Pelancaran Noir Cosmetic Dan Noir Pesona Raya 2021

Pelancaran Noir Cosmetic Dan Noir Pesona Raya 2021

Ruby
22

Pelancaran Noir Cosmetic Dan Noir Pesona Raya 2021. Assalammualaikum semua! Salam Ramadan! Semoga kita mendapat 1001 ganjaran sepanjang bulan ini dengan amal ibadat dan amal jariah. InsyaAllah. Baru-baru ini Ruby berkesempatan memenuhi jemputan berbuka puasa bersama Madammu Eriyca Baiduri dan Team Noir Beauty World di Floral Terrace at Hampshire Place. Pada majlis tersebut telah berlangsung pelancaran Noir Pesona Raya 2021 dan Noir Cosmetic. Sebenarnya Noir Cosmetic telah dilancarkan pada 17 April 2021 secara dalam talian dan telah mendapat sambutan yang baik. Dengan berlangsungnya majlis ini, Ruby dapat melihat dengan lebih dekat koleksi mekap dari Noir. Noir mempunyai set mekap dan peralatan mekap. Sangat lengkap untuk persediaan Aidilfitri nanti. Ruby kagum dengan semangat Noir, mereka sentiasa tampil dengan produk yang dapat membantu para master stokis, stokis, ejen, dan dropship. Tahnih Noir!

Pelancaran Noir Cosmetic Dan Noir Pesona Raya 2021


Sepanjang majlis berlangsung, tetamu disajikan dengan hidangan berbuka puasa yang enak, demonstrasi mekap oleh MUA Ati Harun dan kami juga turut dihiburkan oleh penyanyi kesayangan ramai iaitu Siti Nordiana. 

Mengekalkan keyakinan setiap wanita dalam mencapai kecantikan secara sihat dan selamat, Noir memperkenalkan 4 pakej-pakej istimewa untuk semua pelanggan setia Noir yang merangkumi produk-produk penjagaan wajah, makanan tambahan kesihatan dan kosmetik sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Istimewanya pakej yang ditawarkan ini memfokuskan kepada aspek utama menampilkan pesona wanita, Noir mengetengahkan pakej kecantikan dan kesihatan secara selamat dengan promosi produk Noir yang premium, halal dan selamat.

Yang penting, kulit tampil sentiasa muda dan anjal menerusi rumusan bahan-bahan yang sesuai dan terbaik untuk kulit wanita. Amalan Noir dalam mendapatkan wajah tampak berseri dan mencapai kecantikan secara alami, menggunakan unsur-unsur semula jadi. Memulihkan kesejahteraan demi kesihatan yang optimum dan kulit yang sihat dan jelita, dari dalaman.

Pakej Pesona Raya Miniset


Memperkenalkan pakej kombinasi set mini keluaran terbaru Noir dan produk best-seller, Noir UV White Foundation.

Set mini, Flawless Beauty dan Crystal Skin disasarkan untuk memudahkan para pelanggan untuk membuat pilihan yang tepat dalam rutin penjagaan kulit masing-masing. Dan UV White Foundation melengkapi rutin ini dengan melindungi kulit dari sinar matahari.

Flawless Beauty, set yang fokus kepada kulit jenis berminyak. Dilengkapi dengan rutin penjagaan yang lengkap terdiri daripada Mousse Purifying Cleanser (30ml), Skin Relax Scrub (10ml), Skin Refining Essence (20ml), Noir Acne Serum (15ml) dan Whitening Gel Hydrant (10g).

Set mini ini ditampilkan untuk:

💜 merawat masalah kulit berjerawat
💜 mengawal kulit berminyak
💜 mengecilkan liang pori yang membesar dan tersumbat
💜 mencerahkan dan sekatakan warna kulit

Crystal Skin, rumusan khas untuk kulit normal, kering dan kombinasi. Set ini mengandungi Malachite Crystal Cleanser (30ml), Moisturising Facial Scrub (10ml), Hydrant Activating Essence (20ml), Skin Revitalising Serum (15ml) dan Whitening Gel Hydrant (10g).

Fokus untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan kulit kering dan kombinasi iaitu:

💜 memelihara kelembapan kulit
💜 anti-penuaan dan mengatasi kedutan wajah
💜 mengurangkan jeragat dan pigmentasi kulit
💜 mengatasi kulit kusam

Satu set mini dipakejkan dengan UV White Foundation yang diformulasikan dengan pigmen mineral semulajadi dan kaya dengan kandungan Vitamin C, ia meliputi kecelaan sambil membetulkan tona kulit yang tidak sekata dan meminimumkan penampilan pori dan garis halus. Pelanggan boleh memilih warna sama ada Super Light dan Light. 

Pakej Pesona Raya Miniset (1 unit miniset Noir dan 1 unit UV White Foundation) ini dijual dengan harga RM289.

Pakej Pesona Raya Pure White


Noir Pure White merupakan produk Noir yang telah membantu ramai wanita tampil cantik dan sihat. Kaya dengan vitamin C, Camu-Camu membantu menguatkan sistem imunsasi anda dan diperlukan untuk pembentukan kolagen dan pembentukan Glutathione, secara semula jadi di dalam badan anda. Bertindak sebagai antioksidan yang kuat dalam badan anda dan penting untuk kesihatan kulit dan sistem imunsasi anda.

Manfaat mengambil Noir Pure White sebagai makanan tambahan:

💜 mencerahkan kulit
💜 memudarkan jeragat dan parut
💜 melembutkan permukaan kulit
💜 anti penuaan
💜 menghapus toksin dalam badan
💜 mengatasi masalah alahan kulit dan eczema

Pakej Pesona Raya Pure White ini didatangkan dalam 10 sachet dengan harga RM85.

Pakej Noir Iconic 


Noir memperkenalkan rangkaian produk kosmetik yang terkini. Set Noir Iconic merupakan set asas bagi wanita yang ingin tampil manis walau dengan solekan minima.

Noir Iconic terdiri daripada Total Translucent Loose Powder, Perfect Glow Cheek Blush, Volumizing Lash Mascara, Ultra-Definition Brow Sculptor dan Lasting Liquid Eyeliner

Bedak wajah Noir, Total Translucent Loose Powder, menjadikan pemakaian solekan meluas menerusi debu-debu bedaknya yang halus. Ia mampu melitupi liang pori, garis halus dan cela wajah. Serbuk lembut dan ringan bak udara, ia dapat meminimumkan kilauan wajah. Anda boleh mendapatkan permukaan wajah tampak matte, rata dan cantik.

Dilengkapi dengan pemerah pipi, Perfect Glow Cheek Blush, warna pipi merah jambu menambahkan lagi seri wajah ditambahkan oleh efek glowing daripada bahagian highlighter dalam set kompak ini. Duo ini membantu menenangkan dan mencerahkan kulit anda. Meningkatkan penghidratan dapat membantu kulit anda kelihatan lebih cerah dan sihat.

Volumizing Lash Mascara keluaran Noir didatangkan dalam 2 jenis berus yang berbeza, iaitu Jumbo dan Skinny. Bahagian Jumbo untuk menghasilkan bulu mata yang lentik dan kemas, manakala bahagian Skinny untuk memanjang dan melebatkan lagi bulu mata.

Hasilkan kening yang kemas dan jelas dengan Ultra-Definition Brow Sculptor. Gel berwarna coklat gelap yang meluncur pada kening dengan lancar dan tidak pudar. Didatangkan dengan berus, spooley dan angled brush. 

Lasting Liquid Eyeliner boleh dipakai sepanjang hari supaya anda tetap selesa. Buat rupa yang dapat dibayangkan pada setiap bentuk mata. Hujung berus mudah untuk digunakan dan memberi ketepatan yang ingin dicapai. Set Noir Iconic dilengkapi 5 item ini boleh didapatkan dengan harga RM255. Percuma tote bag edisi khas Noir.

Pakej Lady Noir


Set yang lengkap ini mengandungi rangkaian produk dari Noir Cosmetic untuk tampil mempesona di Hari Raya. 

Pakej Lady Noir ini merangkumi Hydro-Soothing Makeup Remover, Total Translucent Loose Powder, Perfect Glow Cheek Blush, Timeless Obsessions Eye Palette (Rouge Edition), Volumizing Lash Mascara, Ultra-Definition Brow Sculptor, Lasting Liquid Eyeliner dan Soft Eyeliner Pencil. Terdiri daripada 3 produk ekstra berbanding Noir Iconic. 

Selain menanggalkan kesan mekap, Hydro Soothing Makeup Remover turut menghidratkan permukaan kulit. Sesuai untuk semua jenis kulit, formulasi ini menyegarkan dan melembapkan kulit anda. 

Timeless Obsessions Eye Palette edisi Rouge ini menampilkan warna-warna ros yang neutral, sesuai dipadankan dengan warna pakaian. Warna yang kaya - dari kemasan matte yang boleh dipakai harian dan kemasan berkilat untuk tampak elegan. Susun palet warna dalam baris yang berasingan untuk membuat penampilan yang mudah dan versatil. 

Pensil mata tahan lama! Soft Eyeliner Pencil dengan tekstur yang meluncur, memastikan aplikasi yang tepat dan lembut pada bahagian dalam mata untuk penampilan yang lebih
menonjol. 8 produk kosmetik untuk melengkapi pagi Raya anda dengan harga RM455. Percuma tote bag edisi khas Noir.

Kenapa Perlu Dapatkan Pakej Pesona Raya Noir?


Atas kesedaran masalah kulit wajah yang sering dialami oleh wanita, Noir melancarkan pakej-pakej kecantikan dan kesihatan istimewa pada bulan Ramadhan untuk membantu menyelesaikan masalah para wanita menjelang menyambut Aidilfitri.


Antara masalah kulit yang sering dialami oleh para wanita ialah:

💜 Kulit Kusam

Masalah yang paling sering dialami wanita adalah kulit kusam. Kulit kusam disebabkan oleh kulit kerap terdedah dengan sinar matahari, radikal bebas dan pencemaran persekitaran. Kulit kusam mengakibatkan penampilan kulit terlihat lebih gelap.

Kulit kusam ternyata bukan sekadar masalah luaran semata-mata. Kebanyakan orang mungkin berpendapat bahawa kulit hanyalah pelindung luar, padahal kulit juga adalah organ yang sama pentingnya dengan bahagian tubuh lain dan memiliki banyak tugas penting. Jadi jika kulit terlihat kusam, ini adalah tanda awal proses penuaan. Penyelesaiannya, pastikan menggunakan produk penjagaan wajah yang boleh mengembalikan seri wajah.

Dapatkan Pesona Raya Miniset (Crystal Skin) dan Pesona Raya Pure White agar kulitkelihatan lebih sihat dan kekal muda. Kedua dua pakej ini bukan sahaja membantu untuk mengembalikan keremajaan secara luaran malah menjadikan tubuh badan lebih sihat secara dalaman.

💜 Kulit Berjerawat

Jerawat tidak hanya muncul semasa usia menginjak zaman remaja sahaja. Bahkan orang dewasa hingga usia 40-an juga sering mengalami masalah kulit muka berjerawat. 20% di kalangan wanita pasti akan mengalami masalah ini. Jerawat baik berupa komedo kecil hingga jerawat batu, turut meninggalkan kesan kehitaman pada wajah malah ada juga yang mengalami luka dan parut.

Jerawat pada wajah yang disebabkan oleh minyak berlebihan yang mengakibatkan liang pori-pori tersumbat. Masalah ini mampu diatasi dengan menggunakan Pesona Raya Miniset (Flawless Beauty). Pakej lengkap untuk penjagaan kulit jenis berminyak, mengandungi cleanser, scrub, essence, serum, moisturizer dan sunblock.

💜 Kedut Dan Garis Halus Pada Wajah

Ini adalah masalah kulit yang sering dialami, terutamanya wanita yang bekerja di luar. 

Kulit berkedut juga biasanya dikaitkan dengan bertambahnya usia. Padahal masalah ini melibatkan pelbagai faktor yang mempercepat terjadinya garisan halus di wajah, seperti gaya hidup, pola makan dan persekitaran. 

Antara penyumbang utama adalah terdedah kepada matahari dan radikal bebas yang menyebabkan hilangnya pelindungan kulit. Sinar ultraviolet akan menyebabkan wajah akan menjadi lebih tua dengan pantas. 

Untuk melambatkan proses penuaan ini, pastikan untuk mendapatkan pakej Pesona Raya Miniset, iaitu kombinasi Crystal Skin miniset dan UV White Foundation. Selain daripada memelihara kelembapan kulit dan mengatasi kedutan wajah dengan menggunakan Crystal Skin miniset, kulit wajah juga akan dilindungi dengan mengenakan sunblock.

Selain itu, dengan mengambil Noir Pure White satu sachet sehari, akan membantu mengatasi masalah penuaan dan melembutkan permukaan kulit. Dapatkan pakej Pesona Raya Pure White sempena Aidilfitri ini untuk mendapatkan kulit wajah yang mulus dan lembut.

💜 Hiperpigmentasi Atau Jeragat

Hiperpigmentasi adalah keadaan kulit yang terkesan dengan munculnya bintik-bintik berwarna gelap. Jeragat menjengkelkan yang muncul pada kulit itu tidak ada hubungannya dengan usia. Hiperpigmentasi juga terjadi akibat inflamasi kulit, yang menimbulkan warna gelap pada bekas kulit yang terluka atau yang mengalami keradangan.

Lakukan eksfoliasi untuk mempercepat pergantian sel atau menggunakan essence dan serum untuk sehingga bintik-bintik penuaan memudar. Jangan lupa untuk selalu menggunakan sunblock. Sunblock adalah cara pencegahan terbaik untuk menghindari berbagai masalah kulit, termasuk bintik-bintik hitam.

Noir Cosmetic Halal Dan Berdaftar Dengan KKM.


Keseluruhan produk Noir Cosmetic berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Noir sentiasa menjaga kualiti produk-produknya dan percaya bahawa penggunaan berterusan akan melahirkan wanita yang berkeyakinan dan cantik sepanjang masa. Dari penjagaan kulit sehinggalah ke menatarias wajah. Produk Noir, produk tempatan yang berkualiti tinggi setanding jenama antarabangsa. 

Dapatkan produk Noir di laman web rasmi atau melalui ejen-ejen berdekatan anda. 

Tags

Catat Ulasan

22Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. macam pernah juga dengar brand produk ni tapi tak pernah lagi guna dan cuba

    BalasPadam
  2. Waah menarik ada pakej macam ni, cantik juga packaging noir ni

    BalasPadam
  3. amboii! meriahnya launching dia siap ada nana lagi. mesti sing along kan time dia buat performance. yang bagusnya nu-ar ni ada pengesahan so tak de la risau

    BalasPadam
  4. Ni baru bagus produk dijamin selamat dan di iktiraf oleh KKM baru orang yakin... Makin cantik lah gadis-gadis Malaysia raya ni dengan produk Noir hehehe untuk orang laki tak ada ker...

    BalasPadam
  5. Baru hari tu baca pasal usahawan NOIR. Yang bagusnya boleh nampak kulaiti pada produk ni, semuanya berdaftar dan ada kelulusan dari KKM untuk elakkan dari keraguan dan kebimbangan masyarakat terhadap produk tempatan. Boleh usha2 jugak produk ni ikut keseuaian kulit masing2..

    BalasPadam
  6. Cantik betul packaging dia. Rawlins suka tengok sebab sejenis yang mudah terpengaruh dengan keindahan packaging.

    BalasPadam
  7. menarik kosmetik baru yang diperkenalkan oleh Noir. Dengan tawaran hebat sempoen adengan raya ni..lebih berbaloi dibeli

    BalasPadam
  8. menarik kosmetik baru yang diperkenalkan oleh Noir. Dengan tawaran hebat sempoen adengan raya ni..lebih berbaloi dibeli

    BalasPadam
  9. Tak pernah try lagi produk Noir . Tapi agak tertarik sebab ada skincare dan set makeup . Wanita kan .. mana boleh pisah dengan kecantikan .. macam ngidam lak nak try set Pesona Raya tu , serba lengkap . Kualiti produk pun menyakinkan !!

    BalasPadam
  10. Berkenan plak kita pakej raya dia tu.. complete all set dalam satu pakej.. nak survey laa belek..

    BalasPadam
  11. Noir Cosmetic Dan Noir Pesona Raya sekali gus utk pesona waita dgn sicare yterjai selaat dan halal

    BalasPadam
  12. Lovely packaging from Noir cosmetic their packages are really attractive as well.

    BalasPadam
  13. Cantik la packaging barang2 Noir ni.. Lagi2 in 💜💜💜 color! Yang penting benefit produks pun tiptop kan...

    BalasPadam
  14. Macam best foundation Noir ni, ada banyak kelebihan untuk kulit. Bukan sekadar foundation. Mungkin nanti boleh cuba. Lagipun semau produk ada kelulusan KKM. So takde was2

    BalasPadam
  15. Bila first time dengar nama brand ni, ingatkan produk dari Perancis. Rupanya keluaran tempatan. Bagus2, support local. Yg penting, lulus KKM.

    BalasPadam
  16. Selalu jugak dengar jenama Noir ni tapi tak pernah guna lagi. Cantik packaging dia. Nanti boleh lah cuba :)

    BalasPadam
  17. Suka dengan brand ni, especially sebab pengasas dia cantik dan baik. Rasa bersemangat nak pakai produk dia.

    BalasPadam
  18. Tahniah Noir diatas pelancaran new beauty produk! Nmpk cantik betul packaging dia. Boleh survey2 ni nmpk mcm best

    BalasPadam
  19. Now the ladies have even more options when it comes to skincare products. Good news since Noir is a brand that many can associate with.

    BalasPadam
  20. Pernah nampak jenama ni kat signboard hiway. Tapi belum pernah cuba. Nampak bagus, suka packaging dia cantik! Macam tergoda nak cuba foundation dia..

    BalasPadam
  21. Selalu nampak signboard Noir ni dekat highway. So kena cuba la lepas ni.

    BalasPadam
  22. Dapatkan produk Noir di NoirBeautyShop.com

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !