GROCER MAT Prima Sri Gombak Kini Dibuka! Harga Borong, Segar Dan Halal

GROCER MAT Prima Sri Gombak Kini Dibuka! Harga Borong, Segar Dan Halal

Ruby
16
GROCER MAT Prima Sri Gombak Kini Dibuka! Harga Borong, Segar Dan Halal | Assalammualaikum semua! Pagi tadi Ruby berkesempatan ke Pasaraya GROCER MAT yang terletak di Prima Sri Gombak. 

Lokasi ini mudah diakses kerana ia adalah kawasan tumpuan orang ramai dan Ruby juga sering ke kawasan ini untuk makan-makan, beli buku dan melaksanakan urusan perbankan. Hot spot bak kata orang ramai. Hehehe. 

GROCER MAT Prima Sri Gombak menjadi tumpuan komuniti di Gombak kerana mereka memberi jaminan bahawa pasaraya ini akan menjual dengan Harga Borong, Segar dan Halal. 

GROCER MAT Prima Sri Gombak Kini Dibuka! Harga Borong, Segar Dan Halal




Semasa Ruby ke GROCER MAT, hujan renyai-renyai mula menjelma. Kemudian berterusan ke hujan lebat. Ruby ada cek ramalan cuaca untuk 29 September 2021, hujan ribut dan petir. Memandu cermat je hari ni. Jalan raya licin dan pandangan tak berapa jelas. Berkabus juga tadi.

Lokasi Stratergik GROCER MAT memudahkan ramai pengunjung untuk membeli belah. Kawasan di Prima Sri Gombak mempunyai banyak fasiliti kemudahan awam. 

Parking PERCUMA tersedia untuk pengunjung Prima Sri Gombak. Walaupun banyak kenderaam, ramai juga yang melakukan urusan dengan cepat. Memandangkan kita di zaman pandemik wabak COVID-19. Kita wajib patuh SOP dan menjaga jarak fizikal dengan sebaiknya. Walau dimana pun anda berada. 

Walaupun pembukaan hari pertama sudah sibuk. Para pekerja bersedia melayani pertanyaan pelanggan. Membantu pelanggan dan cuba melaksanakan dengan pantas proses menimbang, menyiang ikan serta ayam dan segera mengisi semula barang-barang.

Sedar tidak sedar. Penuh troli Ruby membeli barang dapur. Membeli belah di GROCER MAT sangat selesa. Jarak di antara barang-barang dan pengunjung memudahkan kita meluangkan masa memilih buah-buahan dan sayuran. Ruby suka apabila pasaraya tidak sempit. Anda tahu tak, sayuran dan buah-buahan segar ini dari Cameron Highlands? Memang seronok membeli barang keperluan memasak di GROCER MAT. Segar-segar belaka!

Jumlah keseluruhan RM 52.55 sahaja. Berbaloi-baloi sangat. Tiga bag plastik ku bawa pulang. Lupa nak bawa shopping bag! Sebab tak plan nak ke pasar. Waktu hujan pula kan. Kahkahkah. 

Apa Itu GROCER MAT?


Patuh syariah, selesa dan murah, tiga elemen penting mengapa orang ramai perlu beralih tumpuan, sekaligus memilih GROCER MAT, Prima Sri Gombak sebagai lubuk membeli barangan basah!

Berani hadir di saat pemulihan negara yang kini dalam fasa Endemik COVID-19, pasaraya 100% pemilikan bumiputera ini menawarkan premis yang luas serta suasana berbelanja yang selesa dengan tawaran harga jauh lebih murah setanding pasar borong.

Dari kiri, Ruby bergambar bersama Datin Freida Jihan binti Abdul Kadir dan Dato' Fathiri Fadzlah. Suami isteri yang berjaya menguruskan perniagaan bersama-sama. Tahniah Ruby ucapkan! Bangga melihat pencapaian mereka dalam perniagaan pasaraya. 

Dimiliki oleh Fathiri Fadzlah Holdings Sdn Bhd, pengasas GROCER MAT, Dato' Fathiri Fadzlah, 43, berkata "langkah berani yang diambilnya ini bukanlah secara semberono tetapi berdasarkan ilmu, kecekalan serta pengalaman yang sudah terlebih dahulu ditempuh ketika beliau mempelopori pelbagai cabang perniagaan sebelum ini termasuklah bidang pendidikan, pelancongan, logistik, perlombongan dan produk."

Berasal dari keluarga pendidik, usahawan bumiputra yang juga merupakan lulusan dari salah sebuah institusi pendidikan guru ini berkata, setiap kejayaan yang pernah ditempa adalah hasil dari dorongan kedua orang ibu bapanya yang tidak cuma mementingkan soal keuntungan semata dalam berniaga tetapi juga kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada agama dan anak bangsa.


GROCER MAT yang bertempat di Prima Sri Gombak dan beroperasi sepenuhnya bermula 29 September ini menyediakan lebih dari 80 jenis sayuran segar dan sebanyak 40 jenis bagi barangan basah, seperti ikan dengan tawaran harga yang tidak mampu didapatkan di mana mana pun. Dato' Fathiri turut menekankan antara sebab GROCER MAT mampu menjual dengan harga murah ialah dengan membuat pembelian secara pukal dari pembekal.


“Perlu ada kepercayaan dan persefahaman yang jelas dengan pembekal, yakni mereka perlu tahu akan matlamat dan pelan jangka panjang sesebuah pasaraya. Misalnya memberikan harga lebih rendah bagi pasaraya yang membeli dengan kuantiti yang besar dan secara berterusan. 
Sasaran jangka panjang saya ialah untuk memperbanyakkan lagi pasaraya GROCER MAT hingga ke 2000 cawangan menjelang 2025. Cawangan seterusnya akan dibuka pada bulan Disember tahun ini di Bandar Seri Putra.

Apabila sudah berada di tahap itu, GROCER MAT secara tidak langsung dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk orang ramai dan yang lebih utama, membantu menjana ekonomi anak bangsa. 
Seiring berjalannya waktu, antara impian lain saya untuk GROCER MAT ialah agar ianya dapat berkembang pesat hingga mampu menyediakan peluang pelesenan bagi mereka yang berminat membuka rangkaian GROCER MAT dengan modal yang berpatutan.

Kepada usahawan yang ingin menceburi perniagaan bersama GROCER MAT, mereka hanya perlu mengeluarkan kos untuk menyediakan premis manakala pihak GROCER MAT akan menyediakan barangan jualan secara pinjaman. 
Jika tidak, pengusaha bukan saja menanggung kos sewa dan pengubahsuaian kedai, malahan mereka terpaksa membayar secara tunai barang jualan yang tinggi kepada pembekal,” katanya.

Usahawan Bantu Usahawan


Menyasarkan dua golongan pembeli iaitu mereka yang membeli untuk keperluan rumah, restoran, peniaga kecil-kecilan dan juga pelanggan yang datang dengan niat untuk berniaga. Golongan ke dua ini boleh menjalankan perniagaan mereka dengan margin atau batas keuntungan yang tinggi , barangan segar dan halal.

Sentiasa menerapkan nilai kebaikan serta kebajikan yang dicontohi daripada arwah bapa beliau dalam mejalankan sesuatu perkara, Dato' Fathiri turut menyimpan hasrat untuk membantu pengusaha bumiputra makanan sejuk beku dengan cara menyediakan tempat penyimpanan di tingkat 3 premis GROCER MAT sebagai tanda sokongan kepada pengusaha kecil kecilan di Malaysia.


GROCER MAT akan terus memainkan peranannya dalam membantu usahawan bumiputera dimana tidak hanya bertumpu kepada usaha menyediakan peluang perniagaan bahkan memberi fokus kepada pembangunan usahawan.

Amal Jariah Fisabilillah


Masyarakat terutamanya yang beragama Islam pastinya maklum berniaga sambil beramal jariah merupakan amalan yang amat digalakkan.

Dato' Fathiri berkata “Bekalan baru dijangkakan sampai setiap hari, dalam masa yang sama, GROCER MAT bercadang untuk mengadakan jualan lelong seperti ‘Infaq Jumaat atau Crazy Sunday’ untuk memberi peluang ramai membeli barangan basah dengan harga yang murah kerana kita tahu makanan laut bukannya murah.

“Ini juga cara kita untuk menambah bekalan baru setiap sehari atau dua hari sekali memandangkan kesegaran barangan basah hanya mampu bertahan 3 ke 4 hari sahaja. Barangan basah dan segar seperti sayur sayuran juga boleh disedekahkan pada rumah rumah golongan asnaf dan golongan tua yang memerlukan,” akhirinya.

Promosi Satu (1) Ekor Ayam Segar PERCUMA


Sempena pembukaan GROCER MAT pada 29 September 2021, sebanyak 1,000 ekor ayam segar akan diberikan secara percuma dengan pembelian minimum RM30. Kempen ini berlangsung dari 29 Semptember sehingga 1 Oktober 2021.

GROCER MAT Prima Sri Gombak Kini Dibuka! Harga Borong, Segar Dan Halal



GROCER MAT
57, Lorong Perusahaan Ringan,
Kawasan Perusahaan Ringan Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor

GROCER MAT Prima Sri Gombak Kini Dibuka! Harga Borong, Segar Dan Halal

Waktu Operasi: 7AM - 7PM (Dibuka Setiap Hari)

Tel: +603-6188 8328
Whatsapp: +60109174922

Catat Ulasan

16Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Terkesima Sis ko nengok ko pakai serba kuning.. kalau Sis tu mau tenggelam kulit..
    Bestnya lahai kalau pi market baru, serba serbi baru dan fresh.. nampak banyak barang terjual tu, harga pun mesti tengah promo kan.. Johor ni lama takde buka market baru..

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaa akak! akak pun putih bleh pakai kuning lah! jom sedondon. kikiki. Dah lama tak pergi pasar kan kak. Dulu kalau pergi pasar, selalu juga suami tak jumpa isterinya. Pakai bright color supaya senang dia mengesan dimanakah isterinya. Cuma semalam lupa pula suami yang ikot. kahkahkahkah. dah terbiasa agaknya. haha

      Padam
  2. Balasan
    1. Kenderaan memang banyak di sini. Kena fokus cari parking. Kereta keluar parking banyak juga. Bawa slow slow.

      Padam
  3. Alhamdulillah. Untung orang Sri Gombak dah ada Grocer Mart. Senang lah depa nanti. Thank you for sharing this good news, Puan Ruby.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, untung masyarakat kat sini. Senang nak dapat barang dapur segar.

      Padam
  4. Dekat nau ngan umah ni. Lepas ni boleh beli barang kat sini je la. Terlepas pulak waktu opening dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Laa dekat je! Kalau tau boleh roger kan. Takpe next time! Esok bleh la datang dapatkan ayam sekor.

      Padam
  5. Banyak pilihan barang nampaknya tu... yang penting harga berbaloi dan segar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul! setuju! segar dan berkhasiat. heehehehee

      Padam
  6. Bagusnya Grocer Mart ni...orang gombak dah tak perlu risau nak cari lauk segar. Moga Grocer Mart bertambah maju...Aaaminn

    BalasPadam
  7. lubuk kegemaran mak-mak. suka dengan kepelbagaian sayuran, ikan dan macam2 lagi.. semua nampak segar2

    BalasPadam
  8. Allahu kte suka tau gi tempat2 camni haha sebab kita kan suka memasak so kalo ada yg jimat cam Grocer Mart ni memang berbaloi

    BalasPadam
  9. Belum pernah lg ke GROCER MAT kalau tgk tempatnya memang selesa dan teratur, macam2 ada terutamanya barang2 dapur, lagi pun grocer mat ni dimiliki usahawan bumiputra.

    BalasPadam
  10. bagus jugak ada banyak grocery store macam ni. kita sebagai pelanggan dapat banyak pilihan. selesa nak pi shopping and harga pun mesra gittew

    BalasPadam
  11. Nearby jer ni boleh g la nanti since lama tak topup barangan dapur ni… always looks for the cheaper and best option kan! This is definitely one of them 👍

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !