KDrama Voice Kembali Dengan Musim Baru! Voice 4 Menampilkan Gandingan Lee Ha-na Dan Song Seung-heon Menjadikan Drama Ini Lebih Mendebarkan.

KDrama Voice Kembali Dengan Musim Baru! Voice 4 Menampilkan Gandingan Lee Ha-na Dan Song Seung-heon Menjadikan Drama Ini Lebih Mendebarkan.

Ruby
10
KDrama Voice Kembali Dengan Musim Baru! Voice 4 Menampilkan Gandingan Lee Ha-na Dan Song Seung-heon Menjadikan Drama Ini Lebih Mendebarkan. | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Pencinta drama Korean berkonsep detektif, suspen, jenayah pasti mengetahui drama Voice. Ruby terpanggil untuk menulis tentang drama bermusim ini. Sebab apa? Sebab best! Hahaha. Ruby suka drama anggota Polis, BOMBA, Tentera dan semua yang memakai pakaian seragam. Ia adalah karier pekerjaaan yang sangat berbahaya dan Ruby sanjung tinggi kepada mereka yang menjawat jawatan ini dari peringkat permulaan sehingga yang tertinggi. Di KDrama Voice, Ruby boleh nampak bagaimana konflik karier ini bermula, bagaimana mereka mempertahankan untuk bantu selesaikan kes dan mereka tiada kompromi sama ada kes kecil atau kelas atasan. Jika ada kaitan, mereka terus membuat siasatan. Kepercayaan dalam pasukan juga memainkan peranan. Seperti biasa, setiap kes adalah rahsia dalaman. Situasi mendebarkan apabila penjenayah tahu langkah demi langkah yang sedang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Menakutkan! Penjenayah lebih bersedia! Tapi, Golden Time Team lebih bersedia! Pengarah Kang memang terbaik! Hehehe!

KDrama Voice Kembali Dengan Musim Baru! Voice 4 Menampilkan Gandingan Lee Ha-na Dan Song Seung-heon Menjadikan Drama Ini Lebih Mendebarkan.


Voice (Bahasa Korea: 보이스; RR: Boiseu) adalah siri televisyen Korea Selatan yang dibintangi oleh Lee Ha-na, Jang Hyuk (Voice 1), Lee Jin-wook (Voice 2 & 3) dan Song Seung-heon (Voice 4) dan 112 pekerja pusat panggilan kecemasan Golden Time Team yang memerangi jenayah menggunakan bunyi yang mereka dengar. Tayangan perdana Voice 1 di OCN pada 14 Januari 2017. Musim pertama berakhir pada 12 Mac. Musim kedua Voice 2 disiarkan pada 11 Ogos 2018 hingga 16 September 2018. Musim ketiga Voice 3 disiarkan dari 11 Mei 2019 hingga 30 Jun 2019. Musim keempat Voice 4 ditayangkan pada 18 Jun 2021 dan disiarkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu jam 22:50 KST di tvN. 

Setiap musim baru KDrama Voice ini serba mencabar jalan cerita dan memberi banyak iktibar. Ingin diingatkan drama ini hanya rekaan semata-mata. Golden Time Team tidak wujud di mana-mana agensi Polis dan penguatkuasa yang lain. Ini adalah fiksyen. Cuma, kita akan dibuai dengan kepuasan apabila kes-kes yang mereka terima berjaya diselesaikan. 

Bagi anda yang baru mengenali KDrama Voice, Ruby sarankan anda menonton drama ini dari awal. Agar boleh faham perjalanan karier Pengarah Kang. Nampak peralihan cabaran watak semakin membimbangkan sebab penjenayah semakin lama, semakin menakutkan. Tapi, dia terus berani. Demi menyelamatkan mangsa. Drama ini ada visual yang kurang menyenangkan seperti kes bunuh dan penderaan. Jika anda tidak selesa, Ruby sarankan menonton bersama keluarga. Agar kita boleh berbincang dan tidak terperangkap dalam minda sendiri. Bahaya apabila menonton genre begini tanpa bimbingan sesiapa. Menonton untuk mengambil pengajaran. Okay? Jom Ruby bawa anda semua ke dunia Voice. 

Voice 1 (2017) : Pengenalan 


Barisan Pelakon:
Lee Ha-na sebagai Kang Kwon-joo, Pengarah Golden Time Team
Jang Hyuk sebagai Detektif Moo Jin-hyuk

Director: Kim Hong-Sun & Kim Sang-hoon
Penulis: Ma Jin-Won
Klasifikasi: P13
Episod: 16
Genre: Jenayah & Ngeri
Bahasa: Korean 
Terbitan Negara Asal: Korea Selatan

Moo Jin-hyuk (Jang Hyuk) adalah detektif "mad dog" yang sentiasa rasa bersalah diatas kes pembunuhan isterinya. Ini kerana, ia berlaku semasa dia bekerja. Sebagai anggota Polis, sepatutnya dia akan melindungi keluarga. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Kang Kwon-joo (Lee Ha-na) adalah seorang polis wanita yang mempunyai kemahiran psiko-akustik sempurna berupaya mencari profil suara dan bunyi. Dia bekerja di pusat panggilan ketika kes pembunuhan kejam berlaku kepada ayahnya. Tiga tahun kemudian, Jin-hyuk dan Kwon-joo bergabung sebagai "Golden Time Team" dan menyelesaikan kes bersama, mengejar pembunuh yang mengambil nyawa orang yang mereka sayangi. Kes mereka terima sering berkait dengan hal personal, penjenayah sudah plan untuk mengganggu anggota Polis. 

Voice 2 (2018) : Penjenayah Lebih Mengetahui Personaliti Golden Time Team


Barisan Pelakon:
Lee Ha-na sebagai Kang Kwon-joo, Pengarah Golden Time Team
Lee Jin-wook sebagai Detektif Do Kang-woo

Director: Lee Seung-yeong
Penulis: Ma Jin-Won
Klasifikasi: P13
Episod: 12
Genre: Jenayah & Ngeri
Bahasa: Korean 
Terbitan Negara Asal: Korea Selatan

Pasukan Golden Time menyelesaikan insiden masa nyata yang mendesak dari panggilan telefon yang diterima melalui talian perkhidmatan kecemasan. Mereka berlari melewati waktu yang tidak menentu untuk mangsa jenayah, yang ditawan atau dikejar oleh penyerang mereka dan menyelamatkan mereka dari bahaya yang akan datang. Polis profil suara Kang Kwon-joo melaksanakan arahan kepada unit lapangan, Do Kang-woo (Lee Jin-wook) dan pasukannya. Semasa menyelesaikan pelbagai kes, pelbagai gangguan berlaku termasuklah phising suara, gangguan tarikh, dan perlumbaan kereta haram, Kwon-joo dan Kang-woo menyedari bahawa kes peribadi mereka pada masa lalu dikaitkan bersama dalam satu kejadian. Mereka bekerjasama untuk mencari siapa di sebalik kes itu.

Voice 3 (2019) : Penjenayah Antarabangsa


Barisan Pelakon:
Lee Ha-na sebagai Kang Kwon-joo, Pengarah Golden Time Team
Lee Jin-wook sebagai Detektif Do Kang-woo

Director: Nam Ki-hoon
Penulis: Ma Jin-Won
Klasifikasi: P13
Episod: 16
Genre: Jenayah & Ngeri
Bahasa: Korean 
Terbitan Negara Asal: Korea Selatan

Golden Time Team menyelesaikan insiden masa nyata yang mendesak dari panggilan telefon yang diterima melalui talian perkhidmatan kecemasan. Suatu hari, ahli pasukan menghadapi kartel jahat antarabangsa yang berada di belakang rentetan jenayah siber. Untuk memerangi kartel dan menyelamatkan nyawa dalam masa keemasan, Pengarah Kang Kown-joo melaksanakan arahan kepada unit detektif, Do Kang-woo dan pasukannya. Kes kali ini lebih menakutkan. Penjenayah kelas atasan dan gila!

Voice 4 (2021) : Identiti Pelbagai Si Penjenayah


Barisan Pelakon:
Lee Ha-na sebagai Kang Kwon-joo, Pengarah Golden Time Team
Song Seung-heon sebagai Detektif Derek Jo, Ketua Pasukan Polis LAPD
Lee Kyu Hyung sebagai Dong Bang Min

Director: Shin Yong-whee
Penulis: Ma Jin-Won
Klasifikasi: P13
Episod: 14
Genre: Jenayah & Ngeri
Bahasa: Korean 
Terbitan Negara Asal: Korea Selatan

Muncul pembunuh bersiri dengan kemampuan pendengaran yang ditingkatkan.  Pembunuh bersiri itu membunuh orang menggunakan kemampuannya yang lebih baik.  Oleh kerana itu, Kang Kwon-joo, yang juga memiliki kemampuan pendengaran yang lebih baik, didorong ke sudut.  Kang Kwon-joo bekerjasama dengan Detektif Derek Jo (Song Seung-heon) untuk menangkap pembunuh bersiri itu.  Derek Jo adalah orang utama, yang tidak membiarkan kesalahan.  Dia adalah ketua pasukan dari LAPD (Jabatan Polis Los Angeles).  Pasukan LAPDnya menangani kumpulan jenayah.

Penampilan Lee Kyu Hyung sebangai penjenayah yang memiliki 4 identiti berbeza memberi debaran kepada musim ini. Lee Kyu Hyung dengan sempurna menggambarkan empat keperibadian Dong Bang Min.

1. Dirinya yang sebenar.
2. Tuan berkacamata yang menjadi perantara setiap watak dan merancang pembunuhan.
3. Memiliki pendengaran yang cemerlang, berpakaian, bersuara dan memakai sarung muka seperti Pengarah Golden Time Team iaitu Kang Kwon Joo.
4. Menjadi Circus Man yang sentiasa dahagakan darah.

Jepun Dan Thailand Juga Mengadaptasi Drama Voice


Kejayaan drama Voice ini memberi impak besar kepada dunia. Ramai yang inginkan kelajuan, ketangkasan dan keberanian Anggota Polis dalam menyelesaikan apa sahaja kes. Jadi, apabila drama ini disiarkan, negara Jepun dan Thailand telah menghasilkan Voice yang diinspirasikan dari Korean Drama Voice. Pembuatan semula di Jepun berjudul Voice: 110 Emergency Control Room, ditayangkan pada bulan Julai 2019 di Nippon TV. Manakala, di Thailand, berjudul Voice สัมผัส เสียง มรณะ, disiarkan pada November 2019 di True4U.

Jepun: Voice: 110 Emergency Control Room

Thailand: Voice สัมผัส เสียง มรณะ

Di Malaysia, Siri KDrama Voice Ditonton Di Saluran Berbeza


Melalui pengalaman Ruby, Ruby menonton KDrama Voice melalui saluran berbeza. Voice 1 dan Voice 2 disiarkan di Netflix. Manakala Voice 3 di aplikasi VIU. Berkemungkinan sebab Voice 3 ni lebih banyak babak yang lebih ganas dari segi lokasi jenayah. Kemudian Voice 4 di VIU, iQIYI & laman web Dramacool. Setakat ini Ruby sudah tonton lengkap Voice 1, Voice 2 dan Voice 3. Manakala, Voice 4 sehingga episod 8. 

Ambil Pengajaran Dari Siri Kdrama Voice.


Penjenayah-penjenayah yang digambarkan dalam drama ini adalah penjenayah yang akan mencari maklumat polis yang bertugas untuk sesuatu kes dan mereka akan kacau kehidupan polis tersebut. Dari sekecil penjenayah, sehingga penjenayah kelas atasan. Semua mempunyai teknik berbeza dan ada kalanya memang tidak nampak langsung watak si penjenayah. Ruby amat meminati drama atau filem berkonsep detektif, polis dan forensik. Drama Korean sentiasa memberikan hasil drama atau filem yang menakjubkan. 

Ingin Ruby ingatkan, drama ini adalah fiksyen. Hanya rekaan semata-mata. 
Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Lama dah tak melayan KDrama ni takut2 bila akak layan, ada yang join pulak...hahaha....dania la tu. Takpe lah boleh baca je dulu sinopsis drama ni. Nanti lepas Dania dah habis exam, boleh layan sama2.

    BalasPadam
  2. K Drama nie bahaya wooo. Dulu taknak layan - sekali Rawlins tertengok Hotel De Luna, terus takleh stop ye.

    Ni ngah layan He Is Psychometric pula. Voice nie dah 4? Takod!

    BalasPadam
  3. dah tengok 3 siri voice ni memang best. yg latest nak tunggu complete dulu baru nak start tengok :)

    BalasPadam
  4. Konsep drama macam ni Eiza suka. Tapi belum pernah tengok koleksi dari KDrama. Ramai yang cakap best cerita ni.

    BalasPadam
  5. Tengok Voice 1 dan 2 jer , citer ni dia punya saspen nak selamatkan mangsa bikin jantung rasa nak copot. Tapi bila diorang dapat selesaikan kes barulah rasa puas hati. Nanti nak follow baliklah cerita nih.

    BalasPadam
  6. Ramai kata Vice4 ni best sebab muncul pembunuh misteri tu, lebih triller dan suspen hehehe.. tapi last dia kannn... tetttttt... kita tunggu tayangannya lagi 3 hari hahahaha.. kang cite spoil plak :p

    BalasPadam
  7. Voice memang best kte pun dok layan voice skrg ni. Kebetulan mmg jenis cte yg kte suka..suka la cte2 penyiasatan n pembunuhan bagai ni

    BalasPadam
  8. sy x biasa tengok kdrama tp this one nmpk exciting and interesting. ok now i know what i will be doing this weekend - binge watching this show!

    BalasPadam
  9. pernah tgk season 1 rasanya.. nanti nak tgk yg latest..suka jalan cerita penyiasatan mcm ni ni

    BalasPadam
  10. Ala kita drama korean ni kurang sikit nak tengok.. dah ada pulak yang season sampai 4 ni hehehe tak dpt nak follow dah wakakaka... Orang perempuan suka lah tengok kan...

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !