dan ketersambungan terbaik yang tersedia pada telefon pintar Galaxy yang tiada tandingannya. 

SAMSUNG GALAXY S22 ULTRA GABUNGAN SIRI NOTE DAN SIRI S ADALAH KEMUNCAK REKABENTUK PREMIUM

Samsung Electronics Co., Ltd. kini memperkenalkan Galaxy S22 Ultra, peranti mercu terbaru dalam siri Galaxy S. Peranti ini menggabungkan legasi daripada dua siri peranti pintar Samsung iaitu siri Note dan siri S dimana hasilnya bakal mentakrifkan semula maksud peranti mudah alih yang berprestasi premium. Menampilkan ciri-ciri seperti S Pen terbina, keupayaan Nightography dan video termaju serta hayat bateri yang panjang dan mampu bertahan lebih dari sehari, Galaxy S22 Ultra adalah peranti rekaan Samsung yang betul-betul Ultra.

“Di Samsung, kami sentiasa terdorong untuk meningkatkan kualiti pada peranti premium kami, kata TM Roh, Presiden dan Ketua Perniagaan MX (Mobile eXperience) Samsung Electronics. “Dengan Galaxy S22 Ultra, kami telah menyepadukan fungsi terbaik Galaxy Note, seperti stylus S Pen,dengan ciri-ciri siri S yang digemari ramai. Dengan ini kami berjaya menawarkan suatu pengalaman peranti mudah alih yang sesuai dengan pelbagai mod penggunaan, dari keupayaan mencipta kandungan sehingga ke keperluan prestasi pemprosesan tinggi. Pengalaman pengguna yang ditawarkan menerusi peranti ini bukan sahaja unik malah menetapkan piawaian baharu bagi rekabentuk telefon pintar yang terkini.”

TELEFON SIRI S SAMSUNG YANG PALING PERKASA

Buat pertama kalinya, S Pen yang digemari pengguna Note akan hadir bersama peranti siri S. Berkat S Pen yang meneruskan legasi produktiviti dan keterciptaan yang dipelopori siri Galaxy Note, Galaxy S22 Ultra ternyata melangkaui batasan kemampuan segala peranti mudah alih yang sebelumnya. Lebih-lebih lagi, S Pen telah ditambahbaik, menjadikannya lebih pantas dan lebih responsif. Dengan masa pendam 70% lebih rendah berbanding model sebelumnya, anda kini boleh meneroka kreativiti anda dengan sepenuhnya pada keseluruhan paparan S22 Ultra anda.

Rekabentuk luaran Galaxy S22 Ultra juga menjunjung penampilan telefon ini ke aras peranti Samsung yang paling mewah. Kontur bentuk yang sekian lama dikaitkan dengan keanggunan binaan Galaxy Note kini hadir pada S22 Ultra, dilengkapkan lagi dengan kemasan ‘haze finishing’ dan kanta kamera yang bersepadu dengan bingkai logam telefon. Galaxy S22 Ultra hadir dalam empat pilihan warna yang berilhamkan alam semula jadi, termasuk Phantom Black, Phantom White, Green dan, yang terkini untuk S22 Ultra, Burgundy.

PENGALAMAN KAMERA REVOLUSIONER, DARI SIANG SEHINGGA KE MALAM 

Penggambaran foto atau video di bawah pelbagai keadaan pencahayaan tidak lagi menjadi masalah dengan ciri penggambaran revolusioner ‘Nightography’ yang turut hadir pada kesemua peranti siri Galaxy S22. S22 Ultra dilengkapi dengan sensor kamera berukuran 2.4um; sensor ini bukan sahaja merupakan yang terbesar pernah terbina dalam peranti Samsung malah khusus direka untuk memudahkan penggambaran dalam suasana pencahayaan malap. 

SAMSUNG GALAXY S22 ULTRA GABUNGAN SIRI NOTE DAN SIRI S ADALAH KEMUNCAK REKABENTUK PREMIUM

Dipadankan dengan lensa Super Clear Glass S22 Ultra, kandungan rakaman anda dijamin lebih cerah, tanpa silauan, bermaya dan kaya dengan butiran halus. Tambahan lagi, ciri Auto Framing juga hadir untuk memudahkan rakaman video secara berkumpulan sehingga ke 10 orang.

Kamera Galaxy S22 Ultra ini juga terbina dengan kecerdasan AI yang membolehkan hasil penggambaran yang setara dengan tangkapan gambar menerusi kamera DSLR. Selain daripada kemampuan zum Space Zoom sehingga 100x kali ganda, Galaxy S22 Ultra bukan sahaja memberi anda pilihan untuk merakam gambar dalam format RAW sehingga ke 16bit, malah menawarkan akses eksklusif kepada aplikasi Expert RAW yang penuh dengan pelbagai alatan penyunting. 

Bagi pengguna yang berkecenderungan melakukan penggambaran secara profesional, Galaxy S22 Ultra turut menawarkan pelbagai kawalan kamera seperti tetapan ISO, kelajuan pengatup, imbangan putih dan juga kemampuan fokus secara manual - persis seperti sebuah kamera DSLR.

KUASA DAN PRESTASI TANPA BATAS

Galaxy S22 Ultra disokong dengan pemproses 4nm yang julung kali terbina dalam telefon pintar Galaxy. Pemproses ini khas meyokong teknologi AI dan ML terkini untuk mengoptimumkan segala keperluan seharian anda - tidak kira sama ada anda sedang bekerja, beriadah, menstrim rancangan kegemaran ataupun ketiga-tiganya sekali! Peranti ini juga menampilkan Wi-Fi 6E yang mempunyai kecekapan dua kali ganda berbanding sambungan Wi-Fi 6. Lakukan apa sahaja dengan cekap kerana bateri Galaxy SS2 Ultra yang lasak mampu bertahan lebih daripada sehari dengan hanya sekali cas.

SAMSUNG GALAXY S22 ULTRA GABUNGAN SIRI NOTE DAN SIRI S ADALAH KEMUNCAK REKABENTUK PREMIUM

Galaxy S22 Ultra juga menawarkan pengecasan super-pantas 45W di mana dengan hanya berbekalkan cas 10 minit, anda dapat kuasa yang cukup untuk merakam video sepanjang 50 minit. Paparan 6.8-inci, Dynamic AMOLED 2X Galaxy S22 Ultra juga optimal bagi mereka yang lazim menikmati mahupun mencipta kandungan. Dengan penampilan skrin yang mencapai kecerahan puncak 1,750nits, sebarang kandungan yang terpapar dijamin jelas dan penuh bermaya. 

Lebih-lebih lagi, teknologi Vision Booster yang melaraskan kecerahan skrin mengikut kesesuaian pencahayaan akan memastikan anda kekal menerima paparan terbaik walaupun di bawah terik matahari. Selaras dengan jaminan kami untuk memberikan pengalaman pengguna yang terunggul, keseluruhan siri Galaxy S22 turut akan disokong kemaskini OS Android sehingga ke empat generasi peranti.

Dengan ini, jutaan pengguna peranti Galaxy di seluruh negara akan dilindungi oleh ciri keselamatan terkini, disamping menikmati prestasi produktiviti dan ciri peranti terkini untuk tempoh masa yang lebih lama. Samsung berazam akan mengembangkan usaha ini ke seluruh barisan produk kami untuk memanfaatkan pengguna merentas ekosistem Galaxy.

PERLINDUNGAN SEKURITI YANG MENYELURUH

Siri Galaxy S22 dilindungi oleh platform keselamatan Knox Vault yang berfungsi mengasingkan data sensitif anda - seperti kata laluan, biometrik atau kekunci Blockchain - daripada sistem pengendalian telefon utama dengan menggunakan pemproses dan memori khusus. Sistem keselamatan yang menyeluruh ini membolehkan pengguna mengawal segala aplikasi yang mengakses data ataupun kamera anda hanya dengan merujuk kepada antaramuka privasi One UI. 

Selain itu, siri Galaxy S22 juga terbina dengan ciri-ciri keselamatan baru, termasuk ARM microarchitecture yang berfungsi mencegah serangan atas talian ke atas sistem pengendalian dan memori peranti anda. Siri Galaxy S22 juga membawa Samsung Wallet, suatu kemudahan dompet atas talian bersepadu yang boleh digunakan untuk menyimpan kad pengenalan, tiket perjalanan, pelbagai lesen, dan kunci digital milik pengguna.

KEKAL TERHUBUNG DENGAN GALAXY ECOSYSTEM

Selain daripada siri peranti Galaxy S22, Samsung juga akan memperkenalkan siri tablet serba baharu bersama-sama dengan ciri teknologi Galaxy Watch4 yang telah dikemaskini. Siri Galaxy Tab S8 - termasuk Tab S8, Tab S8+ dan Tab S8 Ultra – adalah siri tablet Samsung yang paling berkeupayaan serba boleh dan direka khas untuk mendukung gaya hidup kini yang selalu berhubung.

SAMSUNG GALAXY S22 ULTRA GABUNGAN SIRI NOTE DAN SIRI S ADALAH KEMUNCAK REKABENTUK PREMIUM

HARGA SAMSUNG GALAXY S22 ULTRA

Galaxy S22 Ultra akan dijual secara meluas menerusi laman web Samsung, syarikat rangkaian telekomunikasi utama dan pengedar dalam talian. Pilihan warna dan memori bagi peranti tersebut adalah seperti berikut:

  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB: RM 5,899 Phantom Black, Phantom White Green, Burgundy
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB: RM 5,499 (Phantom Black, Phantom White, Green, Burgundy)
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB: RM 5,099 (Phantom Black, Phantom White Green, Burgundy)

Kesemua peranti dalam siri Galaxy S22 akan diliputi perlindungan Samsung Care+ 15 , perkhidmatan sokongan untuk sebarang kerosakan tidak sengaja, pembaikan dan banyak lagi. Sila layari https://www.samsung.com/my/, http://www.samsungmobilepress.com, https://news.samsung.com/my/ atau https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s22-ultra/buy/ untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy S22 Ultra.

إرسال تعليق

0تعليقات

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !