Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org

Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org

Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org | Assalammualaikum semua! Permainan video seharusnya mudah, menyeronokkan dan merangsang perkembangan otak. Betul bukan? Pasti ramai yang merindui permainan video zaman 80-an / 90-an. Ketika itu, bermain game tiada istilah persaingan. Kita bermain untuk keseronokan. 

Malah, apabila diingat kembali ketika itu permainan video dimain mengikut garis masa yang bersesuaian. Kebiasaannya ibu Ruby akan beri green light setelah selesai kerja sekolah, pada cuti hujung minggu atau ketika perjumpaan bulanan seisi keluarga kami. Ruby masih ingat memori ketika itu. Para ibu bapa saudara akan bersembang dan makan-makan, manakala anak-anak gilir-gilir bermain permainan video. Hanya dua unit game controller sudah memadai. 


Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org


Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org



Paling Ruby terkesan dan merindui ketika bermainan video game adalah gelak ketawa dan keseronokan bermain bersama. Nostalgia sungguh apabila teringat. Jika penat bermain, pasti akan ada yang boleh meneruskan game tersebut sehingga tamat.

Anda tahu tak, Ruby ada terjumpa laman web Plays.org. Semasa buka laman web ini, Ruby terkesima melihat poster mereka. 

Eh semua itu watak permainan game masa aku kecil! 


Bayangkan, pada usia 34 tahun ini membuka laman web tersebut. Nostalgia sangat tau! Ruby buka website ni, terus Adam dan Alif kerumun meja kerja Ruby. Ibu! Website apa tu? Ibu tak kerja eh? Main game!

Hahaha! Semberono je anak-anak ni. Ruby pun cakap kepada mereka, ibu nak release stress sekejap. Nak main game PinBall kejap. Mereka tengok Ruby main Mousetrap. Punyalah gembira mereka nampak Tom & Jerry. 

Seterusnya, Ruby bangun dari kerusi kerja untuk sediakan makanan tengahari. Mereka berdua pula pergi homepage Plays.org dan tengok game apa yang ada. Amboi-amboi pandai betul dua beradik ni. 

Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org


Permainan Diinspirasikan Dari Retro Game


Menampilkan permainan video percuma untuk semua lapisan masyarakat. Di Plays.org terdapat beberapa kategori permainan. Mereka menyediakan Arcade Classics, Awe Shoot, Cartoon Games, Comics Game, Education, Solitaire, Sports Game, Retro Pixels, PinBall, Base Defense dan Simulations Games. 

Jika anda tidak berminat untuk mencari game melalui kategori, anda boleh klik NEW GAME untuk melihat senarai permaianan game terkini. Selain itu, anda boleh juga bermain game secara RANDOM. Nanti anda boleh cuba bermainan game tersebut. Jangan bimbang, setiap permainan game di Plays.org ada tips How To Play di bahagian bawah.


Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org

Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org

10 Keunikan Plays.org


  • Tidak Perlu Login

Pada masa kini, permainan game sama ada di dalam talian, melalui telefon pintar atau konsol permainan video. Mesti wajib mendaftar username dan password. Jika tidak mencipta melalui email, anda boleh perlu register dengan akaun media sosial. Perkara ini membuatkan kita secara automatik mendaftar. Bagaimana dengan pemain game bawah umur? 

Media sosial tidak sepatutnya di akses oleh mereka. Jadi, akaun ibu bapa pula perlu digunakan. Kemudian, notifikasi game akan mengganggu kehidupan harian kita yang perlu fokus kepada karier pekerjaan dan tanggungjawab kepada keluarga. Jika anda berasa terganggu, jom main di Plays.org.

  • PERCUMA

Anda tidak perlu bimbang, kesemua permainan video yang disediakan di laman web ini adalah percuma! 

  • Tiada Iklan

Iklan sememangnya penting untuk kelestarian sesuatu laman web. Tambahan pula untuk permainan video game. Namun, laman web ini ingin memberi keseronokan maksimum kepada pengguna. Agar anda boleh fokus bermain pada bila-bila masa dan dimana-mana. Tiada iklan terpapar! Bagus kan?

  • Tidak Perlu Muat Turun

Permainan video seharusnya mudah. Anda hanya perlu taip url Plays.org sahaja. Terus anda akan dipaparkan dengan koleksi Retro Game. Pilih mana-mana game yang anda ingin main. Siap! Terima kasih kerana domain laman web ini mudah dan pendek! Hehehe.

  • Tiada Bayaran Yang Diperlukan

Kadang-kadang, ada permainan yang PERCUMA tetapi apabila untuk mara ke level seterusnya. Kena bayar pula! Terus spoil mood kita yang sedang swing. Di Plays.org anda tidak perlu bimbang. Bermainlah sepuasnya!

  • Laman Web Dibina Dengan JavaScript Ringan

Walaupun anda mengguna telefon pintar atau komputer untuk akses ke Plays.org. Sama ada anda menggunakan WiFi atau data internet pembekal perkhidmatan TELCO. Tiada gangguan slow atau lag semasa permainan. Apabila anda masuk laman web untuk jangka masa yang lama, ia menjadikan permainan berikutnya lebih pantas. 

  • Boleh Bermain Dimana-Mana

Jika anda bimbang permainan tidak dapat diakses disebabkan data internet yang perlu dijimatkan. Anda boleh cuba tips ini. Buka laman web Plays.org dan pilih game kegemaran anda siap-siap dari rumah menggunakan WiFi. Simpan browser khas untuk Plays.org. Ruby selalu buat macam ini. Jimat banyak!

  • Koleksi Permainan Yang Terus Berkembang

Sejak Plays.org dilancarkan pada awal tahun 2021 ini, mereka telah menerbitkan ratusan permainan di laman web. Anda akan nampak NEW GAME dimasukkan di bahagian tab di home page. Best kan?

Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org

  • Boleh Di Akses Oleh Sesiapa Sahaja

Menjadi kerisauan kepada ibu bapa apabila anak-anak mengakses apa sahaja permainan video game dalam talian. Melalui pengalaman Ruby, Ruby lega menjumpai Plays.org. Pemantauan tidak perlu terlalu kerap. Anak-anak juga enjoy tanpa ibu bapa asyik mengawal mereka. Hahaha. 

Nostalgia Retro Game Kembali Di Plays.orgNostalgia Retro Game Kembali Di Plays.org

  • Tiada Paparan Permainan Video Game Yang Mencolok Mata

Jangan bimbang! Plays.org sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Mengeluh Ruby apabila melihat permainan video game pada zaman sekarang. Semuanya seksi. Anak-anak baru berusia 5 dan 7 tahun. Pakaian dalam game online pun boleh nampak seksi, malah seakan-akan separuh bogel. Pendidikan awal tentang aurat amat penting. 

Agar menjaga penglihatan mereka. Nanti anak-anak menganggap ia perkara biasa untuk melihat lurah payudara, six packs perut lelaki, peha lelaki dan wanita. Walaupun hanya permaianan video. Kita sebagai ibu bapa perlu mendidik anak-anak. Jika anda ada kebimbangan seperti Ruby, main di Plays.org sahaja. Okay?

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua pembaca! Anda sudah mencuba Plays.org? Apa pendapat anda? Kongsikan di ruang komen di bawah. 

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Menarik betul dah la percuma takda iklan pulan tu. Memang mengundang kita nak mengadap game ni hehehe sambil2 hilangkan stress kerja

    BalasPadam
  2. Dah shared info pasal Plays.org with my sisters. Siap ingatkan diorang untuk buat jadual bagi anak-anak saudara main games.

    BalasPadam
  3. menarik! sebab tak perlu muat turun. so bila nak main terus buka dan main

    BalasPadam
  4. Mengilerr weii main game ni, sekali kalau dah main, susah nak stop, lagi plak ada banyak gamenya, memang satu-satu Sis ko belek dan main, bosan je tukar lain hahahaha

    BalasPadam
  5. Anak akak suka main game dekat sini. Dia main yang suitable utk kid punya. Punyalah ralit main...hihi

    BalasPadam
  6. Amboi seronoknya budak-budak tu main ye. Kitorang yang dah hampir tua ni boleh main juga ke..haha.

    BalasPadam
  7. Akak dah try memang best , syok main lagipun game santai2 jer, Jangan katakan budak yer mak budak pun main sama game2 kat sini. Banyak pilihan pun yer jugak.

    BalasPadam
  8. Thanks for sharing this i m going to check out these free games and intro to my nephews

    BalasPadam

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.