Jom Belajar Menggunakan Perkhidmatan Penghantaran Lalamove Melalui Website Dan Aplikasi

Jom Belajar Menggunakan Perkhidmatan Penghantaran Lalamove Melalui Website Dan Aplikasi

Ruby
10

Jom Belajar Menggunakan Perkhidmatan Penghantaran Lalamove Melalui Website Dan Aplikasi | Assalammualaikum semua! Hari ni Ruby nak berkongsi pengalaman menggunakan Lalamove. Selama hari ini, Ruby hanya menerima penghantaran hadiah, bungkusan dan makanan sahaja dari client menggunakan Lalamove. Memandangkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0. Ada hadiah yang Ruby tidak boleh hantar, oleh kerana kita semua tidak boleh merentas daerah. Lagi pula, adalah sebaiknya kita duduk diam-diam di rumah dan biar frontliner je hantar kan. Mereka lebih mahir untuk menghadapi situasi kesesakan lalu lintas dan sekatan jalan raya dari pihak berkuasa. Ruby fikir, situasi pandemik COVID-19 ni memerlukan kita berfikir cepat dan mencari solusi. Kalau nak tunggu vaksin COVID-19 atau Perintah Kawalan Pergerakan tamat. Lagi lama la Ruby peram hadiah ni di rumah. Hahaha. 

Jom Belajar Menggunakan Perkhidmatan Penghantaran Lalamove Melalui Website Dan Aplikasi.


Mula-mula, korang wajib Daftar di website atau muat turun aplikasi Lalamove. 




Daftar diri anda menggunakan nombor telefon dan email. Kemudian anda akan menerima sms untuk verifikasi nombor telefon. Memulakan penghantaran pesananan dengan memilih kenderaan

1. Motosikal untuk penghantaran kurang dari 10kg.
2. Kereta untuk penghantaran kurang dari 40kg.
3. Trak Pickup untuk penghantaran kurang dari 240kg.
4. Van untuk penghantaran kurang dari 500kg.
5. Lori 1 Tan untuk penghantaran kurang dari 1000kg.
6. Lori 3 Tan untuk penghantaran kurang dari 3000kg.

Ruby pilih kereta, risau cuaca hujan atau saiz hadiah ni besar sampai tak muat box motosikal mereka ke kan. Hahaha. 

Di Lalamove, maksimum 20 laluan untuk penghantaran mereka boleh lakukan. 20 laluan ini termasuk lokasi pertama mereka ambil barang. Contoh, dari rumah Ruby boleh hantar barang ke 19 lokasi berlainan. Kemudian kita klik "Optimize Route" supaya pemandu boleh pilih perjalanan mana yang lebih mudah untuk mereka. 


Isikan butiran Pickup Location. Nama penghantar iaitu nama Ruby. Alamat penuh dan no telefon. Seterusnya isi butiran maklumat penerima di Drop Off Location. Nama, alamat dan no telefon. Semak butiran lengkap dan pastikan tiada kesilapan alamat. Alamat boleh lihat melakui peta Google. Mudah kan?

Setelah selesai, korang klik Scheduled atau Delivery Now. Ruby perhatikan, jika penghantaran yang tidak dirancang atau last minute. Kos penghantaran agak mahal. Tetapi, jika anda merancang sebaiknya. Kos penghantaran lebih murah. Jom kita bandingkan kos penghantaran menggunakan kenderaan jenis kereta. RM 98.30 untuk penhantaran segera ke dua lokasi berbeza. Apabila anda plan penghantaran pada waktu keesokan hari, RM 76 sahaja. Penghantaran jam 9 pagi dan Ruby set Delivery Date & Contact Information sekitar jam 1 pagi 28 January 2021. Haaaa jangan tanya kenapa jam 1 pagi masih tidak tidur. Ini lah peluang mengemas rumah semasa cuti umum sempena Thaipusam. Kelas PdPR anak pun berehat. Hahaha.

Okay sambung kepada cerita Lalamove. Pembayaran di Lalamove terdapat dua cara. Anda boleh membayar secara cashless dengon Online Payment melalui Lalamove e-wallet atau membayar secara tunai kepada pemandu semasa mereka tiba di rumah anda. Tiga pilihan jumlah anda boleh tambah nilai. RM 100, RM 200 atau RM 500. Setiap tambah nilai RM 200 dan RM 500 Lalamove korang akan dapat RM 5 extra. Tambah nilai melalui kredit kad, debit kad atau UnionPay. Ruby pilih debit kad sahaja. Senang. 

Setelah ada wang di dalam e-wallet, anda boleh terus membayar kos penghantaran dan biarkan sistem Lalamove mencari pemandu yang tersedia pada pukul 9 pagi. Sekitar jam 1.10 pagi Ruby mendapat panggilan telefon dari pemandu. Wahhhh efisen giler terus call untuk memaklumkan dia adalah pemandu dan tanya dimana lokasi Ruby akan menunggu. Serta memberitahu akan hubungi lagi sekali sebelum tiba di lokasi sebelum 9 pagi. Siap minta maaf hubungi di awal pagi. Ehhh bukan salah dia hubungi awal pagi. Ruby pun buat pesanan jam 1 pagi. Terkesima! Ruby lihat pemandu punya penilaian 4.98 dari 5 bintang keseluruhannya. Huyoo! Mesti pemandu Lalamove yang berdedikasi. 

Okay dah setel, moh tido. Nanti nak siap-siap esok pagi untuk sediakan hadiah ni. Rasa lega sangat dapat pos hadiah ni. Lalamove pun mudah betul! Kalau tidak cuba sekarang, bila lagi kan? Hehehe. Ruby harap perkongsian ni dapat membantu korang untuk mencuba penghantaran digital macam ni. Semoga dipermudahkan urusan kalian semua! 


****************

Update selepas jam 9 pagi. Encik Hery tiba tepat pada masa yang ditetapkan. Penghantaran ke kedua-dua lokasi mengambil masa dalam 1 jam sahaja. Encik Hery siap hantar gambar siapa yang menerima parcel. Alhamdulillah. Lepas ni boleh la hantar hadiah semudah ABC dengan Lalamove. Hehe.
Tags

Catat Ulasan

10Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

  1. Rawlins pun suka guna Lalamove nie kalau nak day delivery. Now nak belajar guna website plak sebab dah ada kan. TQ share info nie, lagi2 time MCO nie kan

    BalasPadam
  2. pernah guna lalamove untuk pickup kek. hehe. mudah je. price pun reasonable lah during pandemic ni

    BalasPadam
  3. Bagus juga ada perkhidmatan penghantaran macam Lalamove ni. Memudahkan urusan seharian kita. Kalau ada urusan berkaitan, boleh cuba guna servis mereka.

    BalasPadam
  4. Pernah dengar psl lalamove tapi x pernah cuba servis dia nmpk sangat menarik

    BalasPadam
  5. Selalu dgr tentang Lalamove ni tapi tak pernah cuba lagi sebab setakat ni belum timbul keperluan. Terima kasih atas panduan yang berguna untuk masa perlu nanti.

    BalasPadam
  6. Saya pun suka hantar document Office guna Lalamove sebab sampai dengan selamat. Kalau instruct suruh bagi acknowledgments pun tak ada masalah langsung.

    BalasPadam
  7. i have used this once and to be truthful, i was quite confused at first. this article definitely is helpful!

    BalasPadam
  8. Skrg kita pun kena biasakan diri utk guna this service kan.. Nell tried once before tapi another service provider.. Maybe kena guna ni in near future! Kena register juga la...

    BalasPadam
  9. Sis baru tau laa lalamove ni, bagus juga ni.. macam runner aje kan.. kat JB ada ke tak ya?

    BalasPadam
  10. Baguslah review dan sharing macam ni. Sebah selalu je nampak Lala Move tu tapi tak pernah tau macam mana nak pakai dan method nak hantar barang. Menarik. Terima kasih sharing

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !