Sebanyak 15,000 Botol Cecair Pembasmi Kuman Diberikan Kepada Mereka Yang Memerlukan Melalui Kempen Kebajikan Guardian Healthy Beauty From The Heart

Sebanyak 15,000 Botol Cecair Pembasmi Kuman Diberikan Kepada Mereka Yang Memerlukan Melalui Kempen Kebajikan Guardian Healthy Beauty From The Heart

Ruby
1


Sebanyak 15,000 Botol Cecair Pembasmi Kuman Diberikan Kepada Mereka Yang Memerlukan Melalui Kempen Kebajikan Guardian Healthy Beauty From The Heart. | Assalammualaikum semua! Apa khabar? Nak tanya, stok gel pembasmi kuman masih banyak atau makin surut? Jika korang nak tambah hand sanitizer, boleh lah join kempen inisiatif dari Guardian Malaysia. Sambil membeli, kita dapat hand sanitizer percuma pun ok sangat kan? Hand sanitizer atau dalam bahasa melayu adalah cecair pembasmi kuman adalah keperluan pada masa kini. Pandemik COVID-19 memberi kita hikmah dalam menjaga kebersihan dan etika walau kita pergi kemana-mana. Ruby siap sediakan hand sanitizer ni di dalam bag tangan, laci kenderaan, bag sekolah anak, bag kerja suami, di pintu masuk rumah dan menyimpan stok di kabinet khas. Ia adalah tanggungjawab seorang ibu untuk menyediakan stok. Betul tak? Hahaha.

Sebanyak 15,000 Botol Cecair Pembasmi Kuman Diberikan Kepada Mereka Yang Memerlukan Melalui Kempen Guardian Healthy Beauty From The Heart.

Pandemik Covid-19 telah mengubah cara hidup kita dan mengancam beberapa golongan terutamanya golongan yang memerlukan. Menyedari hakikat bahawa kita perlu menjaga diri kita (#KitaJagaKita) dan sebagai warga korporat yang prihatin dan bertanggungjawab secara sosial, Guardian Malaysia telah memulakan satu kempen amal untuk melengkapkan golongan yang memerlukan dan pelanggan-pelanggan setianya dengan cecair pembasmi kuman - satu kemestian - agar kebersihan diri mereka dapat dikekalkan untuk kekal selamat. 

Anna Ng, Pengarah Pemasaran Runcit, Guardian Health And Beauty, Malaysia dan Singapura berkata:

“Kami menyedari betapa penting dan perlunya untuk memastikan tangan kekal bersih dalam usaha membasmi penyebaran Covid-19. Selain daripada pelanggan-pelanggan setia kami, tiada golongan yang lebih rentan daripada golongan yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan, seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah-rumah kebajikan. Kempen ini merupakan satu cara untuk membantu memastikan kedua-dua golongan tersebut dan para pelanggan kami memiliki cecair pembasmi kuman yang efektif untuk mencuci tangan mereka dan mengekalkan kebersihan.”

“Dikenali sebagai kempen ‘Guardian Healthy Beauty from the Heart’, kami akan mengagihkan 15,000 botol cecair pembasmi kuman tersebut kepada para pelanggan dan 14 buah rumah dan organisasi kebajikan di seluruh Malaysia serta akan menggalakkan  pelanggan untuk turut terlibat dalam usaha amal ini,” tambah beliau.  


Untuk permulaan, Guardian Malaysia akan mengagihkan kira-kira 3,000 botol cecair pembasmi kuman ke beberapa organisasi amal terpilih bermula awal bulan Disember. 14 rumah dan organisasi kebajikan yang telah dikenal pasti untuk menerima cecair pembasmi kuman adalah:

Johor    

Calvary Victory Centre, 

Bangunan PKK 3, Education Hub Persisiran Sutera Danga 1, 

Sutera Utama, 

81300 Skudai, Johor


Kedah

Pusat Jagaan Orang Tua dan OKU D’Zenith Homes, 

372, Jalan Tiong, off Jalan Badlishah, 

08000 Sungai Petani Kedah. 


Kelantan

Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa (Lilbanat) Siti Aminah, 

Kg. Baru Luar, Pasir Pekan, 

16250 Tumpat, Kelantan.


Melaka

Rumah Anak Yatim Miskin (PAYASUM), 

KM 18, Paya Rumput Jaya, 

76300 Sungai Udang, Melaka.


Negeri Sembilan

Persatuan Kebajikan Vinashini, 

10M, Batu 4 ½, Jalan Kuala Sawah, Mambau, 

70300 Seremban, Negeri Sembilan.


Pahang

Rumah Puteri Anak Yatim & Fakir Miskin Baitul Husna, 

Lot 132, Kampung Pelindung Beserah, 

26100 Kuantan Pahang.


Perak

Pusat Jagaan Anak Anak Yatim dan Miskin Nurul Iman

Plot 359, Lorong Dato, Off, Jalan Dato Manjoi,

30020 Ipoh, Perak.


Perlis

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Perlis, 

Kompleks Penyayang Dr Siti Hasmah, Jejawi Dalam 

02600 Arau, Perlis.


Penang

Silver Jubilee Home For The Aged, 

Jalan Sungai Dua, 

11700 Pulau Pinang.


Sabah

Bukit Harapan, 

Jalan Tuaran Bypass, Menggatal, 

88450 Kota Kinabalu, Sabah.


Sarawak

The Salvation Army Children's Home, 

138 Jalan Uplands, 

93200 Kuching, Sarawak.


Selangor

SHELTER Home for Children, 

No. 9, 1st floor, Jalan Barat, 

46200 Petaling Jaya, Selangor.


Terengganu

Pusat Jagaan Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah,

Lot 4972, Taman Alam, Perdana Binjai, 

24000 Kemaman, Terengganu.


Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Pusat Jagaan Kanak-kanak WP, 

No.9 Jln 9/39, Taman Petaling, 

52100 Kepong K.L.

Berbelanja RM 40 Di Guardian, PERCUMA Sebotol Cecair Pembasmi Kuman KUNDAL 100ML.

“Bermula 16 Disember, kami akan memulakan inisiatif ini di stor-stor kami dimana pelanggan yang berbelanja sebanyak RM40 dan ke atas dalam satu resit bakal menerima satu botol cecair pembasmi kuman percuma. 


“Mereka mempunyai pilihan untuk mendermakan botol cecair pembasmi kuman tersebut ke rumah atau organisasi kebajikan terpilih dalam negeri masing-masing dimana stor Guardian berada. 

“Apa yang perlu dilakukan adalah untuk mengimbas kod QR pada poster kempen yang dipaparkan di stor tersebut dan menyerahkan botol itu semula kepada kakitangan kami yang kemudiannya akan mengumpulkan botol-botol tersebut untuk diedarkan ke organisasi amal yang telah dikenal pasti di negeri mereka. Kami telah memperuntukkan 12,000 botol cecair pembasmi kuman bagi tujuan ini,” jelas Anna.

Kempen dalam stor akan berlangsung selama seminggu bermula 16 Disember sehingga 20 Disember 2020 atau sehingga kehabisan stok.

“Kami amat menggalakkan para pelanggan yang datang ke stor untuk turut serta dalam menjayakan usaha amal ini kerana inilah masanya untuk kita saling menjaga antara satu sama lain,” tambah Anna.

Tentang Guardian Malaysia   

Guardian Malaysia bermula sebagai sebuah kedai runcit farmaseutikal berkeluasan 200 kaki persegi, yang menyajikan perkhidmatan kepada komuniti ekspatriat 53 tahun lalu. Hari ini, ia merupakan peneraju rangkaian kesihatan, kecantikan dan farmasi runcit di negara ini, dengan lebih 450 buah stor di seluruh negara, menyediakan pelbagai produk kesihatan, kecantikan dan farmaseutikal yang tiada tandingannya. Rangkaian stor-stor ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 33 juta pelanggan di seluruh Negara.

www.guardian.com.my | www.facebook.com/Guardianmy | www.instagram.com/guardianmy

Tags

Catat Ulasan

1Ulasan

PERHATIAN: Pihak RUBY.MY tidak akan bertanggungjawab ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca. Sila pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen yang berbaur negatif. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Setiap penulisan dan komen adalah termaktub dalam Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998. Akta ini merupakan undang-undang siber yang digubal di Malaysia pada 15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1998. Ia mula berkuatkuasa pada 1 April 1999.

Seseorang yang melanggar atau melakukan kesalahan akan disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan.

Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !