Gaya Hidup Lebih Aktif Bersama Galaxy Watch4

Gaya Hidup Lebih Aktif Bersama Galaxy Watch4

Ruby
7

Gaya Hidup Lebih Aktif Bersama Galaxy Watch4 | Assalammualaikum semua! Banyak telah berlaku sepanjang kita duduk dengan selamat di rumah dan patuh SOP sepanjang Pandemik COVID-19. Dari Pandemik, kita mula bersedia untuk Endemik. 

Kita mula menyesuaikan diri. Demi menghargai kehidupan yang masih berbaki. Apabila kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa individu lengkap dan matang vaksinasi boleh keluar makan, beriadah dan melakukan aktiviti sukan seperti biasa. Ruby adalah orang yang paling bersyukur.

Hampir dua tahun tidak bergiat aktif dalam larian. Malah tiada aktiviti di rumah yang memberi kepuasan degupan jantung untuk terus berlari. Al maklumlah rumah pangsapuri kan. Hehehehe. Masih ingat lagi artikel https://www.ruby.my/2021/09/galaxy-watch4-bluetooth-pink-gold.html ? Kali ini Ruby ingin berkongsi dengan lebih lanjut. Semoga bermanfaat!


Gaya Hidup Lebih Aktif Bersama Galaxy Watch4 


Jam kesihatan sememangya pilihan Ruby untuk memakai ia setiap hari. Ramai yang meminati jam tradisional yang nengetengahkan elemen klasik. Namun, pada zaman ini. Ruby lebih meminati jam kesihatan holistik Galaxy Watch4. 

Ia membantu Ruby untuk mengesan aktiviti harian, kawalan stress, mengenali gaya hidup, memberi analisa gaya tidur dan paling penting adalah notifikasi dari telefon pintar yang telah kita sambungkan dengan jam terus terpapar di jam kesihatan Galaxy Watch4.


Kini, Ruby boleh melakukan kesemua aktiviti harian sambil memantau prestasi diri. Pada kebiasaannya ramai yang hanya rajin menyemak berat badan terkini. Hakikatnya, kita perlu seimbanh dari segi diet pemakanan, minum air kosong secukupnya dan bergiat aktif mengeluarkan peluh. Apa sahaja aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh, sangat membantu untuk mengurangkan stress dan kemurungan. Cubalah. 

Ramai juga beranggapan, tiada jam kesihatan pun tidak mengapa. Telefon pintar sahaja sudah memadai. Pada pendapat Ruby, apabila anda mengasingkan tugas sesuatu peranti. Peranti boleh menjalankan tugas dengan lebih efisen. Bayangkan kita hanya bergantung dengan telefon pintar. Bateri pasti cepat habis dan peranti anda panas.

Nasihat Ruby, asingkan penggunaan peranti agar anda juga tidak berasa gaya hidup aktif ini membebankan. Okay?


Reka Bentuk Futuristik Galaxy Watch4


Semasa Ruby memakai Galaxy Watch4 ni. Ia seperti sepi dari memaparkan apa sahaja notofikasi. Ruby juga sejenis introvert tidak suka menunjuk-nunjuk. Namun, Galaxy Watch4 ini sudah memiliki keunikannya. Ramai memerhati dan bertanya. 

Lawa jam!

Ruby melihat pada jam Galaxy Watch4 dan terfikir bagaimana mereka tahu ia jam baharu dan dari Samsung? 

Hebat betul Aura Samsung ni. Hehehe.


Lihat secara dekat, tali berwarna pink pastel dan besi bracket berwarna pink gold. Ia bersesuaian untuk semua jenis warna kulit dan anda bebas menggayakannya semasa bersukan atau bersantai. Cun kan?


Apa Yang Anda Dapat Dengan Galaxy Watch4 RM 899.


Ruby telah menggunakan pelbagai jam kesihatan. Dari harga paling murah sehingga paling mahal. Pasti anda boleh meneka apakah jenama tersebut. Hehehe. Galaxy Watch4 tiada tandingannya. Dengan memilikinya, anda akan secara automatik bersama menikmati teknologi inovasi Samsung.

Samsung-rian sudah mengalaminya dan memanfaatkannya. Kini giliran anda pula. Diantara fungsi Galaxy Watch4 yang Ruby hargai sangat adalah:

  • Sudah semestinya waktu semasa. Jam berapa sekarang? Hehehe.


  • Notifikasi panggilan telefon.
  • Notifikasi mesej.
  • Notifikasi aplikasi WhatsApp
  • Samsung Health (Health Summary, Daily Activity, Water Intake, Women's Health, Multi-Workouts, Blood Oxygen, Sleep, Body Composition, Stress dan Food.
  • Media Controller
  • Calendar
  • Buds Control
  • Alarm
  • Contacts
  • Weather
  • Quick Panel untuk akses ke bahagian volume jam, lampu suluh jam, bedtime mode di telefon pintar, water lock, location, find my phone dan macam-macam lagi.
  • Aplikasi lain juga boleh diakses di bahagian Apps Galaxy Watch4. Anda boleh akses aplikasi Strava, Bixby, Samsung Pay, Camera Controller dan lain-lain di sini. 


Galaxy Watch4 Best Friend Anda!



Ya betul, Galaxy Watch4 sudah menjadi teman baik Ruby. Setiap hari mesti pakai. Walaupun hanya berada di rumah, ke pasar, ke kedai, ambil parcel di lobi rumah atau memandu kenderaan. Ia pelengkap untuk bantu kita menjaga masa dengan lebih teratur. Tanpa disedari, hari kita lebih bermakna dan produktif. 

Dapatkan siri Galaxy Watch4 sekarang untuk gaya hidup lebih aktif. 

Tonton bagaimana Galaxy Watch4 Series menghidupkan ekspresi diri dalam video di bawah:

https://youtu.be/yKXnKlmPhM0

To learn more the Galaxy Watch4 series, kindly visit:

Galaxy Watch4: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-silver-bluetooth-sm-r860nzsaxme/

Galaxy Watch4 Classic: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-classic-black-bluetooth-sm-r880nzkaxme/

Catat Ulasan

7Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Kenapa lawa betul ye. Rawlins pakai yang epal nie. Tapi macam teringin plak lepas tengok Ruby pakai. Takkan nak pakai kedua2 tangan nie

    BalasPadam
  2. Memang cantik betul tengok jam Galaxy Watch 4 Samsung tu kak, lagi-lagi colour pink tu memang colour fav Qeela tu yg lagi tertarik tu haha! Indeed bagi Qeela, smart watch pun dah sama penting pemakaian & kegunaannya pada kita sepertimana smartphone, lagi pelbagai fungsi yg disertakan lagi bagus, contohnya bacaan oksigen, kadar degupan dan pelbagai lagi tu kan. Samsung antara brand yang bagus bagi yg tgh berkira2 nak beli smart watch ❤️

    BalasPadam
  3. Best plak nengok Galazy4 Watch ni.. suka design bolat dia tu laa, comell.. bagus ni untuk catat kesihatan kita.. ingat nak bukak balik laa samrtwatch kita tu, nak cas balik..paling malas betul nak cas hahahahaha

    BalasPadam
  4. Cantiklah kaler rose gold macam ni nampak soft je dengan pemakai nya hehehe. Fafa suka jugak pakai jam macam ni. Lagi2 kalau part pickup call .. stylo just cakap thru jam tu heheh

    BalasPadam
  5. Design sangat cantik kena dengab jiwa wanita yang gah dan berani serta ciri-ciri yang makin maju sekarang ni Samsung rasa mcm nak kembali balik pada penggunaan Samsung lak ..

    BalasPadam
  6. cunlaaaa berkenan akk tgk. suka gadget yg sangat praktikal.. esp boleh guna utk kelihatan fit

    BalasPadam
  7. Omg cantik betul la ruby plak2 pair dengan flip phone tu..tergodanyaaaa i omg!

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !